Sunday, May 4, 2014

HJ HARUN HILIRAN ; ulama feqah masjidil haram


HAJI  HARUN BIN DAUD  Kg hiliran adalah guru feqh di Masjidil Haram.  

Salah seorang guru feqh di masjidil haram ialah haji Harun Hiliran bin Daud bin said. Inilah yang saya pasti. Adapun keturunannya yang atas lagi, saya kurang pasti, Cuma ada yang berkata bahawa Said itu anak Fatimah bin Haji Abdullah Al Karashiqi iaitu pengarang kitab Muhimmah yang terkenal itu. Di antara yang mengajar kitab muhimmah di zaman sekarang ialah Ustaz Azhar Idrus yang . ertinya menurut sumber ini,  beliau adalah cuit Haji Abdullah Kitab  Muhimmah lah.

.Bapanya di kenali sebagai Pak Ngah Daud  hiliran , mempunyai beberapa isteri tetapi  tidak di ketahui mempunyai anak kerana anak0anaknya yang di ketahui ialah  harun dan kakanya Kelsom.
manakala  datuknya di kenali sebagai  Pak De said. Meskipun Pak De Said berasal dari Kampung Gong Gemia, tetapi setelah berkahwin dengan ----lebih di kenali dengan panggilan –Tok Bidan istana, yang berasal dari hiliran, akhirnya ia menetap di hiliran .

Haji harun bin Daud ini adalah dua pupu datuk saya Haji ali bin taib  Gong Gemia. Iaitu datuknya haji saId  adalah adik beradik dengan Lijah  isteri mohamad Gong Gemia.Lijah binti Fatimah ini adalah adik beradik se mak dengan haji kadir kampung masjid Pasir panjang.  Ertinya Haji harun ini adalah cucu saudara kepada haji kadir. Dalam erti kata yang lain, mereka masih berasal dari keluarga yang berhijrah dalam Kampung Dalam Kota Krisik patani yang di buru  oleh Siam itu jugalah . kampung tersebut telah tiada lagi sekarang kerana semua penghuninya keluar akibat di buru kerana terdiri dari anak beranak yang di perangi Siam Buddha. Sakhothai .  Oleh kerana mereka mempunyai hubungan dengan istana  Terengganu kerana Sultan Umar pernah berkahwin dengan keluarga dalam kota tersebut. Keluarga mereka mendapat ruang untuk bertapak di sini.  Setelah Syeikh wan kadir kadir Bukit Bayas mendapat tanah kurniaan yang luas dari sultan termasuk sebahagian dusun Sultan Umar yang merangkumi ,maka kawasan tersebut di diami oleh sanak saudaranya yang dating dari sana seperti anak saudara Syeikh wan kadir bukit bayas sendiri yang bernama Fatimah binti Abdullah al karashiqi pengarang kitab muhimmah tersebut.

Haji harun telah pergi ke Mekah dalam umur awal belasan  pada tahun 1946, dan meninggal sekitar tahun 2011. Sepanjang berada di Mekah, sekali sekala ia balik hanya bersendirian dan menetap di rumah adiknya haji Kelsom Hiliran.
Menurt anak saudaranya yang  di panggil Mak  Ngah ---isteri  pak Mat Binjai Bukit Besar 

Adapun waris-warisnya di tanah arab itu, saya masih dalam pencarian mereka yang pada hakikatnya adalah berpangkat    empat pupu . seorang guru saya sewaktu di Kusza ustaz zakaria-Lutfi  al fatani yang  tiba di Mekah semenjak berusia 14 tahun dan menetap di sana selama  18 tahun di Mekah  menceritakan bahawa anak-anak haji harun  yang paling di kenalinya ialah Salma. Sekarang ini berada di Jedah dan tiada lagi yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Isteri Haji Harun   orang Kota bharu  kedua orang tua isterinya sudah lama juga berada di Mekah.



Menurut Salma Shah Alam anak Mak Ngah Binjai  Bukit Besar dan pak mat Hiliran ini, (Salma adalah cucu saudara Hj harun sendiri)  pihak keluarga  haji harun di Mekah yang menguruskan harta benda haji harun akan terus menghantar sumbangan kepada keluarga di Hiliran setiap kali menjelang bulan Ramadhan sebagaimana yang dilakukan oleh arwah sewaktu hidurnya.  Maka dari sini ,

Inshallah cerita tentang ulama di Mekah yang berasal dari hiliran   ini akan kita kaji selidik lebih mendalam lagi .mudah2an laluan ini boleh menemukan kami kepada sumber yg lebih tepat tentangnya  insha Allah.



No comments:

Post a Comment