Monday, June 24, 2013

PEMBANTU PEMBANTU HAJI KADIR DALAM MENGURUSKAN KG MASJID


OLEH ELFESFANJI
bilamana kita bincang tentang kejayaan Hj kadir menghidupkan masjidnya, mungkin kita akan segera terbayang bahawa faktor terpenting kepada kejayaan tersebut adalah ketokohan Haji 

Kadir sendiri. namun begitu, sekiranya kita melihat kepada ketokohannya semata mata, maka  tentulah perbincangan kita akan berlaku curang dan tidak adil. ini kerana sedari awal lagi, 

ia ditemani oleh beberapa sahabat yang jatuh bangun bersamanya dalam usaha dakwah yang  sangat murni tersebut. Diantara mereka ialah Hj Ibrahim, bapa saudara Hj Kadir sendiri(datuk kepada Arwah Cik Ngah  Ayah Da. Di katakan beliaulah yang telah memujuk Hj kadir supaya menetap di kampung tersebut.asalnya Haji Kadir telah menjalani kehidupan di Seberang Takir. Di sana ia mempunyai keturunan yang saya sedang masih dalam pencarian lagi. Hj Ibrahim ini  di anggap sebagai orang tua yang menjadi tempat rujukan Hjn Kadir dalam banyak perkara, 




kedua: Bilal said bin Lebai abdullah al fatani.menurut seorang cicitnya, Cikgu Hj Awang bin 

salleh, nama sebenar Lebai said sebagaimana yang di daftarkan ialah Bilal Busu. ia 

meninggal di sekitar Bukit Jenal akibat kemalangan ketika berburu. Cikgu Hj Awang bin salleh mendapat matlumat tentang Lebai Said  ini dari 

neneknya Tok Hawa,( Lahir 1899 meninggal sebelum 1970) 

ketiga: Haji Dollah moyang Tok Bilal su Mi Mamat Pak cik Leh 
Keempat: Ishaq Tok Ki Pak Amat Hj Ali Daging( ayah mat Lazim) dan 

Kelima Pak su aji , seorang kaya dan berharta pada zaman tersebut 

mereka telah melakukan pelbagai usaha sehingga masjid tersebut menjadi pondok pengajian yang di hadiri oleh pelbagai pelajar 

No comments:

Post a Comment