Monday, November 23, 2015

GUA YUNUS DI PULAU BESAR


15 nov 2015 Sabtu, saya telah pergi ke Pulau Besar  untuk berehat di sana.

Gua Yunus di Pulau Besar –menurut cerita yang saya perolehi  ialah seorang pendakwah terkenal bernama Patih Yunus seorang pemerintah Bantam  dengan seramai lebih kurang 1500 murid-muridnya telah berkumpul dan bersuluk di situ selama beberapa bulan sebelum bertempur dengan Portogis. Akhirnya berlangsung perang  yang dasyhat selama tujuh bulan dan Portogis hampir-hampir tewas. Tetapi di sebabkan khianat dan belot beberapa pembesar yang tewas dengan janji pangkat dan kekayaan,  mereka tewas dan sebahagian besar nya terbunuh.  
Sultan Al Arifin syeikh Ismail adalah menantu Syeikh Thanauddin yang di panggil Adi Putera (guru Hang Tuah). Mereka  telah membangunkan Pulau tersebut sehingga menjadi pusat Islam utama pada zaman tersebut. Diantara aktiviti terpenting di lakukan ialah pusat suluk kepada pejuang menentang portogis.
Jalan dakwah yang mereka pilih adalah melalui jalan perubatan.



Kubur Adi Putera ada juga terdapat di situ. 

Sunday, November 22, 2015

RANTING KELUARGA PENENTANG BRITISH DI PANTAI TIMUR MENJELASKAN BAHAWA MOYANG-MOYANG ADALAH PENGAMAL TARIKAT


RANTING KELUARGA  PENENTANG BRITISH DI PANTAI TIMUR MENJELASKAN BAHAWA MOYANG-MOYANG ADALAH PENGAMAL  TARIKAT
oleh Hanafi Rahman  El Fesfanji

Dalam sejarah penentangan terhadap British Di Pahang, sebahagian  mereka yang di sifatkan oleh British sebagai pemberontak telah menjadikan Terengganu sebagai tempat persembunyian mereka iaitu  Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau di Kuala berang. Beberapa anak Tok Gajah berkembang di Terengganu, demikianlah anak-anak  Mat Kilau juga. Seorang cicit mat Kilau dari sebelah anaknya yang di ajak bersama balik ke Pulau air tawar ( Kalau tak Silap aki Sehak)  , Kak  Chik Hajah ( seorang Jamaah masjid Ansar AU2 Datuk Keramat Kuala  Lumpur berusia lebih kurang 65 tahun , tidak mahu namanya di sebut ) ada menjelaskan bahawa keluarganya dari sebelah orang tuanya  tiada lagi yang menetap di kampung asal  ,sebahagian nya menetap di Kuala Lumpur.  Sedikit sahaja keluarga aki sahak yang kekal di kampung tersebut.

Selain di Terengganu, terdapat ramai juga keluarga Dato Bahaman  yang  berpecah ke Aceh dan Merbok Kedai.ini kerana mereka bersembunyi  dengan menumpang keluarga  masing-masing yang di sana, selepas satu dua generasi, kerana zaman sudah berubah, sebahagian yang di Merbok balik semula ke Pahang iaitu di  Kuantan dan ada yang berkahwin dengan orang Terengganu dan bertemu semula dengan dua dan tiga pupu yang dari umbi dato bahaman itu. Diantaranya ialah seorang yang berkahwin dengan perempuan Losong dan menetap di Losong.  Di antara mereka ialah yang di panggil dengan panggilan Pak Su Losong.( guru agama yang semenjak pulang dari Universiti al Azhar ini banyak mengkaji  tentang hubungan asal usulnya dengan tarikat menjelaskan hal ini nyata sekali tidak dapat di sangkal lagi. ) Beliau tidak mahu namanya di sebut). Pak Su menceritakan bahawa Dato Bahaman dan rakan-rakannya yang menentang British sebenarnya adalah kumpulan zikir yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ulama dan ahli tariqat Pahang pada waktu itu.  Hubungan mereka dengan ulama Terengganu sebenarnya menjelaskan hubungan tariqat antara mereka tetapi hal ini telah di sembunyikan.  Sebenarnya lagi sultan Pahang waktu itu Sultan Ahmad adalah mertua Sultan Terengganu. malahan  sultan Terengganu Pahang adalah dari Tun habib Padang saujana . Hubungan tariqah dengan istana kuat pada waktu itu.  Di antara amalan yang banyak diamalkan  oleh mereka yang juga di katakana di amalkan oleh guru mereka Tok Ku Paloh ialah zikir nafas Allah Hu 


Haji Abdul rahman Limbung pula , yang mana Bapanya berasal dari Patani manakala ibunya pula berketurunan   pembesar johor Riau yang membantu Sultan zainal abidin 1 membuka negeri Terengganu pula,  ranting-rantingnya berkembang di Beladau terus menjalar terutamanya melalui jalan sungai ke sekitar Pulau Musang dan Pulau rusa juga membayangkan  hal yang sama. Malangnya sebahagian  tidak mahu nama mereka di sebut di sini.  Mak de Mah (Normah binti chik isteri arwah Ustaz Ahmad awang ) menjelaskan Haji Salleh Minyak Ubat anak haji Abdul rahman Limbung terkenal dengan pengajian zikir di kalangan anak-anak muridnya. Ilmu minyak ubat di warisi kepada anaknya  Che Lah Keramat Pulau Musang