Al fatihah mempunyai beberapa nama. Di antara nama-nama lain bagi surah al fatihah :
1) al Kitab
2) ummul quran
3) ummul furqan
4) sab`ul mathani( السبع المثانى ) tujuh ayat yang di ulang-ulang iaitulah yang di baca berulang kali dalam sembahyang
5) Syifa-penyembuh berdasarkan kisah bagaimana seorang sahabat Nabi telah merawati seorang yang di patuk ular dengan hanya membacakan al fatihah. [1]
6) ar Ruqyah
HUKUM BACAAN AL FATIHAH DALAM SEMBAHYANG
Menurut ulama feqah hokum membacakan al Fatihah dalam sembahyang adalah wajib pada setiap rakaat.
TAFSIR AL FATIHAH
Oó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOÏm§9$# ÇÊÈ
1. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang[1].
[1] Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah Ini dengan menyebut nama Allah. setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih hewan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak membutuhkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang membutuhkan-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang Ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
KEPENTINGAN MEMULAI SESUATU DENGAN NAMA ALLAH
Fatihah adalah mahkota yang terletak di setiap kepala surah dalam Al Quran terkecuali Surah At Tawbah yang mana kebanyakan ahli tafsir mengecualikannya dari bacaan Al fatihah.
Islam menganjurkan kepada kita supaya memulakan sesuatu dengan membaca bismillah iaitu menyebut dan memulakan dengan nama Allah. Bacaan sebegini akan menambahkan keberkatan pada pekerjaan yang di lakukan dan membawakan kebaikan kepada diri pelakunya.
Sabda Rasulullah SAW:
كل أمر ذى بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أقطع
Yang bermaksud: Setiap perkara baik yang tidak di mulakan dengan bismillah maka ia adalah terpotong(kudung)
Yang maksudkan dengan terpotong(kudung) dalam hadis di atas ialah kurang berkahnya.
Dengan menyebutkan nama Allah, bererti –menafikan kemuliaan diri atau nafsunya yang sentiasa sombong dengan omong-omongannya itu.
Demikianlah Islam mengajarkan kita mensucikan diri dari kekotorannya dalam tiap-tiap pekerjaan yang kita lakukan.
[1] HADIST
أَخرَجَا فِى الصَّحِيحَينِ مِنْ حَدِيثِ أَبِى سَعِيدٍ الخُدرِىِّ قَالَ انْطَلَقَ نَفَرٌ مِنْ أَصْحَاْبِ رَسُولِ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِىْ سَفَرَةٍ سَافَرُوْهَا, حَتَّى نَزَلُواْ عَلى حَىٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرْبِ فَاسْتَضَافُوْهُمْ فَأَبَواْ أَنْ يُضَيِّفُوْهُمْ . فَلُدِغَ سَيِّدُ ذلِكَ الْحَىِّ فَسَعُواْ لَه بِكُلِّ شَىْءٍ لَاْ يُنْفِعُه شَىْءٌ فَقَاْلَ بَعْضُهُمْ لَوْ أَتَيْتُمْ هؤُلَاْءِ الَّذِيْنَ نَزَلُواْ لَعَلَّهُمْ أَنْ يَكُوْنَ عِنْدَ بَعْضِهِمْ شَىْءٌ فَأَتُوْهُمْ فَقَاْلُواْ يَا أَيُّهَا الرَّهْطُ ! إِنَّ سَيِّدَنَاْ لُدِغَ وَسَعَيْنَا بِكُلِّ شَىْءٍ لَاْ يُنْفِعُه شَىْءٌ فَهَلْ عِنْدَ أَحَدٍ مِنْكُمْ مِنْ شَىْءٍ ؟ فَقَاْلَ بَعْضُهُمْ نَعَمْ : وَاللهِ إِنِّى لَأُرْقِىَ وَلكِنِ اسْتَضَفْنَاكُمْ فَلَمْ تُضَيِّفُوْنَا, فَمَا أَنَا بِرَاقٍ حَتّى تَجْعَلُوا لَنَا جُعْلًا فَصَالَحُوهُمْ عَلى قَطِيْعٍ مِنَ الْغَنَمِ فَانْطَلَقَ يتفل عَلَيْهِ وَيَقْرَأُ الحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ فَكَأَنَّمَاْ نَشطَ مِنْ عِقَاْلٍ
فَانْطَلَقَ يَمْشِى وَمَا بِهِ قلبة قَالَ فَأَوْفُوْهُمْ جَعْلَهُمُ الّذِىْ صَالَحُواْ عَلَيْهِ فَقَاْلَ بَعْضُهُم اقْتَسِمُواْ فَقَاْلَ الّذِىْ رَقىْ لَاْ تَفْعَلُواْ حَتَّى نَأْتِىَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَنَذْكُرُ لَه الّذِى كَانَ فَنَنْظُر مَا يَأْمُرُنَا فَقَدَّمُواْ عَلى رَسُولِ اللهِ – فَذَكَرُواْ لَه ذَلِكَ فَقَالَ وَمَاْ يُدْرِيْكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ثثمَّ قَالَ قَدْ أَصَبْتُمْ اقْتَسِمُواْ وَاضْرِبُواْ لِىْ مَعَكُمْ سَهْمًا- رواه البخاري فى فضائل القرآن وفى الطب ورواه مسلم فى السلام و رواه أحمد فى مسنده 3/3
Daripada Abu Saed Al Khudri katanya satu kumpulan di kalangan sahabat Rasulullah SAW telah bertolak dalam satu pelayaran yang mereka pergi, apabila sampai ke satu perkampungan dari kampong-kampung Arab, mereka meminta makanan dari penduduk kampong tersebut lalu penduduk kampong tersebut enggan menerima mereka sebagai tetamu, maka tiba-tiba, ketua ( kabilah kampong tersebut ) di patuk (ular) lalu mereka penduduk kampong tersebut berusaha dengan berbagai-bagai usaha tetapi tidak berhasil, maka berkata sebahagian mereka, alangkah baiknya sekiranya kamu menemui merekayang singgah tadi moga-moga ada sesuatu ( yang boleh merawatkan sakit) . lalu mereka datangdan berkata: wahai ahli kumpulan, sesungguhnya ketua kami telah di patut dan kami telah berusaha dengan segalanya tetapi tiada hasilnyaadakah di kalangan kamu apa-apa yang boleh mengubatinya maka di sahut setengah mereka ia demi Allah sesungguhnya aku boleh menjampikantetapi ketika kami minta di layan sebagai tetamu, kamu menolak maka aku tidak mahu menjampikan melainkan kamu memberi upah kepada kami sekumpulan kambing maka merekapun pergi ( ke tempat oraang sakit) -------dan membacakan alhamdulullah rabbil `alamin( al fatihah, seolah-olah terbuka dari satu ikatan, lalu merekapun pergi---lalu mereka menepati upah yang mereka persetujui itu, maka berkata sebahagiannya bahagikanlah maka berkata yang menjampikan janganlah kamu melakukannya lagi sehingga kamu menemui Rasulullah SAW , ( apabila mereka datang menemui Rasulullah SAW lalu mereka menceritakan kepada Rasulullah SAW kami menunggu-nunggu apa yang akan di perintahkannya—lalu mereka menceritakan ( kisah mereka itu) lalu Rasulullah SAW berkata: bagaimanakah kamu mengetahui itu( al fatihah) adalah jampi lalu baginda bersabda: kamu telah benar bahagikanlah ( pemberian tersebut) berilah untuk aku satu bahagian
No comments:
Post a Comment