Wednesday, August 29, 2018



Sebagaimana yang kita semua telah ketahui bahawa
 cawangan pas yang pertama dibuka di Terengganu  adalah
di Dungun oleh tuan guru Haji Zainal Abidin. beliau yang lebih
dikenali dengan panggilan tok  guru Haji Bidin telah belajar
pondok di Kelantan. bilamana ditugaskan kepada Datuk Asri dan---
untuk mengembangkan sayap pas di pantai timur,  Datuk Asri berjaya
membuka cawangan pertama di Pasir Putih seterusnya ke beberapa
tempat yang lain hinggalah tiba ke pondok yang dipelajari oleh tuan guru
Haji Zainal Abidin.


setelah cawangan pas  di Dungun dibuka, dia menyeru kaum keluarganya
untuk menyertai pas

UMNO pula dibawa ke Terengganu oleh Datuk Kamaruddin bin Penghulu Idris,
 Menteri Besar Terengganu yang dilantik oleh Inggeris.
beliau telah berjaya memikat datuk Ibrahim Fikri untuk menyertai UMNO.  
aktivitis sekolah Sultan Zainal Abidin tersebut telah menunjukkan minat nya
untuk bersama nya setelah melihat beberapa orang daripada rakan-rakannya
di dalam Kesatuan Melayu Muda telah ditangkap dan diseksa oleh Inggeris


perbezaan aliran patani dan jawa-sumatra

Boleh dikatakan  hampir sebahagian besar orang-orang Melayu yang telah beberapa generasi
menetap di Malaysia pada hari ini rata-ratanya datang sama ada dari Patani Sumatera atau Jawa
kebanyakan mereka ini yang datang dari Patani adalah setelah Pattani jatuh ketangan tentera
buddha sukhothai manakala yang datang dari Jawa dan Sumatera pula adalah bekas bekas perajurit
yang menyokong Deponegaro dan Imam Bonjol.

 aliran yang datang dari Patani lebih cenderong untuk mengambil pendirian menentang British
manakala yang datang dari Jawa dan Sumatera pula lebih berminat kepada pendekatan untuk
bersama dengan British. ini kerana mereka merasakan penjajahan Belanda sangatlah keras dan
muslim kalau dibandingkan dengan penjajahan British. mereka berpendapat untuk menentang
Belanda yang mereka akan hadapi semula setelah kembali ke Jawa atau Sumatera kelak,
mereka memerlukan kepada kemahiran kemahiran dari Barat untuk berhadapan dengan penjajahan
Belanda yang juga adalah merupakan kuasa barat.itulah sebabnya mereka berpebdapat perlunya
menyedut kepandaian dari inggeris

yang aliran dari Petani pula mengambil sikap untuk menentang British kerana mereka merasakan
British telah menipu mereka.  British telah membuat suatu ikatan perjanjian dan persefahaman
dengan siam Buddha Dalam satu perkara yang Siam tiada mempunyai kuasa langsung tentang
perkara tersebut.  iaitulah Siam telah menyerahkan Terengganu Kelantan dan Kedah kepada British
padahal ketiga-tiga negeri ini tidak pernah tunduk dibawah naungan Siam.

satu faktor lain yang mungkin menambahkan sebab perbezaan aliran patani dan jawa Sumatera
adalah dikeranakan oleh aliran  Pattani mempunyai kecenderungan yang lebih kuat kepada syariat
secara zahir menjadikan mereka berpolitik satu lapis berbanding cara jawa sumatera yang lebih
berpolitik tarik tali dengan musuh







a

Sunday, March 11, 2018

Al UATAZ MOHAMAD FUAD HASSAN DENGAN MUDIR DI SEKOLAHARAB BUKIT JAMBOL( dekat sekolah grammar sekarang)



 Al USTAZ MOHAMAD FUAD HASSAN   (YANG MENUBUHKAN PARTI PAS) SEBAHAGIAN HIDUPNYA ADALAH  DI SEKOLAH ARAB BUKIT JAMBOL( dekat sekolah grammar sekarang)  

menurut Dato Md Noor Menceritakan bahawa Anak muda bernama Ustaz Mohamad Fuad Hasan ini adalah anak angkat Syeikh Mohmad Amin yang menjadi mudir sekolah Arab di Bukit Jambol, dekat sekolah grammar. Sebelum itu,iaitu pada tahun 1925, sekolah tersebut telah menumpang di sekolah Melayu Paya Bunga. Mudir pertama sekolah agama ini ialah Syeikh Ahmad Mohamad Noor Al Fatani Al Makki, manakala yang keduanya adalah Syeikh Haji Abdul Rahman Daud Al  Makki.  Sekolah agama ini di bentuk sebagai satu respon terhadap pembentukan sekolah British Sultan Sulaiman school yang bertempat di dalam sebuah balai dalam istana Muziah tahun 1920. Sekolah agama ini di bangunkan dengan usaha Datuk Seri Amar Di Raja, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pendidikan dengan derma dan sumbangan serta sokongan orang ramai. walaupun sekolah ini tidak di senangi oleh penasihat British , tetapi mendapat restu daripada Sultan sendiri. Dikatakan permohonan jawatankuasa sebanyak  RM200 telah di pohon kepada pegawai British sebagai bantuan  kepada sekolah tersebut ,tetapi RM100 sahaja yang di luluskan.
Pada tahun 1932, sekolah tersebut di pindahkan ke Ladang dan kemudiannya di namakan Madrasah Sultan Zainal abiding Ladang 

kemudian di buka bahagian Thanawi di Batu Buruk . di sekolah ini lah munculnya ramai penggerak KMM ( termasuk Ibrahim Fikri ) dan bahagian agama nya yang di sebut sebagai MATA yang peringkat pusatnya adalah di pimpin oleh Ustaz Burhanuddin El Helmi . mereka menjadi pemimpin masyarakat dalam pelbagai bidang dan lapangan 

Di kemudian harinya, Setelah KMMdan KPMM termasuk MATA  mengalami nasib malang, Hizbul Muslimin di tubuhkan oleh Us Abu Bakar Al Baqer di Gunung Semanggol, Haji Awang Abdul rahman Rusila( ayah Tuan Guru Haji hadi ) membuka cawangan hisbul muslimin berpusat di kg Tanjung  

Di bukit Jambol ini, ,  Mohamad Fuad Hassan yang berasal dari Penang( Al Masyhur Syed Syeikh Al Hadi Dan tahir Jalaluddin mempunyai rakan-rakan jamaah yang membincangkan tentang pergerakan yang perlu di buat bersama dengan mereka yang minat dengan pembaharuan umat.

Dia juga di kira rapat semacam anak angkat kepada  Syeikh Saed  Al  Yamani, ayah Hassan Yamani pengerusi OPEC  (MInyak Arab Saudi) . Syeikh Saed Al yamani ini pernah menjadi mufti Terengganu beberapa lama. 

berkemungkinan Ahmad Fuad Hassan berhijrah ke Kuala Lumpur selepas kekalahan Jepun. Di Kuala Lumpur Dato` Onn melantik Ahmad Fuad menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan setelah Malayan Union Berjaya di gagalkan.  

akhirnya beliau membantu lagi datuk Onn dengan memegang sayap agama dalam umno . dalam tahun 1951, akibat desakan yang kuat dari golongan agama, beliau menubuhkan pertubuhan  Islam malaya yang akhirnya menjadi PAS . ini kerana mereka melihat UMNO adalah anak didik British yang tidak boleh di harapkan lagi apatah lagi selepas Tengku mahu menjadikan duit loteri sebagai sebahagian daripada dana kepada umno. 



dengan hubungan yang terjalin dengan tokoh-tokoh dari Mekah dan Yaman ini, nyatalah bahawa Terengganu,gerakan  awal nasionalis islam  di pimpin oleh kaum tua yang reformis. Mereka datang daripada aliran yang bertalian terus dari Syeikh Mat bin Ismail Saghir pengarang kitab Matlaul Badrain yang di lahirkan di Duyung itu. 


aliran inilah juga yang berada di masjid putih dan madrasah Sultan zainal abidin pada zaman itu. maka pergerakannya adalah matang , bijaksana dan tidak terlampau agresif.


di Zainal Abidin, mudir di zaman yang kemudian adalah Syeikh Mahmud Rafe` daripada Iraq , di waktu itulah datangnya Haji Zabidi Ali ( YB PAS Permatang Pauh  1978) berkhidmat mungkin sekitar 40 tahun di Trg . Haji zabidi Ali mempunyai murid yang ramai termasuk Tuan Guru Haji hadi. 

menurut Dato Mat Noor ini, Syeikh Mohamad Amin Mudir di Bukit Jambol ini adalah dari Yaman