Monday, September 4, 2017

Satu perjalanan keruhanian di Dungun.




Satu perjalanan keruhanian di Dungun.
oleh el fesfanji 

Muda bin Yusuf adalah penghulu Mukin Kumpal , Dungun. Nama bapanya adalah Yusof bin Ali Bin Jusoh. Namanya sangat terkenal di seluruh Dungun pada satu ketika dahulu, di samping seorang yang kuat beramal dan berzikir, ia juga di kenali sebagai seorang yang mempunyai ilomu pekendekaran dan kepahlawanan yang tinggi di samping ilomu perubatan. Ia menjadi guru yang mengajarkan silat gayung kepada penduduk Dungun. Di katakana ia pernah belajar dengan Mat Kilau dan Mat Busuk. Kedua-duanya adalah pahlawan Pahang yang menentang Inggeris dan melarikan diri ke Terengganu. Beliau berjumpa dengan keduanya di kampong Chemuak, Hulu Dungun.

Pak soh telah di lantik menjadi penghulu Mukim Kumpal dalam waktu yang masih muda. Pada tahun 1945, beliau telah di tukarkan menjadi penghulu Mukin Jengal manakala yang yang menggantikan tempatnya adalah anaknya sendiri Muda bin Yusuf.

Daerah dungun pada waktu itu terbahagi kepada lima mukin:
1)      Pasir raja- Adam bin Husin
2)      Jengal –Pak Soh Kumpal
3)      Jerangau- Mahmood
4)      Kumpal- Muda bin Yusuf
Kuala dungun – Abdullah bin Yusuf( anak Tok Ki lebai Yusuf)
Oleh kerana beliau telah menjadi penghulu di Jengal padahal ia adalah orang luar, maka timbullah dengki terhadapnya menyebabkan ia di tuduh bekerjasama dengan British dalam menggulingkan pemerintahan Jepun. / akibatnya pada awal Febuari 1945, beliau telah di tangkap oleh Jepun untuk di bunuh tetapi berlaku perkara pelik dalam kisah pembunuhannya.