Wednesday, May 14, 2014

Hj Awang Rusila



Hj Awang  Mohamad Rusila

Nama ini terkenal kerana ia adalah ayah tuan guru haji abdul hadi awang. Ia pernah menjadi yang di pertua hizbul muslimin cawangan Terengganu  yg diasaskan oleh Ust Abu Bakar Al bakir Gunung Semanggul Perak.
Menurut catatan yang saya ambil dari guru saya sewaktu di kusza lagi, us ismail Ngah pengadang baru, adik Hj Mat Gelugur tadi ialah Hj Awang mohamad ini bin Abdul Rahman bin Abdullah  b Hj Yusuf

Yahya berkahwin dengan Aminah anak Wan Mahmud Sg Derhaka . yahya ini anak Abdul rauf pasir Panjang  orang panggil Lebai Paka. Adik beradik lebai yahya ini lebai jamal dan penghulu Abdul rahman. Lebai jamal mempunyai anak yang bernama Lebai Ibrahim yg mempunyai zuriat hj Musa Atas tol. Dari sini muncullah pula hj Awang rusila itu. kat sini ada beberapa perkara yang saya keliru dan masih mushkilkan lagi 


menurut seorang sahabat saya Abdul rahman Kemaman, isteri haji Awan iaitu ibu tok guru haji hadi adalah dari keturunan Tok gajah Pahang

Yang ini saya masih dalam penelitian lagi sesiapa ada maklumat tolong panjangkan kepada saya

  


HAJI AWANG GELUGUR CHE HASSAN





HAJI AWANG GELUGUR CHE HASSAN

Tadi selepas solat jumaat di masjid zubair ibn al awwam cheras,(10 Mei 2014)  sempat juga saya bersembang dengan empat pupu saya, AJK masjid tersebut bernama  Haji Uda Pengadang baru. Ia menceritakan semasa ia kecil-kecil dulu, di anatar guru yang banyak membimbingnya adalah  Haji Awang Kg Gelugue Che Hassan. Ia seorang yang alim dan warak(sekitar tahun 70an)
Namanya ialah Haji Awang bin Uthman bin Limah  bin mak Ngah Wook bin pak de Yusuf Anak wan Mahmud Patani yang buka sg derhaka yang terkenal itu.

Surau yang di binanya telah di hidupkan olehnya seterusnya   telah di isi  oleh haji Kadir Padang Midin( Motor Besar) sekitr  tahun 1970an sehinggalah kematiannya seterusnya  seterusnya di sambung oleh ust Ismail Ngah sehingga hari ini
Hj awang ini adalah dua pupu Pak Uda. Seorang anaknya yang berada di taman melati gambak bernama Che Umar adalah pensyarah UIA. Meninggal sekitar 2012. Isteri che Umar adalah anak Hj mat Tok Bomoh Imam masjid Gelugur. Ertinya ia menikah dengan sekitar 2-3 pupunya juga.


Sunday, May 4, 2014

Tok Lijah Gong Gemia




TOK LIJAH GONG GEMIA

Kami telah bincang dalam siri yang terdahulu bahawa  Haji harun bin Daud  guru feqh di Masjidil Haram adalah berasal dari kampung hiliran. Kami telah sebut bahawa ia adalah   cucu sedara  Tok Lijah Gong Gemia.
Tok Lijah ini berkahwin dengan Mohamad  Gong Gemia, kubur Tok Lijah  berada di tanah perkuburan besar Gong Gemia. Suaminya Mohamad ada mempunyai pertalian waris terdekat dengan Haji Awang pengasas surau Haji Awang sebelah sekolah Syeikh Abdul malik yang sekarang orang memanggigilnya dengan panggilan Surau Ustaz Aidil Adha.
Menurut Abu bakar Gohet Teksi Gong Gemia, Tok Lijah mempunyai ramai waris di kampung masjid haji kadir termasuk  Haji Kadir itu sendiri.  Di Hiliranpun ramai juga termasuk Makcik yang anaknya bernama Hassan hiliran dan said datuk Hj harun bin Pak Ngah daud Masjidil haram juga adalah adik beradiknya.

Abang Som Batu Buruk juga adalah sepupu Tok Lijah.
Hasil perkahwinan dengan Mohamad ia memperolehi anak :
Abdul Rahman norja masjid Puteh
Pak De (Muda) Tok Bomoh Hiliran
Taib berkahwin dengan mak Cik Wook anak Hj Kadir Kg Masjid –moyang saya.
Ismail hiliran berkahwin dengan mak teh  Binjai Bukit Besar
Mak Su Nik yang pernah berkahwin sekejap dengan tok ku syed sagar anak tok ku paluh tetapi tidak memperolehi anak dengannya.
Sallaeh(pak Leh )hiliran
Pak Him mengadang Kor-

Di katakan  Daripada mereka ini lahir cabang yang akhirnya menyerahkan sebahagian tanah mereka untuk di wakafkan kepada masjid raja bukit besar. Yang ni masih dalam pengkajian saya lagi
Ada yang berkata tok Lijah  ini adalah anak  Fatimah isteri Abdullah  ayah Hj kadir Kg masjid.  ini bererti ia adalah adik beradik se mak dengan haji kadir kampung masjid Pasir panjang. Ada lagi pendapat yang berkata Hj Kadir Kg Masjid ini adalah cucu  Abdullah  pengarang kitab Muhimmah yang tidak lain dan tidak bukan adalah abang kepada Syeikh wan kadir bukit bayas. Sebagaimana yang jelas di tulis oleh Wan Mat saghir. Ringkasnya Wan abdur rahim dan Abdullah ini bertemu pada bapa yang bernama w  Abdul Rahman(Deramang) . wan abu bakar wan ismail tok pandak  keturunan faqeh Ali