Saturday, June 29, 2013

kg tok kaya nama perajuwit islam patani????



TOK KAYA 


di seluruh negara kita, terdapat beberapa kampung yang di  beri nama dengan nama kg Tok Kaya. bukan saja di terengganu, malahan juga di kedah ada mukim yg di sebut mukim Tok Kaya.


Di terengganu, nama kg tok kaya yang terletak tak berapa jauh dari kampung chabang tiga 

simpang Tok Ku tidak asing lagi  kerana menjadi satu dari laluan utama kemana sahaja mereka 

yg mahu berpusing pusing di sekitar Kuala Terengganu.

dalam sejarah ulama patani, sebelum kedatangan beberapa lapis keturunan mereka yang  datang  berhijrah ke kawasan sini, terdapat beberapa pemimpin yg di panggil Tok Kaya. di antara yg 

ramai keturunannya di Terengganu ialah Tok Kaya Bendang Daya.

dalam  enam bulan serangan Siam ke atas Patani setiap hari dalam tahun sekitar 1820=30

(Perang Bayu) . setiap kali  Tok Kaya Bendang Daya pulang ke rumah setelah berjihad menentang Siam ia, pulang dalam keadaan bajunya koyak rabak dan hancur pakaiannya tetapi ia tiada luka sedikitpun. menurut yg empunya cerita, ia banyak beramal dengan suratul Ikhlas=  di katakan amalan inilah juga yg 

menjadi amalan Hang Tuah yang berguru dengan Adi Putera yg menurut pengkaji nama sebenar  Adi Putera ialah Sayyid Thanaullah, ulama yg zaman mudanya aktif berdakwah di Selat Melaka


adapun Tok Kaya Bendang Daya ini,  semasa hayatnya masih berbaki di kandung badan, meskipun Patani telah jatuh ke Tangan Siam,  ia tetap meneruskan jihadnya dan tidak mahu meninggalkan Patani. ia sanggup berpura pura  berlakun menjadi gila dan tidak siuman demi untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan 
tentera Siam. sebelah malamnya ia berkumpul dengan kumpulan mujahidin dan orang orang alim  menyusun strategi seterusnya menghadapi Siam Kafir itu. gerakan ini seterusnya oleh gerakan 

POLO seratus lima puluh tahun kemudian sesudahnya.

 Tok Kaya Bendang Daya telah menjadi seorang pahlawan yg sangat di geruni oleh Siam Kafir.

di samping anak cucu dan cicitnya ramai yg berhijrah ke Mekah, ada juga yg berhijrah ke Kedah, Kelantan dan sebagainya lagi termasuklah Terengganu. itulah setakat maklumat yg saya tahu. saya belum dapat kepastian lagi samada 

mereka yg membuka kg Tok Kaya ada pertalian darah dengan perajuwit Islam Patani itu atau tidakl, tapi memang ada cerita yg menyatakan sebahagian keturunannya turun ke terengganu 

terutamanya di kawasan bandar= sekarang cuit dan gamit mereka telah berpindah merata rata tempat

di katakan warisan nya yg duk di KL ni berasal dari Paya Bunga.kuala Terengganu



4 comments:

  1. Maklumat ni dapat dari buku lama ke?..

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kisah Tok Kaya sangat mengerikan.

    Tok Kaya ni mungkin merujuk pada seorang pembesar Terengganu yang hidup sekitar tahun 1850 -1910. Dia terkenal dengan kisah ‘Peristiwa Amokan Tok Kaya’
    Nama sebenar beliau tidak diketahui, tapi mungkin beliau seorang ahli kerabat atau orang kepercayaan Sultan. Pada masa tu, beliau sangat rapat dengan Sultan Zainal Abidin III.
    Tok Kaya ni memiliki perangai suka beradu nasib dan suka berjudi.
    Suatu petang, beliau ke Kampung Cina untuk berjudi dan menghisap candu. Dalam keadaan khayal candu, beliau kalah judi dengan teruk. Disebabkan ego, Tok Kaya menambah hutang dengan ceti bagi menebus kekalahan, tapi adat berjudi, dia tetap kalah kali kedua. Ceti keberatan memberinya hutang baru selagi belum lunas hutang lama.
    Dalam keadaan marah dan kacau bilau, beliau pulang ke rumah dan menengking meminta barang kemas isterinya untuk digadaikan. Tapi bininya enggan. Tok Kaya mengambil parang dan menetak isterinya yang sedang mengandung. Bininya mati terbunuh bersama anak dalam kandungan.
    Dengan keadaan tergesa-gesa, Tok Kaya membakar rumahnya sendiri lalu berjalan menuju kawasan pasar, iaitu bandar kuala terengganu.
    Dalam perjalanan Tok Kaya membunuh beberapa orang lagi secara rambang.
    Penduduk sekitar gempar dengan peristiwa Tok Kaya mengamuk.
    Dalam masa tengah malam, beliau muncul di rumah guru silatnya. Sebenarnya berita amukan Tok Kaya sampai ke telinga Gurunya itu, jadi gurunya dah bersedia hadapi segala kemungkinan. Gurunya mencabar Tok Kaya beradu senjata, tapi nasibnya malang apabila dia sendiri ditikam oleh Tok Kaya.
    Tok Kaya mengamuk dan pergi dari rumah ke rumah, mengunci rumah tu dari luar, dan membunuh seisi rumah, secara rambang.
    Pada waktu Subuh, Tok Kaya dalam keadaan keletihan berehat di pagar masjid putih zainal abidin. Sultan Zainal Abdidin III mengarahkan Ketua Polis Terengganu masa tu menembak Tok Kaya dengan senapang.
    Dianggarkan berpuluh orang mati disebabkan amukan tok kaya. Peristiwa ni ada direkod dalam buku Sejarah Darul Iman oleh misbaha.

    ReplyDelete
  3. cerita kat muzium ada cerita pasal amukan tok kaya..ada juga yg kata tok kaya yg bunuh megat panji alam.. ada juga cerita yang tok kaya adalah ulama dari mekah seanggkatan tokku seberang baruh tokku paloh.. tak tau yg mana satu betul..by the way, sy berada di kg tok kaya.. tok kaya kampungku..

    ReplyDelete
  4. Cari buku tulisan Hudgh Clifford bertajuk In The Court & Kampung, ADA penulisan bertajuk The Amok of Dato' Kaya Bija Deraja

    ReplyDelete