Thursday, July 3, 2014

wan abdul rahim ayah syeikh wan kadir bukit bayas



Menurut cerita yang di perolehi dapatlah saya  fahamkan bahawa setelah pulang dari pengajiannya di mekah, Syeikh Wan kadir bukit bayas telah menuju ke duyung yang mana di situ terdapatnya bapanya yang telah berpindah dari patani,  kemudian ia pergi ke patani, di samping kerana tujuannya adalah untuk membuka pondok menurut system patani, di situ masih terdapat abangnya Abdullah pengarang kitab Muhimmah dan beberapa adik beradiknya yang lain.
Wan abdul rahim telah berpindah ke duyung  ekoran perang. Telah terdapat beberapa keluarga sebelah bapanya wan abu bakar bin wan ismail tok kaya pandak ke Terengganu . adik beradik wan Rahim ialah Fatimah, zainab, omar, abdul salam , othman dan Khadijah.
Wan abu bakar ( datuk Wan abdul Rahim) mempunyai anak bernama Wan Ti( berkahwin dengan Wan abdul raof,) , wan ahmad ,wan banum  Wan derasik dan yang bungsu bernama wan Abdul rahman. Menurut catatan yang saya perolehi ini, Wan Derasik ini juga di panggil Idris atau Senik iaitu datuk syeikh daud Fatani sebelah bapanya Abdullah . Wan abdul rahman juga di sebut Wan deramang. Ia juga di sebut Wan su kerana beliau adalah yang bungsu.

Selepas tewas perang, Syeikh Daud patani sendiri turun berperahu ke Duyung Besar untuk menemui sanak saudaranya. Di antara tempat persinggahannya ialah rumah anak saudaranya yang menjadi anak angkat Syeikh daud yang Syeikh daud sendiri pelihara  iaiatu W zainab dan W Aisyah.  Wan zainab adalah mak Syeikh Mat Kecil kitab matlaul badrain Mekah. Syeikh Mat Kecil sendiri di bawa ke makah dan dididik di sana oleeh Syeikh daud patani sehingga menjadi ulama besar.(ketua hakim mazhab syafie Mekah)
Syeikh dawud Patani juga meninggalkan sebahagian besar keluarganya di Duyung  termasuk adiknya kandungnya  sendiri  Hj Mat Duyung moyang Dr Zulkifli Al bakri dan adiknya Us Suhaimi  imam Kusza. Mereka mengalir turun ke kubang Kura

 Inilah yang di ceritakan kepada saya oleh Ramli awing, keturunan Hj kadir Kg masjid yang sebelah seberang takir


Menurut beliau, hj  kadir mempunyai hubungan sepupu  dengan Syeikh daud Fatani 

No comments:

Post a Comment