KELUARGA HAJI SALEH PULAU BABI
haji mansur bin haji ismail imam tua masjid lama kg masjid pulau bahagia mengakui bahawa haji kadir mempunyai keluarga yang ramai di pulau babi iaitu dari sebelah ibu hj kadir
sendiri haji Umi Kelsom bin Hj Salleh.
haji Ali yang menjadi tuan rumah tumpangan Haji Abdullah Al fatani ini adalah anak saudara
haji Salleh. kesimpulan yang boleh di buat dari pelbagai pendapat dan pandangan adalah
mereka dari keluarga Tok Pulau Manis atau dari keturunan anak muridnya yang berkahwin
dengan keluarganya.
. Haji Salleh ini mempunyai anak yang bernama Umi Kelsom.inilah yang menjadi isteri haji
abdullah. Kubur haji ali Dan Umi kelsom adalah berhampiran masjid lama Kampung masjid pulau
babi. sekarang ini, masjid itu telah di jadikan surau kerana ada terdapat masjid baru di
tepi jalan. tiangnya yang tinggi telah di potong dalam tahun 80an sehingga masjid yang
tinggi itu telah menjadi suarau kecil yang bertiang rendah. Menurut Haji mansur haji Ismail
imam lama masjid tersebut, dalam banjir yang di panggil bah merah( 1924) kawasan sekitar
masjid telah di naiki air sehingga menyebabkan seluruh penduduk kampung berpindah ke masjid
tersebut. masjid yang tinggi itu terselamat daripada banjir bah merah yang terkenal dalam
sejarah terengganu .
kubur Haj Abdullah Patani pula adalah di perkarangan masjid baru Kampung Pulau Bahagia di
tepi jalan besar. asalnya di situ ada terdapat beberapa nisan kubur lama yang di tanda
dengan batu pulau . batu nisan tersebut telah di kambus semasa pembinaan masjid tersebut.
menurut Haji mansur Haji Ismail masjid itu pernah di kendalikan oleh Tuan Khatib Mohd zain,
selepas kematiannya di sambung pula oleh anaknya Khatib Ngah seterusnya di sambung oleh
Awang haji Abdullah ( walaupun haji Abdullah orang Patani tetapi anaknya adalah anak
tempatan kerana emaknya orang tempatan. seterusnya di sambung oleh anak Awang yang bernama
Haji Salleh selepas itu di sambung pula oleh Haji mansur bin haji Ismail. awang bin
Abdullah ini adalah Tok sepupu Haji mansur.
Haji mansur sewaktu saya mengambil cerita ini daripadanya pada 2 jun 2015 adalah berusia 73
tahun.
dalam tahun 80an, haji Teh (lelaki) yang rumahnya berdekatan masjid Kg masjid Pulau babi
pernah memberitahu haji mansur bahawa mereka mempunyai ramai keluarga di pasir panjang.
haji Ali yang menolong haji kadir ini mempunyai anak yang bernama haji Nik. haji Nik
mengajar di Beladau Kolam dan Pulau babi. Haji Nik meninggal di mekkah.
haji nik mempunyai beberapa zuriat yang berkembang: 1)manir 2) Pulau babi 3) selawi
berkembang di Marang 4) kakak Selawi di Beladau Kolam 5) Kuala Berang ramai anak cucunya
yang makan gaji jadi polis dan askar yang berpangkat besar.
di katakan juga bahawa Tok Kelsom juga mempunyai anak yang bernama Aisyah dan Yunus. Haji
Yunus menjadi orang kaya Kuala Berang. haji yunus membuka tanah di Kuala brang dan mengajak
anak beranaknya di Pulau babi mencari rezeki di Kuala Berang. inilah yang menyebabkan ayah
haji mansur, haji Ismail menetap di Kula Berang. alamat haji ismail ialah 69 bandar Kuala
Brang.
haji mansur imam masjid lama kg masjid pulau babi bin haji ismail . isteri haji ismail
bernama Asiah. asiah orang manir.
bapa asiah adalah Embong orang menetap di tanah isterinya mengabang telipot . nama
isterinya orang mengabang telipot itu tidak di ketahui.
ayah embong adalah haji abdul rahman rumahnya adalah di pokok sentul besar pasar manir.
keluarganya ramai di baserah. nama isterinya tidak di ketahui.
ayah haji ismail bernama Mohamad orang beladau kolam campur pulau babi. isterinya aisyah.
bapa mohamad adalah salleh.
haji Mansur ismail ini mempunyai seorang abang yang menetap di belakang masjid raja(sultan Mohamad) Bukit Besar bernama Haji Shamsuddin Ismail PTJ .
anak saudara hj Mansur yang menyusun carta family tree ialah Fakhrol Azman Bin Abu Bakar Binjai Berambu Bukit Payong