Thursday, April 11, 2013

Sultan Zainal abidin Sultan Ulama



SULTAN ZAINAL ABIDIN III ULAMA PENTADBIR
Oleh: Ustaz Hanafi Rahman El Fesfanji



PEMBUKAAN TERENGGANU
Meskipun sejarah ketibaan Islam di  Terengganu di catatkan lebih awal berbanding dengan Melaka sebagaimana yang di buktikan melalui penemuan batu bersurat di Kuala Berang  yang berikh tanda---v mencatatkan nama Raja Mandalika ---telah menunjukkan Islam telah di laksanakan di  Terengganu lebih awal dari Melaka.  Tetapi ramai penulis dan pengkaji yang mencatatkan bahawa sejarah Terengganu hanyalah baru bermula pada abad yang ke 17.  Ini kerana mereka bersandarkan kepada kajian ahli ahli sejarah yang berkata bahawa  raja-raja Terengganu pada hari ini adalah daripada keturunan  Tun Habib Abdul Majid (1637-1697) yang pernah menjadi bendahara Pahang. Tun Habib Abdul Majid merupakan keturunan ke 19 daripada keturunan Sultan Abdul Jalil II, bendahara johor yang menjadi raja setelah Sultan –mangkat dan tidak meninggalkan zuriat -----
ketiadaan raja  bendahara Johor abad ke 16 iaitu

mereka telah membuka Terengganu pada abad ke 18, bermula dari zaman Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja  yang bergelar Sultan Zainal Abidin 1(1725-1733)  yang di perintahkan supaya ----wujud pertelingkahan --,Tun Hussein pula di lantik menjadi Bendahara.
Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Paduka Megat Seri Rama juga di hantar memerintah Terengganu.


Bendahara Hassan di hantar memerintah Terengganu.Seterusnya Tun zain Indera dan anak-anaknya Tun Tuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail pula di hantar memerintah Terengganu. Oleh kerana mereka berselisih faham dengan Sultan zainal abiding I(Tun) , maka Tun Tuan menjadi Bendahara , Tun Sulaiman menjadi Sultan di Pantai Layang( Balik-Balik) dan Tun Ismail Menteri Tersat.
soalnya ialah Islam telah sampai lebih awal lama sebelum abad ke 17 itu, di katakana di bawa dari China.  Soalnya siapakah dan dari kumpulan manakah mereka itu?  Mengapa keturunan Bendahara  dari Johor dapat mengambil alih pemerintahan Terengganu, bagaimanakah mereka dapat mengambil alih Terengganu, ? daripada siapakah mereka mengambil alihnya? Kenapa kumpulan Islam yang lebih awal menduduki Terengganu tewas di tangan keturunan Bendahara Johor itu pada hal mereka sudah pernah menjalankan hokum dan undang-undang Islam di Terengganu. Apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik cerita yang di sembunyi itu.

Dalam sejarah Terengganu terdapat pemerintah yang di panggil Megat Panji Alam dan Tun Telanai

SEJARAH PENGUKUHAN PERLEMBAGAAN ISLAM DAN GANGGUAN BRITISH DI TERENGGANU

Tahun 1824 dianggap sebagai tahun permulaan kemasukan secular oleh penjajah British ke Alam Melayu.  Pada tahun ini telah berlaku satu perjanjian antara British dengan Belanda dalam ---

Di Terengganu, sebagaimana juga di Alam Melayu yang lain, ancaman penjajah mula dating sewaktu ajaran Islam mula meresap masuk ke dalam masyarakat setelah bertunjang kuat di dalam istana. Masyarakat yang sebelumnya memang tebal dengan kejahilan telah mula di dekati oleh Ulama Ulama tempatan yang lebih memahami masaalah mereka sendiri.Ini bererti ancaman terhadap perlaksanaan syariah juga telah bermula dengan kedatangan penjajah sebegini. Di Terengganu, ancaman British telah bermula dengan nyata pada zaman pemerintahan Sultan Umar(1839M-1875M) . Pada masa itu sekurang-kurangnya terdapat dua insiden besar antara Kerajaan Terengganu dengan Penjajah British yang berpusat di Singapura.  Pertamanya Major General Sir Orfeur Cavenagh (1820-1891), Gabenor Negeri-Negeri Selat ( bertugas 1859M-1867M) telah menghantar surat bantahan kepada Sultan Umar  kerana membantu Sultan Ahmad Pahang dalam Perang saudara 1857-1863. Perang ini adalah di antara wan Ahmad dan wan Mutahir. British menyokong Wan Mutahir …Nampak jelas di sini sifat British yang ----

Keduanya Cavenagh telah menghantar dua armada laut  H.M.S.Scout dan H.M.S. Coqutte dan membedil Bandar Kuala Terengganu pada 8 dan 9 November 1862. Banyak bangunan yang hangus dan akhbar Singapore Press melapurkan hampir 20 orang telah terbunuh dalam serangan dua hari itu.  Di katakan di samping rumah-rumah kedai, sebahagian istana baginda juga turut terbakar dan sisa kayu-kayu tersebut telah di serahkan kepada Haji Kadir Haji Abdullah Fatani untuk di jadikan masjid di suatu kawasan darat  yang pada hari ini di sebut Kampung Masjid Haji Kadir. Serangan ini di buat kerana Sultan Umar melindungi Sultan Mahmud Lingga yang bernaung di negerinya .di sebabkan serangan ini, akhirnya Sultan Mahmud Mansur terpaksa meninggalkan Terengganu dan lari ke Siam sebagaimana yang di perintahkan oleh British.Ancaman ini menjadi satu yang amat membimbangkan Alim Ulama sehingga mereka memikirkan perlunya mencari jalan untuk menyelamatkan Syariah agar terus di pertahankan di negeri Terengganu. Meskipun di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa British , sedari awal lagi telah menggunakan jalan persenjataan dalam menghadapi umat Islam di Terengganu, penguasaannya ke atas Alam Melayu khususnya dan Dunia Islam lain amnya telah memberikan keinsafan yang amat mendalam dan bermakna kepada Terengganu khususnya Sultan dan Alim Ulama untuk  berhati hati dengan mereka. Amanah yang berat ini telah di pilu; oleh Sultan zainal abidin III dengan jayanya.

SULTAN ZAINAL ABIDIN  III
Baginda di besarkan dalam suasana ilmu menyebabkan Baginda amat mencintai Alim Ulama dan sentiasa memikirkan bagaimanakah jalan untuk memajukan dakwah kepada rakyat jelata.Baginda, walaupun seorang Sultan tetapi ramai penulis mencatatkan baginda layak juga di panggil Ulama kerana boleh bersyarah agama dengan mengemukakan dalil dalil dari ayat al quran dan Hadis. Perwatakannya yang sangat warak, lemah lembut, zuhud ,kuat beribadat ,
LATAR BELAKANG

HUBUNGAN DENGAN PETANI DAN SIAM

Semenjak zaman ayahanda Baginda, sultan Umar, pengukuhan ajaran Islam sedang di perkuatkan dengan giat bukan sahaja di dalam istana malahan juga di dalam masyarakat.  Penubuhan pondok pondok oleh Ulama dari Fatani seperti pembukaan pondok di kampung Duyung oleh Tok syeikh Duyung (1840) dan di Bukit Bayas oleh Syeikh Wan Kadir Bukit Bayas(180) dapat menggambarkan hubungan kerajaan waktu itu dengan Fatani. Hakikatnya sejarah ulama Terengganu telah menyaksikan bagaimana pondok Fatani ini telah melahirkan ramai ulama yang  bertebaran merata di seluruh Terengganu pada  zaman zaman selepasnya khususnya di zaman pemerintahan  Sultan Zainal abidin III.

Baginda yang memang di akui ramai amat meminati dakwah telah membina pelbagai pusat dakwah termasuk yang paling di kenali ilah Masjid Abidin tahun(  ) . lainlain masjid yang bergiat bergerak aktif termasuklah Masjid Kg Masjid Haji Kadir Pasir Panjang,
Sebagaimana yang telah di sebut dalam siri yang terdahulu, kitab kitab karya Ulama Fatani seperti Musholli, Aqidatun najin, Faridatul faraid, ====telah di jadikah teks yang di ajar di masjid surau di Terengganu .ini menandakan hubungan yang kuat antara Terengganu dengan Patani. Tahun tahun serangan Siam ke atas Fatani juga telah mencatatkan ratusan ulama Fatani berhijrah ke Terengganu. Mereka mendiami pesisiran pantai seperti Batu Buruk, Chendering< Marang<Dungun , Kemaman, Besut, Mengabang Teliput dan sebagainya lagi kerana mereka pada waktu itu berniat untuk pulang semula ke Fatani setelah jihad Berjaya menewaskan Siam. Malangnya Siam yang kuat di bawah pemerintahan raja Mongkut dan anaknya Cholalungkom telah Berjaya memusnahkan harapan mereka untuk kembali ke Fatani semula. Selepas beberapa dekad menunggu, anak cucu mereka mula membuat keputusan untuk menetap di Terengganu dan mula mencari penempatan di kawasan kawasan yang lebih pendalaman..
Di zaman Sultan Zainal abidin III ini, demi untuk melindungi umat Islam Fatani, baginda mengambil langkah berbaik baik dengan siam. Untuk tujuan mengendurkan kemarahan Siam terhadap Terengganu kerana Terengganu telah melindungi Ulama Ulama fatani, baginda telah menjalankan polisi tarik tali dengan Siam. Terengganu yang di kenali sebagai kerajaan emas telah bertindak menghantar bunga  Mas kepada kerajaan siam. Malangnya Siamh dengan sengaja niat baik Terengganu itu dengan menuduh Trg berada di bawah naungannya.sehingga di meterikan perjanjian 1909 yang menyerahkan Terengganu kepada British.
MELINDUNGI MUHAJIDIN PAHANG
Walaupunpun Tok Gajah, di zaman mudanya betkhidmat membantu ===yang berpihak kepada British di Selangor, tetapi pengalamannya itu mematangkannya untuk mengenali siapakah British. Inilah yang menjadikan ia nekad untuk menghadapi British yang mengganggu pentadbiran negerinya secara bersenjata====hubungan politik dan memperdalami agama di Terengganu dengan Ulama ulama Terengganu. Menurut penduduk Kuala berang, Mat Kilau tidak pernah menetap Siam sebagaimana yang di dakwa ramai, ia hanya berada di Kuala Berang  sehu==sehingga ia kembali ke apsir Salak dan mengaku sebagai Mat Siam. Tujuannya ialah untuk menyembunyikan daripada ==

KONFLIK DENGAN BRITISH

Seterusnya di zaman Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) , ancaman pihak British menjadi semakin meningkat.Pulau Pinang( dahulu di kenali sebagai Tanjung) , Seberang Perai, Singapura dan Melak telah berjaya di kuasai oleh British dan di namakan Negeri-Negeri Selat.
Demikianlah juga , pada tahun 1874, Selangor dan Perak pula menjadi mangsa British.

Kira-kira tujuh tahun selepas pemerintahan Sultan Zainal Abidin, british berjaya pula memerangkap ayahandamertua Baginda,Sultan Ahmad menyebabkan Pahang terpaksa menerima Residen British pada 24 Ogos 1888M.
Pada 6 Jun 1886M, pihak British telah menghantar  Gabenor  sir Frederic  Weld, Residen Perak , Residen Selangor dan beberapa pegawai British lain seramai 8 orang untuk melawat Terengganu dan mengadap Sultan Zainal abiding.

Menyedari ancaman yang terkandung dalam misi lawatan ini, --

Menjelang

Pada 8 september 1902, Frank swetthenham ke Terengganu membawa misi pihak British untuk memujuk Sultan Zainal Abidin menandtanagi satu surat perjanjian yang mana di antara isi kandungan perjanjian tersebut adalah:

Sultan Terengganu tiada di benarkan membuat sebarang perhubungan dengan kuasa asing melainkan menerusi kerajaan Siam.Sultan Terengganu bertanggung jawab membayar gaji seorang Penasihat dan seorang Penolong Penasihat yang di lantik oleh kerajaan Siam, di tempatkandi Terengganu, dan nasihat mereka mengenai segala hal pentadbiran di Terengganu hendaklah di ikuti kecuali perkara yang bersangkut paut dengan agama Islam dan adat orang Melayu.  Dan Raja Siam tidak akan mencampuri hal ehwal pentadbiran dalam negeri Terengganu selagi negeri itu dalam aman tenteram dan selagi negeri itu di perintah bagi faedah penduduk-penduduknya( Buyong Adil )

Dalam usaha menyelamatkan Terengganu daripada di jajah oleh British, Baginda telah mengemukan alas an:
1)      Baginda tidak memahami isi kandungan Surat Perjanjian 1902 kerana ia di tulis dalam bahasa Inggeris dan Siam
2)      Baginda akan menghantar satu rombongan ke Singapura untuk menemui Pesuruhjaya Tinggi British dan menerangkan kepada beliau bahawa baginda sedang meneliti isi kandungan Perjanjian 1902 tersebut
3)      Baginda akan menghantar satu rombongan ke Siam  untuk membincangan kedudukan Terengganu dengan Siam serta isi kandungan Perjanjian 1902 tersebut. Ini kerana penghantaran bunga mas oleh kerajaan Terengganu ke Siam adalah sebagai tanda persahabatan dan bukannya Terengganu berada dalam naunagan Siam. 
4)      Baginda memaklumkan kepada Frank Swetthenham bahawa Baginda kurang sihat kerana menghadapi masalah tidak dapat tidur dan hilang selera makan

British menanda tangani perjanjian Bangkok 1909 ini menjadi satu cabaran yang sangat besar kepada umat Islam di Terengganu.Oleh itu pada 24 Mei 1909 rombongan Baginda telah menemui John Anderson (Gabenor Negeri-Negeri Selat) di Singapura untuk membuat bantahan terhadap pihak British kerana menanda tangani perjanjian Bangkok dengan pihak siam yang isinya berkaitan dengan kerajaan Terengganu  tanpa pengetahuan baginda.

Bulan Julai 1909 pihak British menghantar W.L. Conlay ke Terengganu untuk bertugas sebagai Ejen British

Ini di bantah oleh Sultan  tapi pada 14 Julai 1909, W.L.Conlay telah menerima surat penyerahan kuasa negeri Terengganu daripada Pesuruh jaya Siam yang mana terpaksa di hadiri oleh Sultan kerana ia di lakukan di istana Sultan.

Mac 1910, Sultan telah menyerahkan semula dokumen perjanjian tersebut kepada pihak British setelah selesai merangka semula syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen tersebut.  Seterusnya pada 18 April , baginda bertolak ke Singapura untuk menanda tangani perjanjian rasmi pada 22 April –yang menyatakan Terengganu sebuah negeri yang berdaulat dan  merdeka

Ada  dua perangkap yang di buat oleh British untuk menundukkan Sultan----Sultan telah bertindak lebih cepat d an bijak dengan menggubal Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu pada 2 November 1911( 11Zulkaedah 1329H) . undang-undang ini di kenali sebagai Itqan Al Muluk Fi Ta`dil As Suluk- mengandungi satu muqaddimah, 53 fasal dan khatimah.



Pada 20Mei 1912 ( 4 Jamadil Akhir 1330) Sultan telah menanda tangani satu perjanjian dengan pihak British yang di kenali “ Perjanjian Serah Menyerah Orang-orang salah Antara Kerajaan Terengganu Dan Kerajaan British Tahun 1912


Oktober 1913 Baginda di Iringi oleh 15 pembesar menunaikan ibadat haji ke Mekah

Setelah itu gangguan British reda –mereka hanyalah menunggu peluang dan masa yang sesuai untuk menyatakan bahawa pentadbiran Terengganu adalah lemah- sebagai senjata yang akan di gunakan setelah ketiadaan Sultan.


Sultan sentiasa berhubungan dengan Syeikul Islam tok Ku Paloh(jawatan setaraf dengan Menteri Besar zaman sekarang) dalam banyak hal. Tok Ku Paloh yang hubungan kekeluargaannya dengan sultan adalah abang ipar memberikan mereka dapat berbincang secara tidak resmi dengan cara yang lebih kerap. 

PERLEMBAGAAN ISLAM TERENGGANU
Meskipun di zamanSultan Zainal Abidin III, British telah Berjaya campur tangan di pelbagai negeri Alam Melayu seperti Johor,Pahang, Perak malahan juga Kerajaan Melayu Islam Berunai rebah dalam belitan peniaga James Brook. Namun begitu, kerajaan Terengganu, berkat gabungan Ulama Ulama yang ikhlas pada agama, dalam mempertahankan Islam sebagai aqidah dan perundangan negeri, telah  menggubal satu undang undang tubuh bagi Kerajaan Negeri Terengganu. Perlembagaan yang meletakkan Al Quran Hadis Ijma dan Qias ini sebagai sumber perundangan ini di beri nama itqanul muluk fi tadbiris  suluk. Syed Abdul Rahman Al Idrus, Syeikhul Islam yang juga menjadi abang ipar Baginda Sultan bagi kerajaan Negeri Terengganu yang di panggil Tok Ku Paloh telah menghimpunkan alim ulama di zamannya bagi menerangkan tentang betapa perlunya perundangan Islam di pertahankan di Terengganu. Baginda Sultan Zainal Abidin ke3 sendiri telah menulis surat kepada alim ulama agar sentiasa melakukan sembahyang hajat seboleh bolehnya setiap kali selepas solat fardhu  agar Terengganu di selamatkan daripada gangguan penjajahan British. Maka berkat doa alim ulama, British tidak berjaya masuk Terengganu dan hal ini berlaku sepanjang pemerintahannya sehinggalah beliau mangkat,

Usaha baginda Sultan meninggalkan Itqanul Muluk Fi Tadbiris suluk mewariskan pemerintahan====Meskipun selepas kemangkatannya , usaha =terbengkalai====tetapi pada tahun 1940an ======
Pada abad 2000 pula. Dato Seri Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang telah mara meneguhkan  perundangan tersebut


syeikh Wan abd Kadir Bukit Bayas




SejarahUlamaTerengganu
Siri 1

SYEIKH WAN ABDUL QADIR BUKIT BAYAS
Oleh: UstazHanafiRahman El Fesfanji
Satu hakikat yang perlu di terima ialah bahawa yang mewarnaicorak keIslaman di Terengganu mulai peringkat awa lhingga abad ke-20, terdiri daripada dua golongan ulama atau penyebar Islam.Golongan itu ialah, pertama: Berasal daripada ulama-ulama Patani, dan kedua: daripada keturunan sayid. Kedua duanya dating dari Yaman dan mempunyai nasab dengan Rasulullah SAW.
Makatidakdapat di nafikansekali kali olehbukansahajapendudukpendudukasalkampungkampungBatuBuruk, Bukit Besar, Kg Padang, Gelong Bilal, Bukit Bayas, Bukit Jenal, Gelong Gajah, Kg Masjid HjKadir, Bukit Depu, Gong Penaga, Gong GemiadanjalanjalanPasirPanjang, Gong TokNasek, PanjiAlam Pak Maseh, malahantelahmelata di AlamMelayuinibahawa di antaraulamayang paling besarpengaruhnya di Terengganu ialahSyeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-FathaniatauSyeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu.
SUSUR GALUR KETURUNAN
Syeikh Wan Abdul Qadir Bukit Bayas bin Wan abdul Rahim bin Wan Deraman bin Wan Abu Bakar bin Wan Ismail bin Faqeh Ali Malibari bin NikMustaffa( Raja Champa yang memakaigelaran Sultan Abdul Hamid), bin Wan Abul Muzaffar Waliullahbin Wan AbdullahUmdatuddin (Raja Champa 1471 77) bin Ali NurulAlam bin Sayyid Hussein Jamadul Kubra yang sangatterkenal , pendakwah  Malabar yang sangatterkenaldengankerjadakwahnya di PentasSundaAlamMelayusehinggamelahirkanketurunannya yang menjadiulama yang bertebarankeseluruh Nusantara.  DaripadaketurunannyalahjugamenculnyaWalisongo di Jawa.

PENDIDIKAN

Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim mendapatpendidikanasas di beberapapondokpengajian di Patani. Walaupunditinjaudarisegipangkat, nasabbeliauadalahperingkatdatuksaudarakepadaSyeikhDaud bin Abdullah al-Fathani, namunditinjaudarisegiumur pula Abdul QadirlebihmudadaripadaSyeikhDaud bin Abdullah al-Fathani. Menurutriwayat, Abdul QadirdanSyeikhDaud bin Abdullah al-Fathanipernahsama-samabelajardalamsebuahpondok, samaada di pondok Kuala Bekah (Patani) mahu pun di pondok-pondoklainnya. Bahkanpernahsama-samabelajar di Mekah.Dalamriwayat yang lain pula menyebutbahawaSyeikh Abdul QadirpernahbelajarkepadaSyeikhDaud bin Abdullah al-Fathani. JadibeliautermasukperingkatmuridkepadaSyeikhDaud bin Abdullah al-Fathani. KetikabeliaumelanjutkanpelajarankeMekah, beliaubergurukepadaSyeikh Muhammad Shalih bin AbdurRahmanPauh Bok al-Fathani, Syeikh Muhammad Zain bin FaqihJalaludin Aceh. Kepadaulama-ulama Arab pula beliaubelajar di antaranyakepadaSyeikh Muhammad Shalih bin Ibrahim, Mufti Syafi'ie di Mekah, Syeikh Ahmad al-Marzuqidan lain-lain. Menurutsetengahpendapat, setelahmemperolehilmupengetahuandalampelbagaibidang di MekahdanMadinah, beliaubalikkePatanidanmengajar di sanasehinggalahPerang Siam. Menurut Ahmad Fathy, Beliauturunke Terengganu setelah di kenalisebagaiUlamaPatani.TetapimenurutSyeikh Wan Saghir, beliauterusturunkePulauDuyung, TerengganuterlebihdahulusebelumnaiksemulakeFatani.Langkahitudiambilnyakerana di PulauDuyung Kecil, Terengganu ituahlikeluarganyalebihramaidanlebihdekatdaripada di Patanisendiri. Di PulauDuyung Kecil, Terengganu beliaumemulakanaktivitinyasebagaiseorangulama.
AKTIVITI

Syeikh Abdul Qadirmulaimengoraklangkah di manasahajabeliaupergidalamnegeri Terengganu beliaumemperkenalkanajaran Islam menurutMazhabSyafiedaniktikadAhlusSunnahwalJamaah.Beliaumerancangmembukasebuahinstitusisemacampondok di Patani, keranapadazamanitupengajianpondokmemang di Patani yang paling terkenal di rantauini.Samaada di Terengganu mahupun di tempat-tempatlainnya, pengajianpondoktidaklahsekukuhseperti di Patanisendiri.Apabilarancangannyaitutelahmantap, beliaupulangkePatanidengantujuanmendapatkanrancangankerja yang lebihmantapataukontekskerjasamadalamduniapendidikanpondokdenganbeberapa orang Tok Guru mahu pun ahlikeluargabeliau yang menjadiulama yang memimpinpondok di Patani. SetelahsampaikePatani, niatbeliautergendalakeranapadamasaituterjadisuatupeperanganbesarantara Kedah-Pataniterhadappencerobohanbangsa Siam.Peperanganbesar yang melibatkanbeberapa orang tokohulamaitudiikuti pula olehSyeikh Abdul Qadirsendiri.


PENGAJIAN PONDOK

DipercayaibeliaudatangkePulauDuyung kali keduainisekitartahun 1830an M. Ketikaitubeliaumulaimengajar di KampungPayaBunga, Duyung.Syeikh Abdul Qadirmendirikansebuahmesjid di Bukit Bayas.Di kedua-duatempatitubeliaumembinapengajianpondokmenuruttradisi di Patani.Kemudianolehsebabbeliaumemusatkanaktivitinya di Bukit Bayas, makaterkenallahnamanyakemudianharidengangelaranSyeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, penggantikepadanamaterkenalsebelumnyaiaitugelaranSyeikh Abdul QadirDuyung (TokDuyungsahaja).

PENULISAN

Di antarapenulisanbeliau yang terkenalialahkitabAt-TarghibwatTarhib li al-Bai'iwaAsy-Syira, diselesaikanwaktuduha, hariIsnin, 2 Rabiulawal 1234 H, di negeri Terengganu. Kandungannyamembicarakantentangperniagaanmenurutajaran Islam, mengemukakanhujah-hujahberdasarkan al-Quran danhadismengenaiterlarangnyamemakanriba.Di antarasalinanterbaik yang pernahditemuiialah yang diselenggarakanoleh Mahmud ibnu Muhammad Yusuf Terengganu.Beliau di katakana jugamenulis al manhalus Sufi, tetapiadapendapat yang menyatakankitabtersebut di tulisolehSyeikhDawud al Fatani.

KETURUNAN DAN MURID

Dikatakanbeliaumempunyaiseorangisteri yang di bawadari Siam, setibanyake Terengganu, beliau pula denganseorangperempuan Bukit Bayassebelumberkahwinseoranglagidenganseorangperempuan di Duyung.Beliaumempunyaianak yang ramai. Di katakaniamempunyaianak 21 orang lelakidanperempuan. Merekaialah: 1. Wan Abdur Rahim, 2. Wan Muhammad Amin, 3. Wan Muhammad Sa'id, 4. Wan Muhammad Saleh, 5. Wan Jamilah, 6. Wan Maimunah, 7. Wan Putih, 8. Wan Hitam, 9. Wan Khatijah, 10. Wan Maryam, 11.Wan Abdullah, 12.Wan Halimah, 13.Wan Salamah, 14. Wan Abu Bakar, 15. Wan Ahmad, 16.Wan Kaltsum, 17. Wan AbdurRahman, 18. Wan Aminah, 19.Wan Man, 20.Wan Salimah, 21.Wan Muda.
Di antaramuridSyeikh Abdul Qadir Bukit Bayas yang sangatterkenalsebagaitokohatau pun ulamaialahBaginda Sultan Umar (Sultan Terengganu), SultanZainalAbidin III sendiri, antara yang lain ialahSayyid Ahmad ZainalAbidin(Tok Ku Tuan Besar yang di panggilsebagaiSyeikhulUlama), anaknyaSayyid Abdul Rahman(Tok Ku Paloh), Haji Abdul RahmanLimbung, Tuan BesarPadukaIndradanTokKenali. Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani (SyeikhDuyung), Tuan Guru Mahmud bin Muhammad Yusuf Kemaman (penyalinpelbagaimanuskrip) danramai
lagi.


MENINGGAL
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani Bukit Bayas, Terengganu meninggaldalamtahun 1864 M di KampungPayaBunga, Terengganu. Riwayat lain menyebutbeliauwafat di Bukit Bayas, Terengganu.



Haji Kadir Kg masjid Hj Kadir Pasir Panjang Moyangku




Oleh: Ustaz Hanafi Rahman El Fesfanji
Satu hakikat yang perlu di terima ialah bahawa yang mewarnai corak keIslaman di Terengganu mulai peringkat awal hingga abad ke-20, terdiri daripada dua golongan ulama atau penyebar Islam. Golongan itu ialah, pertama: Berasal daripada ulama-ulama Patani, dan kedua: daripada keturunan sayid. Kedua duanya dating dari Yaman dan mempunyai nasab dengan Rasulullah SAW.
Bagi penduduk asal kampung kampung Batu Buruk, Bukit Besar, Kg Padang, Gelong Bilal, Bukit Bayas, Bukit Jenal, Gelong Gajah, Kg Masjid Hj Kadir, Bukit Depu, Gong Penaga, Gong Gemia dan jalan jalan Pasir Panjang, Gong Tok Nasek, Panji Alam Pak Maseh, perbincangan tentang dua tokoh yang di panggil Tuan Guru Haji Abdul Kadir Pasir Panjang  di Bukit Bayas dan di Kampung Masjid adalah perbincangan tentang zaman  kesatuan orang Islam di bawah kesultanan Melayu sebelum kedatangan penjajah. Zaman ini adalah zaman yang bersih daripada sebarang pencemaran pemikiran barat.Pada masa itu aliran pemikiran yang berbagai bagai seperti mana yang boleh kita lihat pada cucu cicitnya hari ini belum wujud lagi.  Ini kerana perbincangan tentang  mereka berdua  samada Tuan Guru As Syeikh Haji Kadir Bukit Bayas atau haji Kadir Kg Masjid  ini, bererti  kita kembali ke zaman dimana pengaruh Amerika dan kuasa kuasa kufur belum wujud lagi di Terengganu .

ADAKAH HAJI KADIR KG MASJID ADALAH SYEIKH WAN ABDUL KADIR BUKIT BAYAS
Memang terdapat di kalangan cicit cuit mereka di hari ini yang keliru adakah kedua duanya adalah orang yang sama atau tidak? Mereka menjadi keliru kerana kedua dua tokoh ini datang dari Patani dan mempunyai hubungan dengan istana.mendapat tanah kurnia dari Sultan di sekitar Bukit Besar.

Namun begitu, yang jelas nyata kepada rata rata orang yang mengkaji sejarah ulama Terengganu  memberikan jawapan bahawa mereka berdua adalah orang yang berbeza. Ini kerana:
1)      Syeikh Abdul Kadir al Bukit Bayas adalah bin Abdul Rahim manakala Hj Abdul Kadir Kg Masjid pula adalah bin Abdullah.
2)      Kubur  Syeikh Abdul Kadir al Bukit Bayas  terletak di dalam pagar semin di tanah Perkuburan Bukit  Bayas yang terletak di selekoh jalan bukit bayas manakala kubur Hj Kadir Kg Masjid terletak berhampiran pokok tembesu yang telah mati di Tanah Perkuburan Besar Pasir Panjang.
3)      Masjid Kg Bukit Bayas yang terbina lebih awal dari masjid Kg Masjid dan mempunyai seni yang lebih tinggi dan halus.

Menurut Ayah Ngah Ustaz Ahmad Awang pula menjelaskan  zaman Syeikh Kadir al Bukit Bayas dengan zaman Hj Kadir Kg Masjid adalah seperti zaman ayah dengan anak atau zaman datuk dengan cucu. Ini kerana Syeikh kadir Bukit Bayas di katakan meninggal pada 1867 manakala istana Sultan Umar yang terbakar yang mana kayu kayunya akhirnya di serahkan kepada Hj Kadir Kg Masjid adalah 1870.

Saya bawakan contoh mereka adalah orang yang berbeza adalah: 

Dikatakan bahawa Pak Ngah Amad ( Ahmad bin Hj Kader Kg Masjid ) berkahwin dengan Tok Mak Ngah Kg Padang ( Asiah Binti Pak Mat Ketam Kg Alur ) adalah cucu Syeikh Kadir al Bukit Bayas. Asiah yang lebih di kenali di kalangan anak cucunya dengan panggilan Tok Mak Ngah Kg Padang ini adalah anak Wan Khadijah bin Syeikh Abdul Kadir al Bukit Bayas.

Demikianlah dikatakan juga Khatib dan Bilal Taib Bin Mahmud.Bapanya  lebih dikenali sebagai Che Mahmud Duyung adalah cucu Syeikh Kadir Bukit Bayas ( yang ada banyak tanah di duyung) manakala Isteri Che Mahmud adalah Mak Su  anak Haji Kader Kg Masjid.




SYEIKH HAJI ABDUL KADIR BUKIT BAYAS
Menurut kajian ahli sejarah, Syeikh Haji Wan Abdul Kadir Bukit Bayas telah berpindah dari Patani ke Terengganu pada tahun 1824 dalam umur  yang di bawah lingkungan 30 tahun. Walaupun latar belakangnya di Patani setakat ini agak kabur, tetapi boleh di percayai ia datang dari keluarga yang kuat beragama. Ini kerana penerimaannya sebagai ulama oleh  masyarakat Terengganudi katakan kerana peranan yang tel di taburkan dalam masyarakat Patani sebelum datang ke Terengganu.Faktoryang mendesaknya kepada penghijrahan ke Terengganu adalah kerana serangan Siam keatas Patani(1823). Akibat ketewasan Patani, ramai pejuang pejuang Patani yang turun ke Terengganu secara berperingkat peringkat.Oleh kerana mereka datang melalui jalan laut, sebahagian besar mereka membuka penempatan awal di pesisiran pantai Terengganu seperti Besut, Batu Buruk, Rusila, Dungun dan sebagainya lagi dan lama kelamaan setelah mendapat pengiktirafan masyarakat, mereka masuk ke pendalaman. Di katakan ia datang  bersama beberapa sahabtnya melalui jalan laut.Terengganu menjadi pilihan mereka kerana kedudukannya yang lebih stabil dari Kelantan yang seringkali terhimpit oleh Siam. Ini bererti zaman kedatangannya ke Terengganu adalah  zaman penyerahan Semenjung Tanah Melayu  oleh Belanda kepada British. Namun begitu, perjanjian yang di buat oleh kedua dua syaitan Barat  di England ini memang berlaku secara rahsia dan tanpa di sedari oleh sesiapapun di Alam Melayu lebih lebih lagi di Terengganu.  Perjanjian ini hanyalah di sedari kesannya pertamanya oleh pembesar pembesar Johor dan Pahang lima puluh tahun selepas itu, Maka Zaman tua Syeikh Haji Kadir Bukit Bayas adalah zaman permulaan yang sangat  awal bagi  penjajahan British. Pada masa itu, walaupun Pahang yang di perintah oleh Sultan Ahmad,mertua Sultan Zainal abidin III telah di ganggu ke tangan British, tetapi pemerintahan Islam di Terengganu amat  kuat  sehingga hal ehwal  pentadbirannya masih di rujuk kepada alim ulama.
Zaman Syeikh Haji Kadir Bukit Bayas adalah zaman pengukuhan ilmu Islam dalam masyarakat Islam Terengganu. Itulah sebabnya , sebagai pejuang Islam Patani, Syeikh Haji Abdul Kadir Bukit Bayas bukan sahaja menjadi pengasas pondok Kampung Bukit Bayas yang di bukanya pada tahun 1832 malahan juga diberi kepercayaan menjadi guru kepada Sultan Sultan Daud(1830 1831) Sultan Mansur( 1831 1837) Sultan Muhammad ( 1837 1839)  lebih lebih lagi  Sultan Umar yang memerintah dari tahun (1839 1877). Di antara murid muridnya adalah Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbung
Menurut catatan lagi, Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas berhijrah bersama rakannya  Tok Duyung ( Haji Wan Abdullah bin Wan Mohammad Amin) membuka pondok di Duyung Kechil pada tahun 1840an 
ANAK DAN ISTERI
Dikatakan beliau mempunyai seorang isteri yang di bawa dari Siam, setibanya ke Terengganu, beliau pula dengan seorang perempuan Bukit Bayas sebelum berkahwin seorang lagi dengan seorang perempuan di Duyung.Beliau mempunyai anak yang ramai. Di katakania mempunyai lebih dari 25 orang anak.
Dikatakan juga bahawa pada permulaannya tiba ke Terengganu, beliau telah berniaga garam.
MURID MURID BELIAU
Dalam tempoh yang lama mengajar di Terengganu termasuk di istana dan kampung kediamannya di Bukit Bayas,beliau mempunyai ramai murid yang bertebaran di seluruh Alam Melayu. Di samping Sultan Zainal Abidin III sendiri, antara yang lain ialah Sayyid Ahmad Zainal Abidin( Tok Ku Tuan Besar yang di panggil sebagai Syeikhul Ulama), anaknya Sayyid Abdul Rahman(Tok Ku Paloh), Haji Abdul Rahman Limbung, Tuan Besar Paduka Indra dan Tok Kenali.
Beliau,sebagaimana juga Ulama Terengganu tersohor sebelumnya, Syeikh Abdul Malek(Tok Ku Pulau Manis) adalah pengamal Tarikat Satoriyyah yang di ambil susur galurnya dari Ulama Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel yang mengambil dari gurunya Hamzah Fansuri.
MENINGGAL
Ahli sejarah mencatatkan bahawa Syeikh Wan Abdul Kadir Bukit Bayas meninggal pada tahun 1967


TUAN GURU HAJI ABDUL KADIR KG MASJID
Di katakan bahawa Haji Abdul Kadir bin Haji Abdullah tiba ke Terengganu pada zaman Sultan Zainal Abidin III.
Di zaman Sultan Umar dan anaknya Sultan Zainal Abidin III inilah, Alam Melayu diluar Terengganu telah menghadapi campurtangan penjajahan British. Bukan sahaja Johor,Pahang, Perak malahan juga Kerajaan Melayu Islam Berunai rebah dalam belitan peniaga James Brook. Namun begitu, kerajaan Terengganu, berkat gabungan UlamaUlama yang ikhlas pada agama, dalam mempertahankan Islam sebagai aqidah dan perundangan negeri, telah  menggubal satu undang undang tubuh bagi Kerajaan Negeri Terengganu. Perlembagaan yang meletakkan Al Quran Hadis Ijma dan Qias ini sebagai sumber perundangan ini di beri nama itqanul muluk fi tadbiris  suluk. Syed Abdul Rahman Al Idrus, Syeikhul Islam bagi kerajaan Negeri Terengganu yang di panggil Tok Ku Paloh telah menghimpunkan alim ulama di zamannya bagi menerangkan tentang betapa perlunya perundangan Islam di pertahankan di Terengganu.  Di zaman Sultan Zainal Abidin inilah, campur tangan British di Terengganu  telah bermula, dengan menyaksikan penentangan  murid murid  Tok Syeikh Hj Kadir bukit bayas tadi  terhadap undang undang yang di bawa masuk oleh British. Bermula dari penentangan secara diplomasi dan pentadbiran di bawah pimpinan Tok Ku Paluh , bapa angkat Haji kadir Kg Masjid sendiri,murid murid dan rakan rakannya . Yang paling besar nya ialah pemberontakan tani secara bersenjata oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbung, .Beliau adalah murid kepada Syeikh Hj Kadir Bukit Bayas keadaan keadaan ini amat berbeza sekali adalah di antara kenalan Hj Kadir Kg Masjid
Baginda Sultan Zainal Abidin ke3 juga telah menulis surat kepada alim ulama agar sentiasa melakukan sembahyang hajat seboleh bolehnya setiap kali selepas solat fardhu  agar Terengganu di selamatkan daripada gangguan penjajahan British. Maka berkat doa alim ulama, British tidak berjaya masuk Terengganu dan hal ini berlaku sepanjang pemerintahannya sehinggalah beliau mangkat, maka tidak heranlah ramai ulama  termasuk Hj Kader Kg Masjid sendiri yang terus melakukan sembahyang hajat di zaman sultan Sulaiman agar Allah terus memelihara Terengganu dan menolong penentang penentang British yang di pimpin oleh orang orang seperti Hj Abdul Rahman Limbung yang merupakan kawan kawannya sendiri. Menurut Haji Ali Bin Taib, beberapa orang murid haji Kadir Kampung Masjid telah menghadiri hari perhimpunan membantah penahanan Haji Abdul Rahman Limbung.

KEILMUAN

Pada abad ke 18, Patani telah menggantikan Acheh dalam memainkan peranan sebagai gedung ilmu Islam kepada seluruh penduduk di Nusantara Melayu.Warisan keilmuan Islam yang ada di aceh telah berpindah ke Patani.Hubungan Patani dengan Mekah dan Daulah Uthmaniyya di Turki begitu erat sekali.Ulama ulama terbilang seperti Syeikh Daud bin Abdullah dan Syeikh Ahmad bin Zain Al Fatani yang menghasilkan pelbagai kitab dalam segala bidangnya telah menjadi julukan serantau pada zaman tersebut. Sultan Sultan telah memperkenankan serta mengeluarkan belanja yang besar dalam usaha menjadikan karya karya mereka sebagai teks pembelajaran di pondok pondok dan masjid surau.
Berdasarkan beberapa kitab kitab yang di miliki Tuan Guru Haji Abdul Kadir Kg Masjid yang masih sempat saya saksikan sudah cukup untuk membuktikan kewibawaan mereka yang tinggi  dalam ilmu Islam, bukanlah sekadar mengajarkan fardhu ain kepada kampung yang pada masa itu di panggil sebagai orang darat, malahan mereka secara langsung atau tidak telah memastikan perlaksaan ilmu tersebut dihayati dalam masyarakat sebagai melindungi Islam daripada di cabuli oleh penjajah
Dikatakan ketika Haji Kadir Kg Masjid mula tiba ke Terengganu, Tok Ku Paluh telah menjadikannya sebagai seorang anak angkat Tok Ku Paluh. Dengan pertolongan Tok Ku Paluhlah, ia telah di hantar ke Mekah untuk memperdalami ilmu agama di sana. Beliau ke sana dengan menaiki kapal layar selama enam bulan. Setelah 7 tahun menuntut di sana dengan ulama ulama besar di sana, ia pulang dan membuka kampung Masjid.Saya sempat melihat beberapa kitab termasuk iqna yang menjadi milik Haji Kader tersebutdi rumah nenek saya semasa masih kanak kanak dulu.
Mekah tempat Haji Kadir menimba ilmu adalah berada di bawah pemerintahan keluarga syarif ahlil bait  Al `Adawi yang bermazhab Maliki  sekarang ini telah di ambil alih oleh keluarga Saud. Pada waktu itu, ia terletak di bawah naungan Empayar Islam  Utmaniyyah

LATAR BELAKANG
Haji Kadir bin Abdullah ini di katakan berasal dari Kampung Telaga Tujuh di Patani.Menurut Ayah Ngah (Ustaz Haji  Ahmad Awang) , Haji Kadir mempunyai darah Yaman ini datang ke Terengganu dalam usia yang muda atas jemputan bapa saudaranya Ibrahim. Ibrahim ini datang dari Patani sewaktu Perang Petani Siam.Ada pendapat yang berkata Haji Kadir datang bersama 3 adik beradiknya yang lain. Seorang menetap di Paloh, seorang lagi menetap di Pulau Manis manakala seorang lagi menetap di Manir.Ada pula pendapat yang berkata ia datang dengan beberapa kawan kawannya termasuk Haji Mad Shafie Losong.
Memang ada pendapat yang mendakwa bahawa Tuan Guru Hj Kader Kg Masjid adalah merupakan salah seorang dari anak cucu Syeikh Ahmad Al Yamani yang sangat terkenal  kerana telah melahirkan anak cucu yang menjadi ulama ulama yang bertebaran menyebarkan dakwah di seluruh alam nusantara termasuk Aceh, Pantai Remis,Patani, Singapura, Kelantan, Terengganu dan sebagainya lagi, tetapi saya belum berani lagi menyokong dakwaan ini,  
Mereka yang mendakwa begitu berkata bahawa memang terdapat anak cucu Syeikh Ahmad  Al Yamani yang berhijrah ke Patani menetap di Kampung Telaga Tujuh, Kampung asal Haji Kader di Petani, sebelum datang ke terengganu, tetapi saya masih mencari hujah yang lebih kuat lagi terlebih dahulu sebelum menyetujui pendapat tersebut.

Memanglah rata rata orang orang tua yang sempat dengannya mengakui bahawa Hj Kader yang berbadan kecil itu memang mempunyai susuk tubuh orang yaman.ini kerana ia sendiri  adalah berasal dari yaman. Us Ahmad Awang berkata dari Yaman keturunannya berhijrah ke India beberapa ketika sebelum turun ke Patani. 

Pendapat yang mendakwa Hj Kader berketurunan Syeikh Ahmad Al Yamani menambah lagi dengan  berkata bahawa ia datang ke Terengganu bersama Hj Mat Shafie Losong. memang sudah di akui hari ini bahawa Hj Mad Shafie Losong itu adalah keturunan Syeikh Ahmad Al Yamani, tetapi soalnya adakah Hj Kader mempunyai hubungan waris dengan Hj Mad Shafei Losong sehinggakan mereka datang ke Terengganu bersama sama??


PEMBUKAAN KAMPUNG MASJID

Pada zaman lampau, kawasan Bukit Besar dan segala jajahannya di panggil dengan nama (Kampung Darat). Ia di kira sebagai ladang tanaman Sultan Omar. Baginda telah memerintahkan beberapa orang menjaga kawasan tersebut.
Pembinaan masjid tersebut bermula sejurus setelah tamat Perang Saudara di Pahang yang di panggil juga dalam buku sejarah sebagai Perang Bendahara Pahang( 1857-63) . Menurut cerita Khatib Taib bin Mahmud sepertimana yang pernah di siarkan oleh Utusan Melayu pada awal tahun 90an yang lalu, kayu-kayu asal bangunan Masjid Haji Kader yang masih lagi  dapat di lihat pada bahagian ibu masjid tersebut  adalah merupakan sisa istana sultan Umar yang terbakar hangus. Kayu-kayu ini di bawa melalui kereta lembu. Menurut catatan sejarah Terengganu, istana itu terbakar kerana di bedil oleh dua armada laut  H.M.S.Scout dan H.M.S. Coqutte yang di hantar oleh Major General Sir Orfeur Cavenagh (1820-1891), Gabenor Negeri-Negeri Selat ( bertugas 1859M-1867M) kerana  Sultan Umar melindungi Sultan Mahmud Lingga,penentang Inggeris yang datang bernaung di negerinya . Bedilan ke atas Bandar Kuala Terengganu ini berlaku pada pada 8 dan 9 November 1862. Banyak bangunan di kawasan Bandar Kuala Terengganu yang hangus dan akhbar Singapore Press melapurkan hampir 20 orang telah terbunuh dalam serangan dua hari itu.
Menurut cerita Abdul Rahman Bin Ali(arwah), armada tersebut tidak berani berada lama di Terengganu kerana takut di musnahkan setelah melihat kekeramatan Syeikul Islam Negeri Terengganu yang jawatannya pada hari ini setaraf dengan jawatan Menteri Besar) . Setelah diberi amaran,mereka terus berangkat balik ke Singapura.

Menurut cerita banyak pihak Sultan tersebut telah berniat sekiranya api tersebut padam dari menjilat istananya, ia akan menyerahkan sisasisa kayu yang terpilih itu pada jalan meninggikan agama Allah. Dengan serta merta, api menjadi padam. Maka ia telah mencari dan menyerahkan kayukayu tersebut kepada orang yang ingin membina masjid iaitu anak angkat tok ku paluh tersebut.Maka penduduk yang dahagakan agama di kampung tersebut telah bersatu mengembelingkan tenaga untuk membina masjid di situ termasuk seorang bapa saudara dan sepupu Hj kader sendiri yang bernama Haji Ibrahim. Kayu kayu tersebut di punggah dengan menggunakan kereta lembu oleh Ayah Pak Su Aji.

Semenjak dari tarikh tersebut , kawasan sekitarnya menjadi saksi terbinanya banyak pondok=pondok pengajian yang di diami oleh pelajar pelajar agama yang datang dari dekat dan jauh. Menurut Pak Ngah Ali( Hj Ali Bin Taib=arwah) terdapat juga pelajar dari Indonesia dan Sulawesi yang belajar secara pondok dengan tuan guru


RUPA DAN BENTUK WAJAH
Menurut Pak Ngah ( masih hidup dalam usia lebih 100 tahun menetap di belakang Masjid Sulung Kuala Ibai)  adik Arwah Ayah Jim  berkata, rupa Haji Kadir  mempunyai banyak kesamaan dengan anaknya Pak Den Da. Tapak rumahnya adalah berdekatan dengan rumah Mak Tunggal.
HUBUNGAN DENGAN ISTANA
Sejarah Terengganu mencatatkan bahawa ketiga tiga Sultan Zainal Abidin yang memerintah Terengganu mempunyai darah Patani.
Dalam abad ke 19 20 itu, Istana Terengganu mempunyai hubungan yang rapat dengan umat Islam di  Patani. Kajian menunjukkan bahawa setelah Siam menyerang Patani, maka untuk mengedurkan kebencian dan dendam Siam kepada Patani,Sultan Zainal Abidin mengambil langkah untuk menghantar bunga emas kepada kerajaan Siam. Walaupun penghantaran Bunga Emas ini di salah ertikan oleh kerajaan Siam dan Inggeris, dengan menyatakan itu adalah ufti yang di bayar oleh Terengganu bererti Terengganu berada di bawah jajahan Siam, tetapi hal ini telah di pertegaskan berkali kali oleh Sultan Zainal Abidin kepada Siam dan Inggeris bahawa Terengganu, negeri yang menjadi tempat persinggahan pejuang pejuang Islam Patani  adalah sebuah negeri yang bebas merdeka. Penghantaran bunga emas tersebut adalah sebagai tanda persahabatan semata mata.

Maka, bilamana sisa sisa istana Sultan Umar di serahkan kepada Haji Abdul Kadir yang berasal dari Patani, ini sudah cukup untuk menunjukkan hubungannya yang sangat baik dengan pihak istana. Apatah lagi, ia merupakan seorang anak angkat Tok Ku Paluh orang besar istana.

Menurut Arwah Haji Ali Bin Taib(arwah Pak Ngah Ali), ia sendiri pernah di bawa bersama oleh Hj Kadir berjalan kaki  ke istana kerana Sultan Sulaiman  mahu bertanyakan hukum membuat jalan di atas tanah perkuburan. Jalan yang di maksudkan itu ialah jalan Pusara sekarang.  Haji Kadir yang pada masa itu telah tua dan banyak uzur, dalam perbincangan dengan Sultan itu, telah membawakan kitab rujukan yang menyebutkan larangan  membuat bangunan di atas tanah perkuburan. Beliau menyokong pendapat ulama yang menyatakan tidak boleh membuat binaan kerana kawasan lain masih luas untuk di manfaatkan. Dalam perjalanan pulang , Pak Ngah Ali ini mendengar sungutan datuknya Haji Kadir bahawa setelah kemasukan campur tangan orang putih laknatullah, segala galanya telah berubah

Haji Kadir sendiri tidak perlu bertanam padi pada musim menanam padi.setiap tahun padinya akan di usahakan oleh orang lain. Dia hanyalah menerima hasil sahaja. 

ISTERI DAN ANAK

Dikatakan Haji Kadir mempunyai lima beberapa isteri. Yang paling jelas ialah isterinya yang terakhir adalah Umi Kelsom seorang anak orang alim yang kaya raya di Sungai Derhaka.Masjid tersebut mengambil masa setahun untuk di siapkan.


Hasil perkahwinan dengan isteri terakhirnya Tok Som ini, ia memperolehi 7 orang anak. 1) Pak Den Da(Abdullah) 2) Pak De Muar (Ali) 3) Mak Cik Wook4) Tok Ki Pak Ngah Amad(Ahmad),  5)Su Mak Pak Yeb, 6) Mak Che Cah Pak Wel Tok Bilal 7) Mak We
Selepas kematian TYuan Guru haji  Kadir, pengendalian masjid banyak dikendalikan oleh anaknya Ahmad(Tok Ki Pak Ngah Amad) dan di bantu oleh anak beranak yang lain.Pak Ngah ( adik Ayah Jim ) mengakui kawannya, Tok Ki Pak Ngah Ahmad ini, walaupun matanya cacat, seorang yang sangat pintar dan  alim terutamanya dalam bidang Al Quran. Beberapa kali Ustaz Haji Mad Litar, guru Al Quran yang terkenal di seluruh Terengganu datang bertanyakan hokum Al Quran ini kepadanya.

MENINGGAL

Menurut Angah Mat(Ustaz Hj Ahmad Awang) Tuan Guru meninggal pada tahun lahirnya Us Mohammad Ibrahim( Us mad Munah =arwah). Iaitu tahun 1930 dan di tanam di Tanah Perkuburan Pasir Panjang.Manakala Tok Ki Pak Ngah Amad meninggal pada tahun di lahirkan Awang Na Mak Hindun (1962).Kesemuanya sudah arwah.



Rencana ini di terbitkan oleh Ulul Albab Management Services, 15 Lorong 4 Lot 2048 Kg Sg Salak Batu 10 Jln Gombak Lama 53100 KL

Penulis : Ustaz Hanafi Rahman El Fesfanji
0192790098