TOK PELAM
kita semua memang tahu benar ada terdapat kubur Tok Pelam dan Maqam Syeikh Ibrahim di Kg Ladang. Mereka adalah Ulama =ulama terbilang di zaman mereka. di waktu itu, surau dan kubur tersebut di kelilingi oleh masyarakat Islam yang bersembahyang dan beribadat jelas terserlah dalam bulan ramadhan.
surau dan kubur tersebut memang telah lama menyaksikan perkembangan dan jatuh bangun ajaran Islam di dalam Bandar Kuala Terengganu.
wasiat mereka mewakafkan tanah tersebut tentulah untuk kebaikan dan kemajuan Islam terutama nya biarlah bandar kuala Terengganu yang berada di sekeliling surau dan tanah kubur tersebut tetap memelihara keislamannya. adakah wasiat ini akan dapat di pertahankan ataupun akan terhakis bersama pembanganan kebendaan yang mandul dan buta itu.
setiap kali saya balik dari KL, bila saya melintasi kawasan tersebut, perasaan sedih
sentiasa membungkusi diri saya terutamanya bilamana berjalan waktu malam.
kawasan itu bukan sahaja menjadi permainan saya sewaktu belajar di SMASZA Ladang malahan di
kubur tersebutlah di semadikan jenazah bapak mertua saya Wan Abu Bakar bin Wan Mohamad(
meninggal 1979) dan isterinya( ibu mertua Hindin binti Awang (1999) anak beranak keluarga tembaga tanjung Kapur.
sejarah juga telah mencatatkan di kubur inilah bersemadinya Baginda Sultan Mansur yg memerintah Terengganu. saya belum pasti sultan Mansur Ikah (1733=1794) atau Sultan Mansur II ( 1831=1837
saya tidak akan lupa untuk membandingkan lenyapnya kampung=kampung Melayu Islam yang penuh dengan kesamaian di sekitar tanah perkuburan dan surau tersebut dengan kg china . saya juga inshallah tidak akan lupa bahkan sentiasa ingat untuk menceritakan sejarahnya kepada anak anak saya.