Thursday, June 4, 2020

sejarah kemasukan motokar di Mesir





 Allah menceritakan di dalam al-quran bahawa Nabi Sulaiman Alaihissalamsetelah mendapat maklumat tentang kerajaan sabaktyang syirik, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya, jin ifrit  telah menawarkan khidmatnya dengan keupayaan memindahkan Mahligai Balqis itu dalam tempoh masa sebelum Nabi Sulaiman  bangkit dari kerusinya untuk pulang ke rumahnya ( satu hari) manakala seorang ahli zikir menawarkan lebih cepat  dari itu lagi iaitulah dalam tempoh sepantas mata berkelip. ,maka mahligai  Balqis di Yaman  yang dapat dipindahkan ke Palestin,  menurut ulamak tafsir   Nabi Sulaiman menerima  khidmat ulamak yang bernama Ashif Ibn Balkhaya  ini.

 kisah ini menceritakan kepada kita  bahawa seorang pemimpin yang baik  akan memilih  sesuatu  yang boleh di selesaikan dengan lebih cepat dan mengambil masa yang singkat.

 seorang penulis terkenal Mesir Mustafa Amin  menceritakan bagaimana  ketika kereta dan Lori mula-mula masuk ke Mesir,  ramai orang yang menentang dan membantahnya. Mereka berkata bahawa kenderaan-kenderaan ini Datang dari barat dan menguntungkan kapitalis barat  berbanding dengan menggunakan keldai  yang telah mereka warisi berzaman-zaman  itulah yang lebih baik .  bukan sahaja kereta itu dibeli daripada barat malahan juga minyak minyak yang diperlukan  oleh kereta tersebut  juga  dibayar kepada barat.  ini menguntungkan barat dan membawa kekayaan kepada mereka,  berbanding dengan  menggunaka keldai dan kuda ,  makanan kedai dan kuda boleh ditanam oleh mereka sendiri maka penanam-penanam makanan keldai dan kuda  juga akan dapat  membuat duit sendiri tanpa memberikan sebarang keuntungan kepada barat.

Demikianlah hebatnya  sebahagian daripada orang-orang Mesir kritik dan mencadangkan supaya tidak dibawa masuk kereta dan kenderaan enjin ke negeri mereka.

 Menurut  Mustafa aminn ,   memang susah juga  bagi datuknya Saad Zaghlul ,  Perdana Menteri Mesir yang pertama dari kalangan rakyat jelata , pada waktu itu memujuk rakyatnya . mereka tetap  mahukan supaya kereta kedai dan kereta  kuda sahaja yang digunakan di Mesir. 

 bukan senang bagi Saad Zaghlul ,  untuk memberikan jawapan Yang yang memuaskan  hati mereka. setelah lama berfikir barulah saad Zaghlul dapat memberikan kata-kata yang memberikan kepuasan kepada mereka:  di negeri lain di dunia ini semuanya sudah ada menggunakan kereta kereta boleh bergerak lebih laju daripada keldai Maka kita tidak mahu negeri kita ditinggalkan oleh negeri lain negeri Kita mestilah mendahului negeri orang lain Maka kita perlu juga memiliki kereta supaya kita dapat menyayangi negeri lain yang juga ada kereta walaubagaimanapun penggunaan kedai adalah izinkan dengan seluas-luasnya tanpa sekatan Siapa nak pakai kereta boleh pakai kereta Siapa nak pakai kereta keldai kalau dia suka dia boleh gunakan  kereta keldai

 setelah mendengar penjelasan begini barulah rakyat  Mesir merasa berpuas hati mana mereka dapat terus menggunakan keldai dan kuda

 yang peliknya ialah Selepas beberapa puluh tahun jumlah kereta makin bertambah di Mesir dan penggunaan kedai dan kuda menjadi semakin berkurangan rupa-rupanya mereka sendiri tidak sedar pada peringkat awal dulu  bawa diri mereka sendiri mahukan kepada yang lebih cepat dan laju.  pada tahun 90-an kedai digunakan oleh mereka yang mengumpulkan   barangan terpakai( al baqiyyah)sahaja   dan sekarang ini al baqiyyah ini juga telah menukarkan kepada motosikal juga katanya. 


 ini semuanya menjelaskan tentang betapa manusia dengan diri mereka yang asal adalah diciptakan sukakan kepada disegerakan pekerjaan.  ini adalah cerminan kepada nama Allah As sari` (  السريع    )  

Maka Kalaulah orang Islam -  yang diajar supaya mengenali satu daripada nama-nama Allah adalah  As sari` (  السريع    )  - ,   bersikap untuk mengemukakan  produk-produk atau barang-barang yang cepat siap,  atau cara-cara yang cepat siap  kepada manusia seluruhnya sebagai tanda beriman mereka  kepada Allah  -- sebagaimana yang di tunjukkan oleh Asif bn bal khaya zaan Nabi Sulaiman itu, tentulah umat Islam boleh memimpin dunia. Dan menerajui umat-umat yang lain. 


erti perkataan laila


بسم الله الرحمن الرحبم

Apabila kita membaca atau mempelajari kitab nahu bahasa Arab yang menjadi teks di pondok pondok seperti matan ajrumiyyah, kita akan mendapati mereka banyak menggunakan nama Zaid sebagai perumpamaan yang mereka bawakan dalam ayat-ayat contoh mereka umpamanya mereka menyebut

جاء زيد
Telah datang Zaid
ضرب زيد عمرا
Telah memukul oleh Zaid akan Omar

Menurut Pak Su awang tok  Kg Laut sewaktu saya mempelajari dengannya mukhtasar jiddan matan jurumiyah pada tahun 1985 beliau menyebut bahawa Zaid ini seringkali dijadikan contoh dalam ayat kerana Zahid itu membawa erti pertambahan . Nama ini dipilih untuk dijadikan misalan adalah sebagai tafaul agar diper tambahkan ilmu dan faham

Apabila kita membaca kitab tasauf pula kita sering kali berjumpa dengan perkataan Laila .
Memang di dalam syair ghazal  Arab ada kisah percintaan seorang lelaki bernama Amer Dr kabilah Bani Bakar kepada Laila 

Amer ini sewaktu kanak-kanaknya boleh dikatakan setiap hari akan ke rumah seorang perempuan yang lebih muda daripadanya yang dipanggil sebagai Laila. Dia akan bermain-main dengan Laila sehingga ke petang. Lama-kelamaan hatinya terpikat kepada Laila dia menaruh cita-cita untuk berkahwin dengan Laila

Pada suatu hari ia mendapat tahu bahawa ibu bapa Laila akan berpindah ke suatu tempat yang jauh daripada rumahnya berkemungkinan ke Yaman ataupun Iraq. Ini membuatkan hatinya sangat berdukacita. Setelah Laila meninggalkan kampung tersebut ia menjadi semakin sasau menyebabkan dia tidak mahu makan dan minum .
 bapanya yang menyedari keadaan kesihatannya yang semakin buruk dan fikirannya yang semakin melayang-layang telah berusaha dengan segala cara untuk memulihkan anaknya tetapi tidak juga berjaya . pada suatu hari setelah mendapat tahu bahawa ada seorang musafir yang datang daripada Yaman akan melalui kampungnya Dan singgah seketika di kampungnya itu. Bapanya telah berpakat dengan musafir itu supaya musafir itu memberitahu kepada anak lelakinya yang sudah sasau bahawa ia datang daripada kampung Laila dan Laila sudah lama mati

Walaubagaimanapun akhirnya pakatan ini gagal kerana ia dapat mengesan percubaan bapanya untuk menipunya . Ia  mendapat tahu bahawa Laila berada di negeri tertentu itu dia berhasrat untuk  belayar meninggalkan tanah airnya untuk pergi merantau ke negeri yang didiami oleh Laila dan seterusnya berkahwin dengan Laila. Dalam pengembaraannya itu banyaklah dia bersyair yang menceritakan tentang keperitan keperitan yang dia tanggung dalam percintaan.

oleh kerana perjalanan itu sangat jauh maka ia berada dalam keadaan lapar dan dahaga yang amat sangat tiba-tiba melintas di hadapannya seekor rusa . Dengan pantas sekali, Amer memanah rusa tersebut rusa yang terkena panahan itu terkinjal-kinjal kakinya menahan kesakitan tetapi dia tidak dapat mendekati rusa tersebut kerana dia tersangat lemah kerana kelaparan dan kedahagaan dia hanya mampu melihat kaki rusa itu terkinjal-kinjal tiba-tiba Amer melihat kaki rusa itu bertukar menjadi  kaki Laila. Maka ia menahan daripada menyembelih rusa tersebut. Akhirnya kedua-duanya mati di situ

Cerita ini adalah cerita yang masyhur di dalam syair Arab .Ia tidak ada kaitan langsung dengan Laila yang disebut di dalam tasawuf .

menurut Syeikh Muhammad Abdul Rani Al Misri ketika menghuraikan kalimah-kalimah yang sulit di dalam kitab futuhat makkiyah beliau menyebut bahawa nama Laila diberikan di dalam kitab tasawuf merujuk kepada mereka yang banyak berzikir lailahaillallah lailahaillallah lailahaillallah diulang-ulangi zikir ini dengan disebutkan bahagian awal zikir itu Maka lahirlah apa yang disebutkan sebagai Laila itu iaitulah menggambarkan percintaan seorang hamba kepada tuhannya yang mana perjalanan kepada tuhannya itu dapat dicapai dengan beristiqamah berzikir dan menghayati zikir lailahaillallah yang simbulkan dengan ungkapan awalnya sahaja

Ertinya Laila dalam ungkapan kitab-kitab tasauf itu adalah simbolik kepada kekasih yang dicari dan sebenar-benar kekasih yang dicari itu ialah Allah subhanahu wa Ta'ala





وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه واصولنا وسلم



beberapa sebutan arab untuk dipakaikan kepada kanak-kanak


Lisan Al Arab( ايام العرب )  adalah sebuah insaiklopedia tentang bahasa Arab yang besar setebal 15 jilid di karang oleh  al Allamah Jamaluddin Mohd makram  ibnu Manzur al Afriqi sk Masri Ada puluhan ribu perkataan yang digunakan oleh berbagai-bagai kabilah Arab di zaman silam telah dikumpulkan oleh beliau

Di antara yang menarik yang boleh kita petik daripada kitab tersebut ialah orang-orang Arab banyak menggunakan perkataan yang keluar daripada bunyi lalu diulang-ulang seperti yang telah kita sebut kelmarinشبشب   memakai selipar طأطأ bertatih kanak-kanak mula belajar bertatih تفتف kanak-kanak yang baru sudah mandi dan berpakaian bersih setelah bermain kotak pasir dan air kotor pergi semula bermain pasir dan air kotor itu menyebabkan badannya berlumuran semula dengan pasir

 di sana ada banyak lagi perkataan perkataan yang seperti itu yang indah kalaulah kita ajarkan anak cucu kita gunakan dalam kehidupan sehari-hari mereka.  seperti :
فضفض  longgar/, pakaian yang longgar 

 dan رعرع menerima pendidikan dan membesar 
. قهقه.  ketawa berdekah-dekah dengan bersangatan 


di sini marilah kita melihat kepada satu perkataan  بصبص.    bas basa dengan lebih teliti dan mendalam .
perkataan ini pada asalnya membawa pengertian bergerak-gerak ataupun bergoncang tetapi dalam masyarakat Arab pada hari ini mereka lebih suka menggunakan perkataan…هز. dan  زلزل . Untuk menunjukkan makna bergerak gerak dan perkataan untuk menunjukkan makna bergoncang seperti bergoncang yang bumi di Indonesia disebut sebagai زلزال  

. Perkataan بصبص bas-bas ini digunakan oleh beberapa kabilah Arab yang dalam bahasa Arabnya untuk menunjukkan pergerakan samada yang berupa getaran goncangan keketaran atau berkedip gedip  yang berlaku itu menerangkan tentang sesuatu mereka gunakan perkataan بصبص الجرو  بذنبه anak anjing itu menggerak-gerakkan ekornya untuk menunjukkan makna anak anjing itu lapar dan dahaga serta menagih kasih sayang ibunya atau seekor anjing yang sedang ketakutan marah atau kegembiraan yang amat sangat

 بصبصت البكر اصابعها perempuan anak dara menggerak-gerakkan jarinya untuk menghilangkan ataupun menutupi rasa malunya ataupun gugupnya

 بصبص  ابهام رجله
.  penceramah itu menggerak-gerakkan ibu jari kakinya untuk menghilangkan mengendahkan gugupnya atau ketika berucap 

Perkataanبصبص.  ini menunjukkan kepada kita bahawa Arab Arab badui di zaman yang lampau apabila melihat sesuatu pergerakan yang kecil pada lahirnya mereka sudah cuba menyelami dan memahami sesuatu yang lebih mendalam berkaitan tentang kehidupan di sekelilingnya

Di hari ini manusia telah pergi jauh ke depan lagi dengan melihat beberapa indicator yang terdapat pada perubahan beberapa angka untuk menjelaskan keadaan ekonomi politik kesihatan dan sebagainya lagi akan .Maka muncullah manusia-manusia Forex Bitcoin yang spekulasi tentang kekayaan dan sebagainya lagi

Dalam perubatan klasik  ibnu sina telah menyenaraikan 38 bentuk pergerakan Nadi dan menghuraikan kepada jenis-jenis tahap kesihatan dan penyakit yang berbeza-beza ertinya orang yang meneliti dengan menghalusi akan melihat sedikit pergerakan pada sesuatu menerangkan tentang makna perubahan yang besar yang berlaku dalam badan kurang itu

Ini semua menjelaskan kepada kita tentang betapa mustahaknya kita memerhatikan perubahan-perubahan yang kecil berlaku di sekeliling kita kerana ia menterjemahkan tentang perubahan-perubahan besar yang bakal dan sedang berlaku