Wednesday, May 14, 2014

Hj Awang Rusila



Hj Awang  Mohamad Rusila

Nama ini terkenal kerana ia adalah ayah tuan guru haji abdul hadi awang. Ia pernah menjadi yang di pertua hizbul muslimin cawangan Terengganu  yg diasaskan oleh Ust Abu Bakar Al bakir Gunung Semanggul Perak.
Menurut catatan yang saya ambil dari guru saya sewaktu di kusza lagi, us ismail Ngah pengadang baru, adik Hj Mat Gelugur tadi ialah Hj Awang mohamad ini bin Abdul Rahman bin Abdullah  b Hj Yusuf

Yahya berkahwin dengan Aminah anak Wan Mahmud Sg Derhaka . yahya ini anak Abdul rauf pasir Panjang  orang panggil Lebai Paka. Adik beradik lebai yahya ini lebai jamal dan penghulu Abdul rahman. Lebai jamal mempunyai anak yang bernama Lebai Ibrahim yg mempunyai zuriat hj Musa Atas tol. Dari sini muncullah pula hj Awang rusila itu. kat sini ada beberapa perkara yang saya keliru dan masih mushkilkan lagi 


menurut seorang sahabat saya Abdul rahman Kemaman, isteri haji Awan iaitu ibu tok guru haji hadi adalah dari keturunan Tok gajah Pahang

Yang ini saya masih dalam penelitian lagi sesiapa ada maklumat tolong panjangkan kepada saya

  


HAJI AWANG GELUGUR CHE HASSAN





HAJI AWANG GELUGUR CHE HASSAN

Tadi selepas solat jumaat di masjid zubair ibn al awwam cheras,(10 Mei 2014)  sempat juga saya bersembang dengan empat pupu saya, AJK masjid tersebut bernama  Haji Uda Pengadang baru. Ia menceritakan semasa ia kecil-kecil dulu, di anatar guru yang banyak membimbingnya adalah  Haji Awang Kg Gelugue Che Hassan. Ia seorang yang alim dan warak(sekitar tahun 70an)
Namanya ialah Haji Awang bin Uthman bin Limah  bin mak Ngah Wook bin pak de Yusuf Anak wan Mahmud Patani yang buka sg derhaka yang terkenal itu.

Surau yang di binanya telah di hidupkan olehnya seterusnya   telah di isi  oleh haji Kadir Padang Midin( Motor Besar) sekitr  tahun 1970an sehinggalah kematiannya seterusnya  seterusnya di sambung oleh ust Ismail Ngah sehingga hari ini
Hj awang ini adalah dua pupu Pak Uda. Seorang anaknya yang berada di taman melati gambak bernama Che Umar adalah pensyarah UIA. Meninggal sekitar 2012. Isteri che Umar adalah anak Hj mat Tok Bomoh Imam masjid Gelugur. Ertinya ia menikah dengan sekitar 2-3 pupunya juga.


Sunday, May 4, 2014

Tok Lijah Gong Gemia




TOK LIJAH GONG GEMIA

Kami telah bincang dalam siri yang terdahulu bahawa  Haji harun bin Daud  guru feqh di Masjidil Haram adalah berasal dari kampung hiliran. Kami telah sebut bahawa ia adalah   cucu sedara  Tok Lijah Gong Gemia.
Tok Lijah ini berkahwin dengan Mohamad  Gong Gemia, kubur Tok Lijah  berada di tanah perkuburan besar Gong Gemia. Suaminya Mohamad ada mempunyai pertalian waris terdekat dengan Haji Awang pengasas surau Haji Awang sebelah sekolah Syeikh Abdul malik yang sekarang orang memanggigilnya dengan panggilan Surau Ustaz Aidil Adha.
Menurut Abu bakar Gohet Teksi Gong Gemia, Tok Lijah mempunyai ramai waris di kampung masjid haji kadir termasuk  Haji Kadir itu sendiri.  Di Hiliranpun ramai juga termasuk Makcik yang anaknya bernama Hassan hiliran dan said datuk Hj harun bin Pak Ngah daud Masjidil haram juga adalah adik beradiknya.

Abang Som Batu Buruk juga adalah sepupu Tok Lijah.
Hasil perkahwinan dengan Mohamad ia memperolehi anak :
Abdul Rahman norja masjid Puteh
Pak De (Muda) Tok Bomoh Hiliran
Taib berkahwin dengan mak Cik Wook anak Hj Kadir Kg Masjid –moyang saya.
Ismail hiliran berkahwin dengan mak teh  Binjai Bukit Besar
Mak Su Nik yang pernah berkahwin sekejap dengan tok ku syed sagar anak tok ku paluh tetapi tidak memperolehi anak dengannya.
Sallaeh(pak Leh )hiliran
Pak Him mengadang Kor-

Di katakan  Daripada mereka ini lahir cabang yang akhirnya menyerahkan sebahagian tanah mereka untuk di wakafkan kepada masjid raja bukit besar. Yang ni masih dalam pengkajian saya lagi
Ada yang berkata tok Lijah  ini adalah anak  Fatimah isteri Abdullah  ayah Hj kadir Kg masjid.  ini bererti ia adalah adik beradik se mak dengan haji kadir kampung masjid Pasir panjang. Ada lagi pendapat yang berkata Hj Kadir Kg Masjid ini adalah cucu  Abdullah  pengarang kitab Muhimmah yang tidak lain dan tidak bukan adalah abang kepada Syeikh wan kadir bukit bayas. Sebagaimana yang jelas di tulis oleh Wan Mat saghir. Ringkasnya Wan abdur rahim dan Abdullah ini bertemu pada bapa yang bernama w  Abdul Rahman(Deramang) . wan abu bakar wan ismail tok pandak  keturunan faqeh Ali



HJ HARUN HILIRAN ; ulama feqah masjidil haram


HAJI  HARUN BIN DAUD  Kg hiliran adalah guru feqh di Masjidil Haram.  

Salah seorang guru feqh di masjidil haram ialah haji Harun Hiliran bin Daud bin said. Inilah yang saya pasti. Adapun keturunannya yang atas lagi, saya kurang pasti, Cuma ada yang berkata bahawa Said itu anak Fatimah bin Haji Abdullah Al Karashiqi iaitu pengarang kitab Muhimmah yang terkenal itu. Di antara yang mengajar kitab muhimmah di zaman sekarang ialah Ustaz Azhar Idrus yang . ertinya menurut sumber ini,  beliau adalah cuit Haji Abdullah Kitab  Muhimmah lah.

.Bapanya di kenali sebagai Pak Ngah Daud  hiliran , mempunyai beberapa isteri tetapi  tidak di ketahui mempunyai anak kerana anak0anaknya yang di ketahui ialah  harun dan kakanya Kelsom.
manakala  datuknya di kenali sebagai  Pak De said. Meskipun Pak De Said berasal dari Kampung Gong Gemia, tetapi setelah berkahwin dengan ----lebih di kenali dengan panggilan –Tok Bidan istana, yang berasal dari hiliran, akhirnya ia menetap di hiliran .

Haji harun bin Daud ini adalah dua pupu datuk saya Haji ali bin taib  Gong Gemia. Iaitu datuknya haji saId  adalah adik beradik dengan Lijah  isteri mohamad Gong Gemia.Lijah binti Fatimah ini adalah adik beradik se mak dengan haji kadir kampung masjid Pasir panjang.  Ertinya Haji harun ini adalah cucu saudara kepada haji kadir. Dalam erti kata yang lain, mereka masih berasal dari keluarga yang berhijrah dalam Kampung Dalam Kota Krisik patani yang di buru  oleh Siam itu jugalah . kampung tersebut telah tiada lagi sekarang kerana semua penghuninya keluar akibat di buru kerana terdiri dari anak beranak yang di perangi Siam Buddha. Sakhothai .  Oleh kerana mereka mempunyai hubungan dengan istana  Terengganu kerana Sultan Umar pernah berkahwin dengan keluarga dalam kota tersebut. Keluarga mereka mendapat ruang untuk bertapak di sini.  Setelah Syeikh wan kadir kadir Bukit Bayas mendapat tanah kurniaan yang luas dari sultan termasuk sebahagian dusun Sultan Umar yang merangkumi ,maka kawasan tersebut di diami oleh sanak saudaranya yang dating dari sana seperti anak saudara Syeikh wan kadir bukit bayas sendiri yang bernama Fatimah binti Abdullah al karashiqi pengarang kitab muhimmah tersebut.

Haji harun telah pergi ke Mekah dalam umur awal belasan  pada tahun 1946, dan meninggal sekitar tahun 2011. Sepanjang berada di Mekah, sekali sekala ia balik hanya bersendirian dan menetap di rumah adiknya haji Kelsom Hiliran.
Menurt anak saudaranya yang  di panggil Mak  Ngah ---isteri  pak Mat Binjai Bukit Besar 

Adapun waris-warisnya di tanah arab itu, saya masih dalam pencarian mereka yang pada hakikatnya adalah berpangkat    empat pupu . seorang guru saya sewaktu di Kusza ustaz zakaria-Lutfi  al fatani yang  tiba di Mekah semenjak berusia 14 tahun dan menetap di sana selama  18 tahun di Mekah  menceritakan bahawa anak-anak haji harun  yang paling di kenalinya ialah Salma. Sekarang ini berada di Jedah dan tiada lagi yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Isteri Haji Harun   orang Kota bharu  kedua orang tua isterinya sudah lama juga berada di Mekah.



Menurut Salma Shah Alam anak Mak Ngah Binjai  Bukit Besar dan pak mat Hiliran ini, (Salma adalah cucu saudara Hj harun sendiri)  pihak keluarga  haji harun di Mekah yang menguruskan harta benda haji harun akan terus menghantar sumbangan kepada keluarga di Hiliran setiap kali menjelang bulan Ramadhan sebagaimana yang dilakukan oleh arwah sewaktu hidurnya.  Maka dari sini ,

Inshallah cerita tentang ulama di Mekah yang berasal dari hiliran   ini akan kita kaji selidik lebih mendalam lagi .mudah2an laluan ini boleh menemukan kami kepada sumber yg lebih tepat tentangnya  insha Allah.



kedudukan ulama melayu di mekah menjelang prg dunia pertama ( siri satu)

hari ini pengajian di masjidil haram yang sebahagian  guru-gurunya adalah dari kalangan orang Melayu sendiri sudah tidak ada lagi. yang tinggal ialah kenangan yang sangat manis.  Pelbagai nama alim ulama dari seluruh rantau nusantara bermula dari zaman Syeikh dawud Patani  sehinggalah zaman Syeikh Ismail pak De El , sepanjang zaman ini, lahir pelbagai kitab yang menjadi rujukan dan bahan teks pengajaran di serata masjid, surau dan pondok-pondok di seluruh nusantara termasuk kampochia , Sri Lanka dan Burma yang bertutur dalam bahasa Melayu.
cahaya zaman yang panjang itu telah menjadi kabur bersama matinya mereka yang telah menigisi ruang perjuangan di situ.

Walaupun ada ura-ura yang berkata bahawa Kerajaan Arab Saudi akan cuba menghidupkan semula pengajian dalam masjidil haram  yang adalah berupa  system yang seperti itu, dan system yang seperti itu akan lebih dapat di manfaatkan oleh seluruh umat islam di  serata dunia bilamana kuliah-kuliah mereka akan di masukkan ke dalam  youtube, untuk di tatapi oleh mana mana pecinta ilmu agama di serata dunia,  tetapi satu kisah perjuangan yang di kuburkan di atas  pembinaan  system kuliah yang baru akan diadakan itu  tidak harus di lupakan, bahkan hendaklah di pelajari dalam-dalam  kerana di situ tersirat satu pengajaran besar yang akan memandu kita untuk memahami hadis akhir zaman yang akan menjawab persoalanan  siapakah yang akan  menerajui perjuagangan Islam dan siapakah pula penentangnya2 yang akan menggalanginya.

System pertama hapus kerana pelbagai sekatan di lakukan manakala system kedua pula hidup akibat dibajai dengan gaya persembahan yang menarik untuk kita ambil iktibarnya.
Hakikatnya pada waktu itu,  Golongan Ibn saud adalah  lebih kecil dan  lebih  lemah berbanding dengan golongan syarif dan uthmaniyyah tetapi bagaimana  mereka boleh Berjaya dalam perang dunia pertama  . bagaimana ini boleh berlaku, dengan bantuan  dari siapa dan bagaimana bantuan itu berlangsung adalah satu sudut yang mesti di kaji?

Untuk memastikan pemikirannya yang sempit berkembang, apakah yang telah mereka lakukan kepada system dan guru yang mengajar di masjidil haram pada waktu itu, dan apakah pula yang mereka lakukan untuk menyaingi   system yang lebih kuat dan mantapnya ? apakah hujah yang mereka gunakan dan bagaimanakah hujah itu di persembahkan sehingga Berjaya mempedayakan generasi baru di kalangan umat islam