Thursday, April 11, 2013

Sultan Zainal abidin Sultan Ulama



SULTAN ZAINAL ABIDIN III ULAMA PENTADBIR
Oleh: Ustaz Hanafi Rahman El Fesfanji



PEMBUKAAN TERENGGANU
Meskipun sejarah ketibaan Islam di  Terengganu di catatkan lebih awal berbanding dengan Melaka sebagaimana yang di buktikan melalui penemuan batu bersurat di Kuala Berang  yang berikh tanda---v mencatatkan nama Raja Mandalika ---telah menunjukkan Islam telah di laksanakan di  Terengganu lebih awal dari Melaka.  Tetapi ramai penulis dan pengkaji yang mencatatkan bahawa sejarah Terengganu hanyalah baru bermula pada abad yang ke 17.  Ini kerana mereka bersandarkan kepada kajian ahli ahli sejarah yang berkata bahawa  raja-raja Terengganu pada hari ini adalah daripada keturunan  Tun Habib Abdul Majid (1637-1697) yang pernah menjadi bendahara Pahang. Tun Habib Abdul Majid merupakan keturunan ke 19 daripada keturunan Sultan Abdul Jalil II, bendahara johor yang menjadi raja setelah Sultan –mangkat dan tidak meninggalkan zuriat -----
ketiadaan raja  bendahara Johor abad ke 16 iaitu

mereka telah membuka Terengganu pada abad ke 18, bermula dari zaman Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja  yang bergelar Sultan Zainal Abidin 1(1725-1733)  yang di perintahkan supaya ----wujud pertelingkahan --,Tun Hussein pula di lantik menjadi Bendahara.
Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Paduka Megat Seri Rama juga di hantar memerintah Terengganu.


Bendahara Hassan di hantar memerintah Terengganu.Seterusnya Tun zain Indera dan anak-anaknya Tun Tuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail pula di hantar memerintah Terengganu. Oleh kerana mereka berselisih faham dengan Sultan zainal abiding I(Tun) , maka Tun Tuan menjadi Bendahara , Tun Sulaiman menjadi Sultan di Pantai Layang( Balik-Balik) dan Tun Ismail Menteri Tersat.
soalnya ialah Islam telah sampai lebih awal lama sebelum abad ke 17 itu, di katakana di bawa dari China.  Soalnya siapakah dan dari kumpulan manakah mereka itu?  Mengapa keturunan Bendahara  dari Johor dapat mengambil alih pemerintahan Terengganu, bagaimanakah mereka dapat mengambil alih Terengganu, ? daripada siapakah mereka mengambil alihnya? Kenapa kumpulan Islam yang lebih awal menduduki Terengganu tewas di tangan keturunan Bendahara Johor itu pada hal mereka sudah pernah menjalankan hokum dan undang-undang Islam di Terengganu. Apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik cerita yang di sembunyi itu.

Dalam sejarah Terengganu terdapat pemerintah yang di panggil Megat Panji Alam dan Tun Telanai

SEJARAH PENGUKUHAN PERLEMBAGAAN ISLAM DAN GANGGUAN BRITISH DI TERENGGANU

Tahun 1824 dianggap sebagai tahun permulaan kemasukan secular oleh penjajah British ke Alam Melayu.  Pada tahun ini telah berlaku satu perjanjian antara British dengan Belanda dalam ---

Di Terengganu, sebagaimana juga di Alam Melayu yang lain, ancaman penjajah mula dating sewaktu ajaran Islam mula meresap masuk ke dalam masyarakat setelah bertunjang kuat di dalam istana. Masyarakat yang sebelumnya memang tebal dengan kejahilan telah mula di dekati oleh Ulama Ulama tempatan yang lebih memahami masaalah mereka sendiri.Ini bererti ancaman terhadap perlaksanaan syariah juga telah bermula dengan kedatangan penjajah sebegini. Di Terengganu, ancaman British telah bermula dengan nyata pada zaman pemerintahan Sultan Umar(1839M-1875M) . Pada masa itu sekurang-kurangnya terdapat dua insiden besar antara Kerajaan Terengganu dengan Penjajah British yang berpusat di Singapura.  Pertamanya Major General Sir Orfeur Cavenagh (1820-1891), Gabenor Negeri-Negeri Selat ( bertugas 1859M-1867M) telah menghantar surat bantahan kepada Sultan Umar  kerana membantu Sultan Ahmad Pahang dalam Perang saudara 1857-1863. Perang ini adalah di antara wan Ahmad dan wan Mutahir. British menyokong Wan Mutahir …Nampak jelas di sini sifat British yang ----

Keduanya Cavenagh telah menghantar dua armada laut  H.M.S.Scout dan H.M.S. Coqutte dan membedil Bandar Kuala Terengganu pada 8 dan 9 November 1862. Banyak bangunan yang hangus dan akhbar Singapore Press melapurkan hampir 20 orang telah terbunuh dalam serangan dua hari itu.  Di katakan di samping rumah-rumah kedai, sebahagian istana baginda juga turut terbakar dan sisa kayu-kayu tersebut telah di serahkan kepada Haji Kadir Haji Abdullah Fatani untuk di jadikan masjid di suatu kawasan darat  yang pada hari ini di sebut Kampung Masjid Haji Kadir. Serangan ini di buat kerana Sultan Umar melindungi Sultan Mahmud Lingga yang bernaung di negerinya .di sebabkan serangan ini, akhirnya Sultan Mahmud Mansur terpaksa meninggalkan Terengganu dan lari ke Siam sebagaimana yang di perintahkan oleh British.Ancaman ini menjadi satu yang amat membimbangkan Alim Ulama sehingga mereka memikirkan perlunya mencari jalan untuk menyelamatkan Syariah agar terus di pertahankan di negeri Terengganu. Meskipun di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa British , sedari awal lagi telah menggunakan jalan persenjataan dalam menghadapi umat Islam di Terengganu, penguasaannya ke atas Alam Melayu khususnya dan Dunia Islam lain amnya telah memberikan keinsafan yang amat mendalam dan bermakna kepada Terengganu khususnya Sultan dan Alim Ulama untuk  berhati hati dengan mereka. Amanah yang berat ini telah di pilu; oleh Sultan zainal abidin III dengan jayanya.

SULTAN ZAINAL ABIDIN  III
Baginda di besarkan dalam suasana ilmu menyebabkan Baginda amat mencintai Alim Ulama dan sentiasa memikirkan bagaimanakah jalan untuk memajukan dakwah kepada rakyat jelata.Baginda, walaupun seorang Sultan tetapi ramai penulis mencatatkan baginda layak juga di panggil Ulama kerana boleh bersyarah agama dengan mengemukakan dalil dalil dari ayat al quran dan Hadis. Perwatakannya yang sangat warak, lemah lembut, zuhud ,kuat beribadat ,
LATAR BELAKANG

HUBUNGAN DENGAN PETANI DAN SIAM

Semenjak zaman ayahanda Baginda, sultan Umar, pengukuhan ajaran Islam sedang di perkuatkan dengan giat bukan sahaja di dalam istana malahan juga di dalam masyarakat.  Penubuhan pondok pondok oleh Ulama dari Fatani seperti pembukaan pondok di kampung Duyung oleh Tok syeikh Duyung (1840) dan di Bukit Bayas oleh Syeikh Wan Kadir Bukit Bayas(180) dapat menggambarkan hubungan kerajaan waktu itu dengan Fatani. Hakikatnya sejarah ulama Terengganu telah menyaksikan bagaimana pondok Fatani ini telah melahirkan ramai ulama yang  bertebaran merata di seluruh Terengganu pada  zaman zaman selepasnya khususnya di zaman pemerintahan  Sultan Zainal abidin III.

Baginda yang memang di akui ramai amat meminati dakwah telah membina pelbagai pusat dakwah termasuk yang paling di kenali ilah Masjid Abidin tahun(  ) . lainlain masjid yang bergiat bergerak aktif termasuklah Masjid Kg Masjid Haji Kadir Pasir Panjang,
Sebagaimana yang telah di sebut dalam siri yang terdahulu, kitab kitab karya Ulama Fatani seperti Musholli, Aqidatun najin, Faridatul faraid, ====telah di jadikah teks yang di ajar di masjid surau di Terengganu .ini menandakan hubungan yang kuat antara Terengganu dengan Patani. Tahun tahun serangan Siam ke atas Fatani juga telah mencatatkan ratusan ulama Fatani berhijrah ke Terengganu. Mereka mendiami pesisiran pantai seperti Batu Buruk, Chendering< Marang<Dungun , Kemaman, Besut, Mengabang Teliput dan sebagainya lagi kerana mereka pada waktu itu berniat untuk pulang semula ke Fatani setelah jihad Berjaya menewaskan Siam. Malangnya Siam yang kuat di bawah pemerintahan raja Mongkut dan anaknya Cholalungkom telah Berjaya memusnahkan harapan mereka untuk kembali ke Fatani semula. Selepas beberapa dekad menunggu, anak cucu mereka mula membuat keputusan untuk menetap di Terengganu dan mula mencari penempatan di kawasan kawasan yang lebih pendalaman..
Di zaman Sultan Zainal abidin III ini, demi untuk melindungi umat Islam Fatani, baginda mengambil langkah berbaik baik dengan siam. Untuk tujuan mengendurkan kemarahan Siam terhadap Terengganu kerana Terengganu telah melindungi Ulama Ulama fatani, baginda telah menjalankan polisi tarik tali dengan Siam. Terengganu yang di kenali sebagai kerajaan emas telah bertindak menghantar bunga  Mas kepada kerajaan siam. Malangnya Siamh dengan sengaja niat baik Terengganu itu dengan menuduh Trg berada di bawah naungannya.sehingga di meterikan perjanjian 1909 yang menyerahkan Terengganu kepada British.
MELINDUNGI MUHAJIDIN PAHANG
Walaupunpun Tok Gajah, di zaman mudanya betkhidmat membantu ===yang berpihak kepada British di Selangor, tetapi pengalamannya itu mematangkannya untuk mengenali siapakah British. Inilah yang menjadikan ia nekad untuk menghadapi British yang mengganggu pentadbiran negerinya secara bersenjata====hubungan politik dan memperdalami agama di Terengganu dengan Ulama ulama Terengganu. Menurut penduduk Kuala berang, Mat Kilau tidak pernah menetap Siam sebagaimana yang di dakwa ramai, ia hanya berada di Kuala Berang  sehu==sehingga ia kembali ke apsir Salak dan mengaku sebagai Mat Siam. Tujuannya ialah untuk menyembunyikan daripada ==

KONFLIK DENGAN BRITISH

Seterusnya di zaman Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) , ancaman pihak British menjadi semakin meningkat.Pulau Pinang( dahulu di kenali sebagai Tanjung) , Seberang Perai, Singapura dan Melak telah berjaya di kuasai oleh British dan di namakan Negeri-Negeri Selat.
Demikianlah juga , pada tahun 1874, Selangor dan Perak pula menjadi mangsa British.

Kira-kira tujuh tahun selepas pemerintahan Sultan Zainal Abidin, british berjaya pula memerangkap ayahandamertua Baginda,Sultan Ahmad menyebabkan Pahang terpaksa menerima Residen British pada 24 Ogos 1888M.
Pada 6 Jun 1886M, pihak British telah menghantar  Gabenor  sir Frederic  Weld, Residen Perak , Residen Selangor dan beberapa pegawai British lain seramai 8 orang untuk melawat Terengganu dan mengadap Sultan Zainal abiding.

Menyedari ancaman yang terkandung dalam misi lawatan ini, --

Menjelang

Pada 8 september 1902, Frank swetthenham ke Terengganu membawa misi pihak British untuk memujuk Sultan Zainal Abidin menandtanagi satu surat perjanjian yang mana di antara isi kandungan perjanjian tersebut adalah:

Sultan Terengganu tiada di benarkan membuat sebarang perhubungan dengan kuasa asing melainkan menerusi kerajaan Siam.Sultan Terengganu bertanggung jawab membayar gaji seorang Penasihat dan seorang Penolong Penasihat yang di lantik oleh kerajaan Siam, di tempatkandi Terengganu, dan nasihat mereka mengenai segala hal pentadbiran di Terengganu hendaklah di ikuti kecuali perkara yang bersangkut paut dengan agama Islam dan adat orang Melayu.  Dan Raja Siam tidak akan mencampuri hal ehwal pentadbiran dalam negeri Terengganu selagi negeri itu dalam aman tenteram dan selagi negeri itu di perintah bagi faedah penduduk-penduduknya( Buyong Adil )

Dalam usaha menyelamatkan Terengganu daripada di jajah oleh British, Baginda telah mengemukan alas an:
1)      Baginda tidak memahami isi kandungan Surat Perjanjian 1902 kerana ia di tulis dalam bahasa Inggeris dan Siam
2)      Baginda akan menghantar satu rombongan ke Singapura untuk menemui Pesuruhjaya Tinggi British dan menerangkan kepada beliau bahawa baginda sedang meneliti isi kandungan Perjanjian 1902 tersebut
3)      Baginda akan menghantar satu rombongan ke Siam  untuk membincangan kedudukan Terengganu dengan Siam serta isi kandungan Perjanjian 1902 tersebut. Ini kerana penghantaran bunga mas oleh kerajaan Terengganu ke Siam adalah sebagai tanda persahabatan dan bukannya Terengganu berada dalam naunagan Siam. 
4)      Baginda memaklumkan kepada Frank Swetthenham bahawa Baginda kurang sihat kerana menghadapi masalah tidak dapat tidur dan hilang selera makan

British menanda tangani perjanjian Bangkok 1909 ini menjadi satu cabaran yang sangat besar kepada umat Islam di Terengganu.Oleh itu pada 24 Mei 1909 rombongan Baginda telah menemui John Anderson (Gabenor Negeri-Negeri Selat) di Singapura untuk membuat bantahan terhadap pihak British kerana menanda tangani perjanjian Bangkok dengan pihak siam yang isinya berkaitan dengan kerajaan Terengganu  tanpa pengetahuan baginda.

Bulan Julai 1909 pihak British menghantar W.L. Conlay ke Terengganu untuk bertugas sebagai Ejen British

Ini di bantah oleh Sultan  tapi pada 14 Julai 1909, W.L.Conlay telah menerima surat penyerahan kuasa negeri Terengganu daripada Pesuruh jaya Siam yang mana terpaksa di hadiri oleh Sultan kerana ia di lakukan di istana Sultan.

Mac 1910, Sultan telah menyerahkan semula dokumen perjanjian tersebut kepada pihak British setelah selesai merangka semula syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen tersebut.  Seterusnya pada 18 April , baginda bertolak ke Singapura untuk menanda tangani perjanjian rasmi pada 22 April –yang menyatakan Terengganu sebuah negeri yang berdaulat dan  merdeka

Ada  dua perangkap yang di buat oleh British untuk menundukkan Sultan----Sultan telah bertindak lebih cepat d an bijak dengan menggubal Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu pada 2 November 1911( 11Zulkaedah 1329H) . undang-undang ini di kenali sebagai Itqan Al Muluk Fi Ta`dil As Suluk- mengandungi satu muqaddimah, 53 fasal dan khatimah.



Pada 20Mei 1912 ( 4 Jamadil Akhir 1330) Sultan telah menanda tangani satu perjanjian dengan pihak British yang di kenali “ Perjanjian Serah Menyerah Orang-orang salah Antara Kerajaan Terengganu Dan Kerajaan British Tahun 1912


Oktober 1913 Baginda di Iringi oleh 15 pembesar menunaikan ibadat haji ke Mekah

Setelah itu gangguan British reda –mereka hanyalah menunggu peluang dan masa yang sesuai untuk menyatakan bahawa pentadbiran Terengganu adalah lemah- sebagai senjata yang akan di gunakan setelah ketiadaan Sultan.


Sultan sentiasa berhubungan dengan Syeikul Islam tok Ku Paloh(jawatan setaraf dengan Menteri Besar zaman sekarang) dalam banyak hal. Tok Ku Paloh yang hubungan kekeluargaannya dengan sultan adalah abang ipar memberikan mereka dapat berbincang secara tidak resmi dengan cara yang lebih kerap. 

PERLEMBAGAAN ISLAM TERENGGANU
Meskipun di zamanSultan Zainal Abidin III, British telah Berjaya campur tangan di pelbagai negeri Alam Melayu seperti Johor,Pahang, Perak malahan juga Kerajaan Melayu Islam Berunai rebah dalam belitan peniaga James Brook. Namun begitu, kerajaan Terengganu, berkat gabungan Ulama Ulama yang ikhlas pada agama, dalam mempertahankan Islam sebagai aqidah dan perundangan negeri, telah  menggubal satu undang undang tubuh bagi Kerajaan Negeri Terengganu. Perlembagaan yang meletakkan Al Quran Hadis Ijma dan Qias ini sebagai sumber perundangan ini di beri nama itqanul muluk fi tadbiris  suluk. Syed Abdul Rahman Al Idrus, Syeikhul Islam yang juga menjadi abang ipar Baginda Sultan bagi kerajaan Negeri Terengganu yang di panggil Tok Ku Paloh telah menghimpunkan alim ulama di zamannya bagi menerangkan tentang betapa perlunya perundangan Islam di pertahankan di Terengganu. Baginda Sultan Zainal Abidin ke3 sendiri telah menulis surat kepada alim ulama agar sentiasa melakukan sembahyang hajat seboleh bolehnya setiap kali selepas solat fardhu  agar Terengganu di selamatkan daripada gangguan penjajahan British. Maka berkat doa alim ulama, British tidak berjaya masuk Terengganu dan hal ini berlaku sepanjang pemerintahannya sehinggalah beliau mangkat,

Usaha baginda Sultan meninggalkan Itqanul Muluk Fi Tadbiris suluk mewariskan pemerintahan====Meskipun selepas kemangkatannya , usaha =terbengkalai====tetapi pada tahun 1940an ======
Pada abad 2000 pula. Dato Seri Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang telah mara meneguhkan  perundangan tersebut


No comments:

Post a Comment