Monday, June 24, 2013

rakyat terengganu menjadi tentera bantuan ke Pahang lawan kafir Siam


KITA biasa mendengar bagaimana kisah Tok Ku Paloh telah menolong pejuang pejuang Islam Pahang yang di sebut oleh inggeris sebagai pemberontak . Tok Ku Paloh bukan sahaja memberikan semangat perjuangan dan mengobarkan lagi api jihad kepada Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau malahan juga membekalkan tentera bantuan yang terdiri dari rakyat Terengganu untuk menentang Inggeris di Semantan dan Pasir Salak.

Seperkara yang mungkin tersembunyi dari pengetahuan kita, yang telah di ce3ritakan oleh salah seorang anak cucu panglima jihad di bawah Dato Bahaman iaitu Abd Hamid Klang Gate bahawa hubungan telah berlaku awal lagi.  

bukan sekadar asal raja Terengganu adalah dari Pahang semata mata , malahan juga 

Menurut sumber dari pihak Pahang, ketika anak anak bendahara Ali bertelingkah, iaiatu antara Tun Mutahir dan Wan Ahmad, Wan Ahmad telah lari dan meminta pertolongan Johor, apabila ia gagal di sana , ia datang ke Terengganu meminta pertolongan Terengganu.

Itulah sebabnya Sultan Zainal Abidin iii bermertuakan Wan Ahmad .keadaan serba salah Wan Ahmad yang menyebabkan ia akhirnya terpaksa menerima British telah menjadi satu perkara yang sangat sangat menginsafkan Sultan Zainal Abidin.  Sultan Zainal abidin III yang beriparkan tokoh ulama bergelar  Tok Ku Paluh itu telah beristikharah dengan alim ulama dalam banyak perkara.

Beliau Sultan Zainal Abidin telah merayu kepada beberapa ulama termasuk melalui  sepucuk surat yang di tujukan kepada gurunya Hj Latif supaya di adakan solat hajat setiap kali selepas sembahyang fardhu agar di peliharakan Terengganu daripada British . Inilah rahsia kekuatan yang menyebabkan Inggeris tidak Berjaya masuk ke Terengganu di sepanjang zaman pemerintahan baginda sehinggalah Baginda mangkat(1918) . akhirnya Di zaman anaknya Sultan Mohamad Shah II( 1918= 1920), barulah  inggeris dapat campur tangan sehingga malang sekali Terengganu di zaman Sultan Sulaiman(1920=42) menerima penasihat British.

 menurut A Hamid Klang Gate lagi: sebelum Sultan Zainal Abidin bermertuakan Wan Ahmad Pahang,  Wan Ahmad telah meminta pertolongan seorang Bugis  yang di panggil Datuk Sempena Alam untuk menghalau kafir  Siam yang telah memerintah di Indragiri. Dikatakan ada juga orang Terengganu di hantar oleh Sultan dalam memerangi golongan kafir Siam sehingga Indragiri dapat kembali kepangkuan Melayu Islam sehingga hari ini.  itu. Inilah juga sebab pergeseran antara Siam dengan Terengganu yang akhirnya menyebabkan Sultan Zainal Abidin melaksanakan dasar tarik tali dengan Siam melalui penghantaran Bunga Emas. Terengganu memang negeri yang kaya dengan mas.
Tok Sempena Alam Bugis ini telah meninggalkan seorang keturunan yang di panggil Tok Tunggal. Tok Tunggal menjadi Seorang Panglima di bawah Datukl Bahaman menentang kafir british . akhirnya beliau syahid dalam pertempuran 

itulah cerita a hamid berketurunan Tok Tunggal peminat sejarah Pahang kepada saya selepas kuliah maghrib di masjid Klang Gate 


No comments:

Post a Comment