Oleh: Ustaz Hanafi Rahman El Fesfanji
Satu
hakikat yang perlu di terima ialah bahawa yang mewarnai corak keIslaman di Terengganu
mulai peringkat awal hingga abad ke-20, terdiri daripada dua golongan ulama
atau penyebar Islam. Golongan itu ialah, pertama: Berasal daripada ulama-ulama
Patani, dan kedua: daripada keturunan sayid. Kedua duanya dating dari Yaman dan
mempunyai nasab dengan Rasulullah SAW.
Bagi
penduduk asal kampung kampung Batu Buruk, Bukit Besar, Kg Padang, Gelong Bilal,
Bukit Bayas, Bukit Jenal, Gelong Gajah, Kg Masjid Hj Kadir, Bukit Depu, Gong
Penaga, Gong Gemia dan jalan jalan Pasir Panjang, Gong Tok Nasek, Panji Alam
Pak Maseh, perbincangan tentang dua tokoh yang di panggil Tuan Guru Haji Abdul
Kadir Pasir Panjang di Bukit Bayas dan
di Kampung Masjid adalah perbincangan tentang zaman kesatuan orang Islam di bawah kesultanan
Melayu sebelum kedatangan penjajah. Zaman ini adalah zaman yang bersih daripada
sebarang pencemaran pemikiran barat.Pada masa itu aliran pemikiran yang berbagai
bagai seperti mana yang boleh kita lihat pada cucu cicitnya hari ini belum
wujud lagi. Ini kerana perbincangan
tentang mereka berdua samada Tuan Guru As Syeikh Haji Kadir Bukit
Bayas atau haji Kadir Kg Masjid ini,
bererti kita kembali ke zaman dimana
pengaruh Amerika dan kuasa kuasa kufur belum wujud lagi di Terengganu .
ADAKAH
HAJI KADIR KG MASJID ADALAH SYEIKH WAN ABDUL KADIR BUKIT BAYAS
Memang terdapat di kalangan cicit cuit mereka di hari ini yang
keliru adakah kedua duanya adalah orang yang sama atau tidak? Mereka menjadi
keliru kerana kedua dua tokoh ini datang dari Patani
dan mempunyai hubungan dengan istana.mendapat tanah kurnia dari Sultan di
sekitar Bukit Besar.
Namun
begitu, yang jelas nyata kepada rata rata orang yang
mengkaji sejarah ulama Terengganu memberikan jawapan bahawa mereka berdua
adalah orang yang berbeza. Ini kerana:
1)
Syeikh
Abdul Kadir al Bukit Bayas adalah bin Abdul Rahim manakala Hj Abdul Kadir Kg
Masjid pula adalah bin Abdullah.
2)
Kubur
Syeikh Abdul Kadir al Bukit Bayas terletak di dalam pagar semin di
tanah Perkuburan Bukit Bayas yang terletak di selekoh jalan bukit bayas
manakala kubur Hj Kadir Kg Masjid terletak berhampiran pokok tembesu yang telah
mati di Tanah Perkuburan Besar Pasir Panjang.
3)
Masjid
Kg Bukit Bayas yang terbina lebih awal dari masjid Kg Masjid dan mempunyai seni
yang lebih tinggi dan halus.
Menurut Ayah Ngah Ustaz Ahmad Awang pula menjelaskan zaman Syeikh Kadir al Bukit Bayas dengan zaman Hj Kadir Kg Masjid adalah seperti zaman ayah dengan anak atau zaman datuk dengan cucu. Ini kerana Syeikh kadir Bukit Bayas di katakan meninggal pada 1867 manakala istana Sultan Umar yang terbakar yang mana kayu kayunya akhirnya di serahkan kepada Hj Kadir Kg Masjid adalah 1870.
Saya bawakan contoh mereka adalah orang yang berbeza
adalah:
Dikatakan bahawa Pak Ngah Amad ( Ahmad bin Hj Kader Kg Masjid ) berkahwin dengan Tok Mak Ngah Kg Padang ( Asiah Binti Pak Mat Ketam Kg Alur ) adalah cucu Syeikh Kadir al Bukit Bayas. Asiah yang lebih di kenali di kalangan anak cucunya dengan panggilan Tok Mak Ngah Kg Padang ini adalah anak Wan Khadijah bin Syeikh Abdul Kadir al Bukit Bayas.
Demikianlah dikatakan juga Khatib dan Bilal Taib
Bin Mahmud.Bapanya lebih dikenali sebagai Che Mahmud Duyung adalah cucu
Syeikh Kadir Bukit Bayas ( yang ada banyak tanah di duyung) manakala Isteri Che
Mahmud adalah Mak Su anak Haji Kader Kg Masjid.
SYEIKH HAJI
ABDUL KADIR BUKIT BAYAS
Menurut
kajian ahli sejarah, Syeikh Haji Wan Abdul Kadir Bukit Bayas telah berpindah
dari Patani ke Terengganu pada tahun 1824 dalam umur yang di bawah lingkungan 30 tahun. Walaupun
latar belakangnya di Patani setakat ini agak kabur, tetapi boleh di percayai ia
datang dari keluarga yang kuat beragama. Ini kerana penerimaannya sebagai ulama
oleh masyarakat Terengganudi katakan
kerana peranan yang tel di taburkan dalam masyarakat Patani sebelum datang ke
Terengganu.Faktoryang mendesaknya kepada penghijrahan ke Terengganu adalah
kerana serangan Siam keatas Patani(1823). Akibat ketewasan Patani, ramai
pejuang pejuang Patani yang turun ke Terengganu secara berperingkat peringkat.Oleh
kerana mereka datang melalui jalan laut, sebahagian besar mereka membuka
penempatan awal di pesisiran pantai Terengganu seperti Besut, Batu Buruk,
Rusila, Dungun dan sebagainya lagi dan lama kelamaan setelah mendapat
pengiktirafan masyarakat, mereka masuk ke pendalaman. Di katakan ia datang bersama beberapa sahabtnya melalui jalan
laut.Terengganu menjadi pilihan mereka kerana kedudukannya yang lebih stabil
dari Kelantan yang seringkali terhimpit oleh Siam. Ini bererti zaman
kedatangannya ke Terengganu adalah zaman
penyerahan Semenjung Tanah Melayu oleh
Belanda kepada British. Namun begitu, perjanjian yang di buat oleh kedua dua
syaitan Barat di England ini memang
berlaku secara rahsia dan tanpa di sedari oleh sesiapapun di Alam Melayu lebih
lebih lagi di Terengganu. Perjanjian ini
hanyalah di sedari kesannya pertamanya oleh pembesar pembesar Johor dan Pahang lima
puluh tahun selepas itu, Maka Zaman tua Syeikh Haji Kadir Bukit Bayas adalah
zaman permulaan yang sangat awal
bagi penjajahan British. Pada masa itu, walaupun
Pahang yang di perintah oleh Sultan Ahmad,mertua Sultan Zainal abidin III telah
di ganggu ke tangan British, tetapi pemerintahan Islam di Terengganu amat kuat sehingga
hal ehwal pentadbirannya masih di rujuk kepada
alim ulama.
Zaman Syeikh
Haji Kadir Bukit Bayas adalah zaman pengukuhan ilmu Islam dalam masyarakat
Islam Terengganu. Itulah sebabnya , sebagai pejuang Islam Patani, Syeikh Haji
Abdul Kadir Bukit Bayas bukan sahaja menjadi pengasas pondok Kampung Bukit
Bayas yang di bukanya pada tahun 1832 malahan juga diberi kepercayaan menjadi
guru kepada Sultan Sultan Daud(1830 1831) Sultan Mansur( 1831 1837) Sultan Muhammad
( 1837 1839) lebih lebih lagi Sultan Umar yang memerintah dari tahun (1839
1877). Di antara murid muridnya adalah Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbung
Menurut catatan
lagi, Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas berhijrah bersama rakannya Tok Duyung ( Haji Wan Abdullah bin Wan
Mohammad Amin) membuka pondok di Duyung Kechil pada tahun 1840an
ANAK DAN
ISTERI
Dikatakan
beliau mempunyai seorang isteri yang di bawa dari Siam, setibanya ke
Terengganu, beliau pula dengan seorang perempuan Bukit Bayas sebelum berkahwin
seorang lagi dengan seorang perempuan di Duyung.Beliau mempunyai anak yang
ramai. Di katakania mempunyai lebih dari 25 orang anak.
Dikatakan
juga bahawa pada permulaannya tiba ke Terengganu, beliau telah berniaga garam.
MURID
MURID BELIAU
Dalam
tempoh yang lama mengajar di Terengganu termasuk di istana dan kampung kediamannya
di Bukit Bayas,beliau mempunyai ramai murid yang bertebaran di seluruh Alam
Melayu. Di samping Sultan Zainal Abidin III sendiri, antara yang lain ialah
Sayyid Ahmad Zainal Abidin( Tok Ku Tuan Besar yang di panggil sebagai Syeikhul
Ulama), anaknya Sayyid Abdul Rahman(Tok Ku Paloh), Haji Abdul Rahman Limbung,
Tuan Besar Paduka Indra dan Tok Kenali.
Beliau,sebagaimana
juga Ulama Terengganu tersohor sebelumnya, Syeikh Abdul Malek(Tok Ku Pulau
Manis) adalah pengamal Tarikat Satoriyyah yang di ambil susur galurnya dari
Ulama Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel yang mengambil dari gurunya Hamzah Fansuri.
MENINGGAL
Ahli
sejarah mencatatkan bahawa Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas meninggal pada tahun
1967
TUAN GURU HAJI
ABDUL KADIR KG MASJID
Di katakan
bahawa Haji Abdul Kadir bin Haji Abdullah tiba ke Terengganu pada zaman Sultan
Zainal Abidin III.
Di zaman
Sultan Umar dan anaknya Sultan Zainal Abidin III inilah, Alam Melayu diluar Terengganu
telah menghadapi campurtangan penjajahan British. Bukan sahaja Johor,Pahang,
Perak malahan juga Kerajaan Melayu Islam Berunai rebah dalam belitan peniaga
James Brook. Namun begitu, kerajaan Terengganu, berkat gabungan UlamaUlama yang
ikhlas pada agama, dalam mempertahankan Islam sebagai aqidah dan perundangan
negeri, telah menggubal satu undang
undang tubuh bagi Kerajaan Negeri Terengganu. Perlembagaan yang meletakkan Al
Quran Hadis Ijma dan Qias ini sebagai sumber perundangan ini di beri nama itqanul
muluk fi tadbiris suluk. Syed Abdul
Rahman Al Idrus, Syeikhul Islam bagi kerajaan Negeri Terengganu yang di panggil
Tok Ku Paloh telah menghimpunkan alim ulama di zamannya bagi menerangkan
tentang betapa perlunya perundangan Islam di pertahankan di Terengganu. Di zaman Sultan Zainal Abidin inilah, campur
tangan British di Terengganu telah
bermula, dengan menyaksikan penentangan
murid murid Tok Syeikh Hj Kadir
bukit bayas tadi terhadap undang undang
yang di bawa masuk oleh British. Bermula dari penentangan secara diplomasi dan
pentadbiran di bawah pimpinan Tok Ku Paluh , bapa angkat Haji kadir Kg Masjid
sendiri,murid murid dan rakan rakannya . Yang paling besar nya ialah
pemberontakan tani secara bersenjata oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbung,
.Beliau adalah murid kepada Syeikh Hj Kadir Bukit Bayas keadaan keadaan ini
amat berbeza sekali adalah di antara kenalan Hj Kadir Kg Masjid
Baginda Sultan
Zainal Abidin ke3 juga telah menulis surat kepada alim ulama agar sentiasa melakukan
sembahyang hajat seboleh bolehnya setiap kali selepas solat fardhu agar Terengganu di selamatkan daripada
gangguan penjajahan British. Maka berkat doa alim ulama, British tidak berjaya
masuk Terengganu dan hal ini berlaku sepanjang pemerintahannya sehinggalah
beliau mangkat, maka tidak heranlah ramai ulama
termasuk Hj Kader Kg Masjid sendiri yang terus melakukan sembahyang
hajat di zaman sultan Sulaiman agar Allah terus memelihara Terengganu dan
menolong penentang penentang British yang di pimpin oleh orang orang seperti Hj
Abdul Rahman Limbung yang merupakan kawan kawannya sendiri. Menurut Haji Ali Bin
Taib, beberapa orang murid haji Kadir Kampung Masjid telah menghadiri hari
perhimpunan membantah penahanan Haji Abdul Rahman Limbung.
KEILMUAN
Pada abad
ke 18, Patani telah menggantikan Acheh dalam memainkan peranan sebagai gedung ilmu
Islam kepada seluruh penduduk di Nusantara Melayu.Warisan keilmuan Islam yang
ada di aceh telah berpindah ke Patani.Hubungan Patani dengan Mekah dan Daulah
Uthmaniyya di Turki begitu erat sekali.Ulama ulama terbilang seperti Syeikh
Daud bin Abdullah dan Syeikh Ahmad bin Zain Al Fatani yang menghasilkan pelbagai
kitab dalam segala bidangnya telah menjadi julukan serantau pada zaman
tersebut. Sultan Sultan telah memperkenankan serta mengeluarkan belanja yang
besar dalam usaha menjadikan karya karya mereka sebagai teks pembelajaran di
pondok pondok dan masjid surau.
Berdasarkan
beberapa kitab kitab yang di miliki Tuan Guru Haji Abdul Kadir Kg Masjid yang
masih sempat saya saksikan sudah cukup untuk membuktikan kewibawaan mereka yang
tinggi dalam ilmu Islam, bukanlah sekadar
mengajarkan fardhu ain kepada kampung yang pada masa itu di panggil sebagai
orang darat, malahan mereka secara langsung atau tidak telah memastikan perlaksaan
ilmu tersebut dihayati dalam masyarakat sebagai melindungi Islam daripada di
cabuli oleh penjajah
Dikatakan
ketika Haji Kadir Kg Masjid mula tiba ke Terengganu, Tok Ku Paluh telah
menjadikannya sebagai seorang anak angkat Tok Ku Paluh.
Dengan pertolongan Tok Ku Paluhlah, ia telah di hantar ke Mekah untuk
memperdalami ilmu agama di sana. Beliau ke sana dengan menaiki kapal layar
selama enam bulan. Setelah 7 tahun menuntut di sana dengan ulama ulama besar di
sana, ia pulang dan membuka kampung Masjid.Saya sempat melihat beberapa kitab termasuk
iqna yang menjadi milik Haji Kader tersebutdi rumah nenek saya semasa masih
kanak kanak dulu.
Mekah
tempat Haji Kadir menimba ilmu adalah berada di bawah pemerintahan keluarga
syarif ahlil bait Al `Adawi yang bermazhab
Maliki sekarang ini telah di ambil alih
oleh keluarga Saud. Pada waktu itu, ia terletak di bawah naungan Empayar Islam Utmaniyyah
LATAR
BELAKANG
Haji Kadir
bin Abdullah ini di katakan berasal dari Kampung Telaga Tujuh di Patani.Menurut
Ayah Ngah (Ustaz Haji Ahmad Awang) ,
Haji Kadir mempunyai darah Yaman ini datang ke Terengganu dalam usia yang muda
atas jemputan bapa saudaranya Ibrahim. Ibrahim ini datang dari Patani sewaktu
Perang Petani Siam.Ada pendapat yang berkata Haji Kadir datang bersama 3 adik
beradiknya yang lain. Seorang menetap di Paloh, seorang lagi menetap di Pulau
Manis manakala seorang lagi menetap di Manir.Ada pula pendapat yang berkata ia
datang dengan beberapa kawan kawannya termasuk Haji Mad Shafie Losong.
Memang ada pendapat yang mendakwa bahawa Tuan Guru Hj Kader Kg
Masjid adalah merupakan salah seorang dari anak cucu Syeikh Ahmad Al Yamani
yang sangat terkenal kerana telah melahirkan anak cucu yang menjadi ulama
ulama yang bertebaran menyebarkan dakwah di seluruh alam nusantara termasuk Aceh,
Pantai Remis,Patani, Singapura, Kelantan, Terengganu dan sebagainya lagi,
tetapi saya belum berani lagi menyokong dakwaan ini,
Mereka yang mendakwa begitu berkata bahawa memang terdapat
anak cucu Syeikh Ahmad Al Yamani yang berhijrah ke Patani menetap di
Kampung Telaga Tujuh, Kampung asal Haji Kader di Petani, sebelum datang ke
terengganu, tetapi saya masih mencari hujah yang lebih kuat lagi terlebih
dahulu sebelum menyetujui pendapat tersebut.
Memanglah rata rata orang orang tua yang sempat dengannya mengakui bahawa Hj Kader yang berbadan kecil itu memang mempunyai susuk tubuh orang yaman.ini kerana ia sendiri adalah berasal dari yaman. Us Ahmad Awang berkata dari Yaman keturunannya berhijrah ke India beberapa ketika sebelum turun ke Patani.
Pendapat yang mendakwa Hj Kader berketurunan Syeikh Ahmad
Al Yamani menambah lagi dengan berkata
bahawa ia datang ke Terengganu bersama Hj Mat Shafie Losong. memang sudah di
akui hari ini bahawa Hj Mad Shafie Losong itu adalah keturunan Syeikh Ahmad Al
Yamani, tetapi soalnya adakah Hj Kader mempunyai hubungan waris dengan Hj Mad
Shafei Losong sehinggakan mereka datang ke Terengganu bersama sama??
PEMBUKAAN KAMPUNG
MASJID
Pada zaman lampau, kawasan Bukit Besar dan segala jajahannya di panggil dengan nama (Kampung Darat). Ia di kira sebagai ladang tanaman Sultan Omar. Baginda telah memerintahkan beberapa orang menjaga kawasan tersebut.
Pembinaan
masjid tersebut bermula sejurus setelah tamat Perang Saudara di Pahang yang di
panggil juga dalam buku sejarah sebagai Perang Bendahara Pahang( 1857-63) .
Menurut cerita Khatib Taib bin Mahmud sepertimana yang pernah di siarkan oleh
Utusan Melayu pada awal tahun 90an yang lalu, kayu-kayu asal bangunan Masjid
Haji Kader yang masih lagi dapat di
lihat pada bahagian ibu masjid tersebut
adalah merupakan sisa istana sultan Umar yang terbakar hangus. Kayu-kayu
ini di bawa melalui kereta lembu. Menurut catatan sejarah Terengganu, istana
itu terbakar kerana di bedil oleh dua armada laut H.M.S.Scout dan H.M.S. Coqutte yang di hantar
oleh Major General Sir Orfeur Cavenagh (1820-1891), Gabenor Negeri-Negeri Selat
( bertugas 1859M-1867M) kerana Sultan
Umar melindungi Sultan Mahmud Lingga,penentang Inggeris yang datang bernaung di
negerinya . Bedilan ke atas Bandar Kuala Terengganu ini berlaku pada pada 8 dan
9 November 1862. Banyak bangunan di kawasan Bandar Kuala Terengganu yang hangus
dan akhbar Singapore Press melapurkan hampir 20 orang telah terbunuh dalam
serangan dua hari itu.
Menurut
cerita Abdul Rahman Bin Ali(arwah), armada tersebut tidak berani berada lama di
Terengganu kerana takut di musnahkan setelah melihat kekeramatan Syeikul Islam
Negeri Terengganu yang jawatannya pada hari ini setaraf dengan jawatan Menteri
Besar) . Setelah diberi amaran,mereka terus berangkat balik ke Singapura.
Menurut
cerita banyak pihak Sultan tersebut telah berniat sekiranya api tersebut padam
dari menjilat istananya, ia akan menyerahkan sisasisa kayu yang terpilih itu
pada jalan meninggikan agama Allah. Dengan serta merta, api menjadi padam. Maka
ia telah mencari dan menyerahkan kayukayu tersebut kepada orang yang ingin
membina masjid iaitu anak angkat tok ku paluh tersebut.Maka penduduk yang
dahagakan agama di kampung tersebut telah bersatu mengembelingkan tenaga untuk
membina masjid di situ termasuk seorang bapa saudara dan sepupu Hj kader
sendiri yang bernama Haji Ibrahim. Kayu kayu tersebut di punggah dengan
menggunakan kereta lembu oleh Ayah Pak Su Aji.
Semenjak dari tarikh tersebut , kawasan sekitarnya menjadi saksi terbinanya banyak pondok=pondok pengajian yang di diami oleh pelajar pelajar agama yang datang dari dekat dan jauh. Menurut Pak Ngah Ali( Hj Ali Bin Taib=arwah) terdapat juga pelajar dari Indonesia dan Sulawesi yang belajar secara pondok dengan tuan guru
RUPA DAN
BENTUK WAJAH
Menurut
Pak Ngah ( masih hidup dalam usia lebih 100 tahun menetap di belakang Masjid
Sulung Kuala Ibai) adik Arwah Ayah
Jim berkata, rupa Haji Kadir mempunyai banyak kesamaan dengan anaknya Pak
Den Da. Tapak rumahnya adalah berdekatan dengan rumah Mak Tunggal.
HUBUNGAN
DENGAN ISTANA
Sejarah
Terengganu mencatatkan bahawa ketiga tiga Sultan Zainal Abidin yang memerintah
Terengganu mempunyai darah Patani.
Dalam abad
ke 19 20 itu, Istana Terengganu mempunyai hubungan yang rapat dengan umat Islam
di Patani. Kajian menunjukkan bahawa
setelah Siam menyerang Patani, maka untuk mengedurkan kebencian dan dendam Siam
kepada Patani,Sultan Zainal Abidin mengambil langkah untuk menghantar bunga
emas kepada kerajaan Siam. Walaupun penghantaran Bunga Emas ini di salah
ertikan oleh kerajaan Siam dan Inggeris, dengan menyatakan itu adalah ufti yang
di bayar oleh Terengganu bererti Terengganu berada di bawah jajahan Siam,
tetapi hal ini telah di pertegaskan berkali kali oleh Sultan Zainal Abidin kepada
Siam dan Inggeris bahawa Terengganu, negeri yang menjadi tempat persinggahan
pejuang pejuang Islam Patani adalah
sebuah negeri yang bebas merdeka. Penghantaran bunga emas tersebut adalah
sebagai tanda persahabatan semata mata.
Maka,
bilamana sisa sisa istana Sultan Umar di serahkan kepada Haji Abdul Kadir yang
berasal dari Patani, ini sudah cukup untuk menunjukkan hubungannya yang sangat
baik dengan pihak istana. Apatah lagi, ia merupakan seorang anak angkat Tok Ku
Paluh orang besar istana.
Menurut Arwah Haji Ali Bin Taib(arwah Pak Ngah Ali), ia
sendiri pernah di bawa bersama oleh Hj Kadir berjalan kaki ke istana
kerana Sultan Sulaiman mahu bertanyakan
hukum membuat jalan di atas tanah perkuburan. Jalan yang di maksudkan itu ialah
jalan Pusara sekarang. Haji Kadir yang pada masa itu telah tua dan banyak
uzur, dalam perbincangan dengan Sultan itu, telah membawakan kitab rujukan yang
menyebutkan larangan membuat bangunan di atas tanah perkuburan. Beliau
menyokong pendapat ulama yang menyatakan tidak boleh membuat binaan kerana
kawasan lain masih luas untuk di manfaatkan. Dalam perjalanan pulang , Pak Ngah
Ali ini mendengar sungutan datuknya Haji Kadir bahawa setelah kemasukan campur
tangan orang putih laknatullah, segala galanya telah berubah
Haji Kadir sendiri tidak perlu bertanam padi pada musim menanam padi.setiap tahun padinya akan di usahakan oleh orang lain. Dia hanyalah menerima hasil sahaja.
ISTERI DAN
ANAK
Dikatakan
Haji Kadir mempunyai lima beberapa isteri. Yang paling jelas ialah isterinya
yang terakhir adalah Umi Kelsom seorang anak orang alim yang kaya raya di
Sungai Derhaka.Masjid tersebut mengambil masa setahun untuk di siapkan.
Hasil
perkahwinan dengan isteri terakhirnya Tok Som ini, ia memperolehi 7 orang anak.
1) Pak Den Da(Abdullah) 2) Pak De Muar (Ali) 3) Mak Cik Wook4) Tok Ki Pak Ngah
Amad(Ahmad), 5)Su Mak Pak Yeb, 6) Mak Che
Cah Pak Wel Tok Bilal 7) Mak We
Selepas
kematian TYuan Guru haji Kadir,
pengendalian masjid banyak dikendalikan oleh anaknya Ahmad(Tok Ki Pak Ngah
Amad) dan di bantu oleh anak beranak yang lain.Pak Ngah ( adik Ayah Jim )
mengakui kawannya, Tok Ki Pak Ngah Ahmad ini, walaupun matanya cacat, seorang
yang sangat pintar dan alim terutamanya
dalam bidang Al Quran. Beberapa kali Ustaz Haji Mad Litar, guru Al Quran yang
terkenal di seluruh Terengganu datang bertanyakan hokum Al Quran ini kepadanya.
MENINGGAL
Menurut Angah Mat(Ustaz Hj Ahmad Awang) Tuan Guru meninggal pada tahun lahirnya Us Mohammad Ibrahim( Us mad Munah =arwah). Iaitu tahun 1930 dan di tanam di Tanah Perkuburan Pasir Panjang.Manakala Tok Ki Pak Ngah Amad meninggal pada tahun di lahirkan Awang Na Mak Hindun (1962).Kesemuanya sudah arwah.
Menurut Angah Mat(Ustaz Hj Ahmad Awang) Tuan Guru meninggal pada tahun lahirnya Us Mohammad Ibrahim( Us mad Munah =arwah). Iaitu tahun 1930 dan di tanam di Tanah Perkuburan Pasir Panjang.Manakala Tok Ki Pak Ngah Amad meninggal pada tahun di lahirkan Awang Na Mak Hindun (1962).Kesemuanya sudah arwah.
Rencana
ini di terbitkan oleh Ulul Albab Management Services, 15 Lorong 4 Lot 2048 Kg
Sg Salak Batu 10 Jln Gombak Lama 53100 KL
Penulis
: Ustaz Hanafi Rahman El Fesfanji
0192790098
Salam....suka sy mdengar cerita2 sejarah tentang kturunan sy....sy x brp igt ust haji hanafi ni...rasanya mcm kenal...
ReplyDeleteTahniah atas penulisan sejarah. Rasa kenal. Anok sedara arwah ustaz him ke?
ReplyDeleteMamat pioh..mung dok kenal ust Hanafi..ho belajor sama ust.Mad tu..Geng abg aku,kamal.Terima kasih ust.Hanafi kerana mengingatkan kami salur galur keturunan kita ni.Rupanya boleh dikatakan seluruh ahli keluarga tinggal di kg Masjid hj kadir tu semuanya anak beranok belaka.
ReplyDeleteAku ni Mizan anak pok we hok duduk dekat masjid tu(lening dok Sabah).Aku guna kawan aku punya mail kejap.
ReplyDeleteAku ni Mizan anak pok we hok duduk dekat masjid tu(lening dok Sabah).Aku guna kawan aku punya mail kejap.
ReplyDeleteMamat pioh..mung dok kenal ust Hanafi..ho belajor sama ust.Mad tu..Geng abg aku,kamal.Terima kasih ust.Hanafi kerana mengingatkan kami salur galur keturunan kita ni.Rupanya boleh dikatakan seluruh ahli keluarga tinggal di kg Masjid hj kadir tu semuanya anak beranok belaka.
ReplyDeleteOooooo....mizan...sama sekolah kn....duk kt umah je...
ReplyDeleteSalam....nyang saya bernama wan mandak berasal..asal dari bukit bayas...wan mandak ni ada dua anak perempuan ..wan radin dan wan nik...saya mencari susur galur keturunan saya...harap dapat membantu saya....
ReplyDeleteSalam....nyang saya bernama wan mandak berasal..asal dari bukit bayas...wan mandak ni ada dua anak perempuan ..wan radin dan wan nik...saya mencari susur galur keturunan saya...harap dapat membantu saya....
ReplyDeleteTok Ki Pak Ngah Amad tu moyang saya...ayah saya dibela oleh Tok Ki Pak Ngah Amad. Masa Tok Ki meninggal saya umur 5 tahun.Saya masih ingat isteri Tok Ki Pak Ngah Amad...Tok Padang..yg asal dari kampung Padang.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya nak minta tolong , kalu boleh buat carta keturunan untuk sesiapa yang tahu salur galur keturunan haji kadir supaya dapat difahami oleh generasi akan datang.
ReplyDeleteMizan....lama X jupe mung...Ada Sabah lg ke....maaf la....X cam mna...tp X lojik plk X kenal...😁
ReplyDelete