Menurut
cerita yang di perolehi dapatlah saya
fahamkan bahawa setelah pulang dari pengajiannya di mekah, Syeikh Wan
kadir bukit bayas telah menuju ke duyung yang mana di situ terdapatnya bapanya
yang telah berpindah dari patani,
kemudian ia pergi ke patani, di samping kerana tujuannya adalah untuk
membuka pondok menurut system patani, di situ masih terdapat abangnya Abdullah pengarang
kitab Muhimmah dan beberapa adik beradiknya yang lain.
Wan abdul
rahim telah berpindah ke duyung ekoran
perang. Telah terdapat beberapa keluarga sebelah bapanya wan abu bakar bin wan
ismail tok kaya pandak ke Terengganu . adik beradik wan Rahim ialah Fatimah,
zainab, omar, abdul salam , othman dan Khadijah.
Wan abu
bakar ( datuk Wan abdul Rahim) mempunyai anak bernama Wan Ti( berkahwin dengan
Wan abdul raof,) , wan ahmad ,wan banum Wan derasik dan yang bungsu bernama wan Abdul
rahman. Menurut catatan yang saya perolehi ini, Wan Derasik ini juga di panggil
Idris atau Senik iaitu datuk syeikh daud Fatani sebelah bapanya Abdullah . Wan
abdul rahman juga di sebut Wan deramang. Ia juga di sebut Wan su kerana beliau
adalah yang bungsu.
Selepas tewas
perang, Syeikh Daud patani sendiri turun berperahu ke Duyung Besar untuk
menemui sanak saudaranya. Di antara tempat persinggahannya ialah rumah anak
saudaranya yang menjadi anak angkat Syeikh daud yang Syeikh daud sendiri pelihara
iaiatu W zainab dan W Aisyah. Wan zainab adalah mak Syeikh Mat Kecil kitab matlaul
badrain Mekah. Syeikh Mat Kecil sendiri di bawa ke makah dan dididik di sana oleeh
Syeikh daud patani sehingga menjadi ulama besar.(ketua hakim mazhab syafie
Mekah)
Syeikh dawud
Patani juga meninggalkan sebahagian besar keluarganya di Duyung termasuk adiknya kandungnya sendiri
Hj Mat Duyung moyang Dr Zulkifli Al bakri dan adiknya Us Suhaimi imam Kusza. Mereka mengalir turun ke kubang
Kura
Inilah yang di ceritakan kepada saya oleh
Ramli awing, keturunan Hj kadir Kg masjid yang sebelah seberang takir
Menurut beliau,
hj kadir mempunyai hubungan sepupu dengan Syeikh daud Fatani