Thursday, June 4, 2020

pembahagian salik



Ibnu arabi menghuraikan di dalam futuhat makiyyah jilid 4 bab ahwal : 
Salik adalah orang yang di dalam perjalanan ibadatnya adalah berpindah daripada suatu mertabat kepada mertabat yang lebih tinggi.
Suluk adalah perpindahan daripada satu mertabat ibadah kepada satu mertabat ibadah yang lebih tinggi.

Salik terdiri daripada tiga kategori iaitu:
  1. Salik yang berjalan dengan tuhannya. Salik dari kumpulan ini tidak lagi merasai dirinya yang berjalan bersendirian sebaliknya mereka menginsafi dengan rasa yang mendalam bahawa segala kekuatan usaha dirinya dalam perjalanan ibadatnya itu adalah dari Allah.
  2. Salik yang berjalan sendirian dengan dirinya semata-mata. Mereka ini tidak merasai menerima apa-apa perintah dari tuhannya dan tidak pula mendaki dengan tunjuk ajar daripada tuhannya
  3. Salik yang berjalan dengan kedua-duanya ialah salik yang setelah mana merasai segala kekuatan dan keupayaannya adalah daripada Allah, ia merasai bahawa segala perbuatan nya adalah daripada afal Allah.

Peringkat-peringkat perjalanan salik
Terdapat beberapa mertabat salik
Pertama salik yang berjalan daripada Allah
Kedua salik Yang berjalan daripada Allah kepada Allah di jalan allah
Yang ketiga salik yang berjalan daripada Allah kepada Allah di jalan allah dengan Allah
Ada salik yang berjalan daripada Allah tetapi tidak di jalan allah dan tidak kepada Allah
Ada salik yang berjalan kepada Allah tetapi tidak daripada Allah dan tidak di jalan allah
Ada salik yang berjalan tidak daripada Allah dan tidak akan pada Allah dan bukan di jalan allah

Di bawah ini kita huraikan satu persatu secara ringkas

Pertama salik yang berjalan daripada Allah kepada Allah adalah salik yang berpindah dari satu tajalli kepada satu tajalli yang lain.
Kedua salik Yang berjalan daripada Allah kepada Allah di jalan allah ialah salik yang berpindah dari satu nama Allah kepada nama Allah yang lain
Yang ketiga salik yang berjalan daripada Allah kepada Allah di jalan allah dengan Allah ialah salik yang berjalan dari satu nama Allah kepada satu nama Allah di dalam nama-nama Allah
Ada salik yang berjalan daripada Allah tetapi tidak di jalan allah dan tidak kepada Allah ialah mereka yang keluar dari sisi Allah kepada makhluk
Ada salik yang berjalan kepada Allah tetapi tidak daripada Allah dan tidak di jalan allah adalah seperti orang-orang yang zuhud dan beramal dengan amalan yang soleh tetapi tidak membersihkan dirinya daripada habuk yang mencemari nya. 

Ini adalah pembicaraan yang memerlukan huraian daripada mereka yang memahaminya 

Mengenali jalan dan perjalanan


sejarah kemasukan motokar di Mesir





 Allah menceritakan di dalam al-quran bahawa Nabi Sulaiman Alaihissalamsetelah mendapat maklumat tentang kerajaan sabaktyang syirik, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya, jin ifrit  telah menawarkan khidmatnya dengan keupayaan memindahkan Mahligai Balqis itu dalam tempoh masa sebelum Nabi Sulaiman  bangkit dari kerusinya untuk pulang ke rumahnya ( satu hari) manakala seorang ahli zikir menawarkan lebih cepat  dari itu lagi iaitulah dalam tempoh sepantas mata berkelip. ,maka mahligai  Balqis di Yaman  yang dapat dipindahkan ke Palestin,  menurut ulamak tafsir   Nabi Sulaiman menerima  khidmat ulamak yang bernama Ashif Ibn Balkhaya  ini.

 kisah ini menceritakan kepada kita  bahawa seorang pemimpin yang baik  akan memilih  sesuatu  yang boleh di selesaikan dengan lebih cepat dan mengambil masa yang singkat.

 seorang penulis terkenal Mesir Mustafa Amin  menceritakan bagaimana  ketika kereta dan Lori mula-mula masuk ke Mesir,  ramai orang yang menentang dan membantahnya. Mereka berkata bahawa kenderaan-kenderaan ini Datang dari barat dan menguntungkan kapitalis barat  berbanding dengan menggunakan keldai  yang telah mereka warisi berzaman-zaman  itulah yang lebih baik .  bukan sahaja kereta itu dibeli daripada barat malahan juga minyak minyak yang diperlukan  oleh kereta tersebut  juga  dibayar kepada barat.  ini menguntungkan barat dan membawa kekayaan kepada mereka,  berbanding dengan  menggunaka keldai dan kuda ,  makanan kedai dan kuda boleh ditanam oleh mereka sendiri maka penanam-penanam makanan keldai dan kuda  juga akan dapat  membuat duit sendiri tanpa memberikan sebarang keuntungan kepada barat.

Demikianlah hebatnya  sebahagian daripada orang-orang Mesir kritik dan mencadangkan supaya tidak dibawa masuk kereta dan kenderaan enjin ke negeri mereka.

 Menurut  Mustafa aminn ,   memang susah juga  bagi datuknya Saad Zaghlul ,  Perdana Menteri Mesir yang pertama dari kalangan rakyat jelata , pada waktu itu memujuk rakyatnya . mereka tetap  mahukan supaya kereta kedai dan kereta  kuda sahaja yang digunakan di Mesir. 

 bukan senang bagi Saad Zaghlul ,  untuk memberikan jawapan Yang yang memuaskan  hati mereka. setelah lama berfikir barulah saad Zaghlul dapat memberikan kata-kata yang memberikan kepuasan kepada mereka:  di negeri lain di dunia ini semuanya sudah ada menggunakan kereta kereta boleh bergerak lebih laju daripada keldai Maka kita tidak mahu negeri kita ditinggalkan oleh negeri lain negeri Kita mestilah mendahului negeri orang lain Maka kita perlu juga memiliki kereta supaya kita dapat menyayangi negeri lain yang juga ada kereta walaubagaimanapun penggunaan kedai adalah izinkan dengan seluas-luasnya tanpa sekatan Siapa nak pakai kereta boleh pakai kereta Siapa nak pakai kereta keldai kalau dia suka dia boleh gunakan  kereta keldai

 setelah mendengar penjelasan begini barulah rakyat  Mesir merasa berpuas hati mana mereka dapat terus menggunakan keldai dan kuda

 yang peliknya ialah Selepas beberapa puluh tahun jumlah kereta makin bertambah di Mesir dan penggunaan kedai dan kuda menjadi semakin berkurangan rupa-rupanya mereka sendiri tidak sedar pada peringkat awal dulu  bawa diri mereka sendiri mahukan kepada yang lebih cepat dan laju.  pada tahun 90-an kedai digunakan oleh mereka yang mengumpulkan   barangan terpakai( al baqiyyah)sahaja   dan sekarang ini al baqiyyah ini juga telah menukarkan kepada motosikal juga katanya. 


 ini semuanya menjelaskan tentang betapa manusia dengan diri mereka yang asal adalah diciptakan sukakan kepada disegerakan pekerjaan.  ini adalah cerminan kepada nama Allah As sari` (  السريع    )  

Maka Kalaulah orang Islam -  yang diajar supaya mengenali satu daripada nama-nama Allah adalah  As sari` (  السريع    )  - ,   bersikap untuk mengemukakan  produk-produk atau barang-barang yang cepat siap,  atau cara-cara yang cepat siap  kepada manusia seluruhnya sebagai tanda beriman mereka  kepada Allah  -- sebagaimana yang di tunjukkan oleh Asif bn bal khaya zaan Nabi Sulaiman itu, tentulah umat Islam boleh memimpin dunia. Dan menerajui umat-umat yang lain. 


erti perkataan laila


بسم الله الرحمن الرحبم

Apabila kita membaca atau mempelajari kitab nahu bahasa Arab yang menjadi teks di pondok pondok seperti matan ajrumiyyah, kita akan mendapati mereka banyak menggunakan nama Zaid sebagai perumpamaan yang mereka bawakan dalam ayat-ayat contoh mereka umpamanya mereka menyebut

جاء زيد
Telah datang Zaid
ضرب زيد عمرا
Telah memukul oleh Zaid akan Omar

Menurut Pak Su awang tok  Kg Laut sewaktu saya mempelajari dengannya mukhtasar jiddan matan jurumiyah pada tahun 1985 beliau menyebut bahawa Zaid ini seringkali dijadikan contoh dalam ayat kerana Zahid itu membawa erti pertambahan . Nama ini dipilih untuk dijadikan misalan adalah sebagai tafaul agar diper tambahkan ilmu dan faham

Apabila kita membaca kitab tasauf pula kita sering kali berjumpa dengan perkataan Laila .
Memang di dalam syair ghazal  Arab ada kisah percintaan seorang lelaki bernama Amer Dr kabilah Bani Bakar kepada Laila 

Amer ini sewaktu kanak-kanaknya boleh dikatakan setiap hari akan ke rumah seorang perempuan yang lebih muda daripadanya yang dipanggil sebagai Laila. Dia akan bermain-main dengan Laila sehingga ke petang. Lama-kelamaan hatinya terpikat kepada Laila dia menaruh cita-cita untuk berkahwin dengan Laila

Pada suatu hari ia mendapat tahu bahawa ibu bapa Laila akan berpindah ke suatu tempat yang jauh daripada rumahnya berkemungkinan ke Yaman ataupun Iraq. Ini membuatkan hatinya sangat berdukacita. Setelah Laila meninggalkan kampung tersebut ia menjadi semakin sasau menyebabkan dia tidak mahu makan dan minum .
 bapanya yang menyedari keadaan kesihatannya yang semakin buruk dan fikirannya yang semakin melayang-layang telah berusaha dengan segala cara untuk memulihkan anaknya tetapi tidak juga berjaya . pada suatu hari setelah mendapat tahu bahawa ada seorang musafir yang datang daripada Yaman akan melalui kampungnya Dan singgah seketika di kampungnya itu. Bapanya telah berpakat dengan musafir itu supaya musafir itu memberitahu kepada anak lelakinya yang sudah sasau bahawa ia datang daripada kampung Laila dan Laila sudah lama mati

Walaubagaimanapun akhirnya pakatan ini gagal kerana ia dapat mengesan percubaan bapanya untuk menipunya . Ia  mendapat tahu bahawa Laila berada di negeri tertentu itu dia berhasrat untuk  belayar meninggalkan tanah airnya untuk pergi merantau ke negeri yang didiami oleh Laila dan seterusnya berkahwin dengan Laila. Dalam pengembaraannya itu banyaklah dia bersyair yang menceritakan tentang keperitan keperitan yang dia tanggung dalam percintaan.

oleh kerana perjalanan itu sangat jauh maka ia berada dalam keadaan lapar dan dahaga yang amat sangat tiba-tiba melintas di hadapannya seekor rusa . Dengan pantas sekali, Amer memanah rusa tersebut rusa yang terkena panahan itu terkinjal-kinjal kakinya menahan kesakitan tetapi dia tidak dapat mendekati rusa tersebut kerana dia tersangat lemah kerana kelaparan dan kedahagaan dia hanya mampu melihat kaki rusa itu terkinjal-kinjal tiba-tiba Amer melihat kaki rusa itu bertukar menjadi  kaki Laila. Maka ia menahan daripada menyembelih rusa tersebut. Akhirnya kedua-duanya mati di situ

Cerita ini adalah cerita yang masyhur di dalam syair Arab .Ia tidak ada kaitan langsung dengan Laila yang disebut di dalam tasawuf .

menurut Syeikh Muhammad Abdul Rani Al Misri ketika menghuraikan kalimah-kalimah yang sulit di dalam kitab futuhat makkiyah beliau menyebut bahawa nama Laila diberikan di dalam kitab tasawuf merujuk kepada mereka yang banyak berzikir lailahaillallah lailahaillallah lailahaillallah diulang-ulangi zikir ini dengan disebutkan bahagian awal zikir itu Maka lahirlah apa yang disebutkan sebagai Laila itu iaitulah menggambarkan percintaan seorang hamba kepada tuhannya yang mana perjalanan kepada tuhannya itu dapat dicapai dengan beristiqamah berzikir dan menghayati zikir lailahaillallah yang simbulkan dengan ungkapan awalnya sahaja

Ertinya Laila dalam ungkapan kitab-kitab tasauf itu adalah simbolik kepada kekasih yang dicari dan sebenar-benar kekasih yang dicari itu ialah Allah subhanahu wa Ta'ala





وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه واصولنا وسلم