Sunday, May 19, 2013

dari Champa ke Terengganu

oleh El Fesfanji




DARI CHAMPA KE TERENGGANU
sebagaimana yang telah di terangkan bahawa pendakwal awal yg datang ke alam Melayu pada abad 14 iaitu  sayyid hussein jamadul Kubra (1310M)  mempunyai beberapa isteri iaitu  :1) Nizamul Muluk (puteri raja Delhi), 2) puteri linan Cahaya , puteri pasai samudera 

3) Ramawati binti zainal Abidin 4) Puteri jawhar(johor) )

(isteri kelimanya ialah ) puteri  Selindung Bulan  yang di tukarkan namanya kepada Syahira. 

dengan isterinya  shahira ini, belaiu memperolehi anak yang di panggil sebagai ali nurul alam. Ali nurul alam ini menjadi 

pemerintah Qunbul. beliau mempunyai 8 orang anak iaitu:
pertama :sultan wan Abdullah umdatuddin Raja Champa (1471=1478M)
kedua:Syeikh Wan Hussein As Sanawi (tok Masjid)
ketiga:  Wan Demali alimuddin 
keempat: Syeikh Wan jamal
ke;ima:Wan cempaka biru
keenam:syeikh Wan hassan pendakwah dan akhirnya menjadi raja Bangkok
Ketujuh: Wan senik Al Kasaniqi
ke lapan Syeikh wan salleh lahiqi

daripada anaknya yang pertama wan abdullah lahirlah pula beberapa anak iaiatu:
1) Syarif hidayatullah Sunan Kalijaga
2) Syarif babullah ( Sultan Ternate)
3) Raden Fatah(Sultan DEmak Jawa) 
4)Syarif Nurullah Sultan Champa menggantikan ayahnya
kelima) wan Abul muzaffar waliullah  
dari anaknya yang akhir ini, lahirlah pula:
nik Mustafa yg memakai gelaran Sultan Abd Hamid Syah, pemerintah champa .

daripadanya lahir pula Faqeh Ali Al Malibbari.beliau mempunyai dua isteri. 

dengan isterinya wan tija, faqeh ali memperolehi 
keturunannya ialah 

wan ismail( Tok Kaya Panduk). ia memperolehi pula beberapa org anak=dari keturunannya lah ramai yg datang keterengganu 

termasuk anak beranak syeikh daud patani yg byk menetap d pulau duyung.di antara anak wan ismail juga ialoah 

wan abu bakar. dari keturunannya lahir pula Tok syeikh Duyung ( Wan Abdullah bin Wan Mohd Amin) dan Tok syeikh Qadi( bin W Ab  Rahman, Tok Syeikh janggut Putih(W Yusuf W Ahmad , Tok Nik Mat Kecil (w Mohd b W Ismail )  dan Tok Janggut Merah( bin W Ahmad) 

. anak2 Wan Abu Bakar  ialah 

wan deraman anaknya ialah wan abdul Rahim bapa  syeikh Wan abd Kadir bukit bayas . wan Deraman adalah datuk Syeikh Wan ab 

Kadir bukit bayas.


demikianlah sebahagian keturunan pendakwah awal Islam ke alam Melayu Sayyid Hussein Jamadul Kubra  turun ke terengganu di zaman serangan Siam ke atas Patani. 




maanakala anak faqeh ali dengan isterinya yg bernama Wan Dewi binti Datuk Seri Biji di raja Tok majid, lahirlah wan nik raja 

jambu dari dari situlah lahirnya keturunan raja raja patani dan kelantan. di antara raja patani yg terkenal ialah datuk 

pengkalan( wan daim) yg di lantik oleh Siam sebagai raja boneka  tetapi akhirnya berpaling tadah. Datuk Pengkalan telah bangkit  lawan Siam sehingga syahid dalam pertempuran  menumpaskan Siam. 




Thursday, May 16, 2013

kitab2

kitab muniayyatul musolli bab sembahyang istikharah karangan syeikh daud bin abdullah al fatani pak sepupu haji Syeikh  wan kadir Bukit bayas . kitab naskhah tulisan tangan ini milik Tuan Guru Haji kadir Kg Masjid Pasir Panjang. Saya dapati di rumah cucunya Hajjah Su Aminah binti Ahmad tahun 80an .



kitab ilmu nahu bahasa Arab terbesar dalam dunia pendidikan Islam berjodol   Hashiyah Mohamad Ali as Sobban syarah Ibnu Aqil.  bahagian yang jelas dapat di lihat di sini adalah bab yang membicarakan isim isyarah. naskhah tangan ini menjadi milik Tuan Guru Hj Kadir Kampung Masjid Pasir Panjang. saya melihat kitab ini juga di rumah cucunya Hajjah Su Aminah binti Ahmad Hujung Gong kampung tersebut.  sebahagian awal kehidupan saya adalah di dalam rumah tersebut. 



tok  bungsu hujung gong kg masjid (Hajjah Aminah Binti Ahmad =cucu Hj kadir ) adalah duduk di atas katil dua dari kiri. di sebelah kirinya adalah Sawiah binti Ali, sebelah kanannya Umi Kelsom, di kanannya Hindun Awang Kg Ladang Sekolah dan Zainun. sawiah dan umi kelsom adalah cicit hj Kadir

Tok ku Paloh bapa angkat Tok Guru Hj kadir Kg Masjid Hj Kadir Pasir Panjang


oleh: Haji Hanafi Rahman El Fesfanji


sebagaimana yang telah kami terangkan bahawa setibanya Haji Kadir  di Trg,  Tok Ku paloh telah menjadi ayah angkat kepada haji Kadir Kg masjid. Inilah yang di ceritakan oleh ramai pihak termasuk yang telah saya mengesahkannya daripada ayah ngah mat awang. . bagaimana ia boleh berlaku, kami tidak menemui cerita yang detail berkenaan dengan hal ini.  cerita lain yang berkaitan hanyalah menyebutkan tentang , dengan sebab pertolongan Tok Ku paloh inilah, Hj Kadir memperolehi biasiswa (wang tambang untuk berangkat pergi belajar di Mekah ) dari Sultan Zainal abidin III, di samping bantuan orang ramai.

Tok Ku paluh ini, memang sudah di kenali ramai.

Nama sebenar beliau  Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus. Tokku Paloh juga dikenali sebagai wali Allah penuh karamah yang sangat ditakuti penjajah.

meskipun  Tok Ku Paloh berketurunan ‘Saiyid’, ia banyak juga mempelajari ilmu dari pelbagai pihak termasuk dari ulama ulama Patani seperti Syeikh Wan abdul Kadir bukit bayas.bapanya sendiri,  Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. memang menjadi suatu yang amat dapat dipastikan Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri.






Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh) melanjutkan pelajarannya di Mekah. Di sana beliau bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi. Antara orang yang menjadi guru mereka di Mekah ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus setelah pulang dari Mekah memusatkan aktivitinya di Kampung Paloh, Terengganu. Menurut Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani (Ulama Terengganu, hlm. 181). Diriwayatkan bahawa salah seorang murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III. Riwayat lain pula mengatakan antara muridnya yang terkenal dan menjadi pejuang antipenjajah ialah Haji Abdur Rahman Limbung dan Tok Janggut.

Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar.

Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.


sebenarnya Mat Kilau banyak belajar dari Haju Yusuf ===mufti pahang pertama. mufti ini adalah murid ===pengarang kitab matla`ul badrain , pengarang kitab ini di lahirkan di duyung kemudian di bawa ke Mekah oleh syeikh daud Patani sendiri, yang menyelamatkan diri dari perang Bisik 1821=28 .  Syeikh daud Patani ini adalah guru Syeikh Wan Kadir bukit Bayas.  Syeikh Ean kadir bukit bayas juga menjadi guru Tok Ku Paluh sepertimana yang telah di nyatakan.

“ Pada Mei 1894, Mat Kilau dan rakan rakannya mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. di katakan di antara ayat yang di ajarkan Tok Ku paluh kepada mereka ialah ayat 4 dan ayat lima belas.  Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad.

Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan tentera tambahan dari kalangan rakyat Terengganu sendiri, , pasukan pahlawan Pahang menjadi lebih besar dan tersusun.


Ada diceritakan bahawa apabila Inggeris cuba berunding meminta tanah kepada Sultan Zainal Abidin, baginda menyuruh mereka berjumpa Tokku Paloh kerana katanya Terengganu ini ada tuannya... Maksudnya Tokku Paloh lah yang lebih berhak membuat keputusan. Pegawai Inggeris telah pergi ke rumah wali Allah itu untuk berunding. Tokku Paloh bertegas tidak mahu memberi walau seinci pun tanah. Inggeris yang berang bangun untuk menunjukkan kemarahan tetapi kerusi pula melekat dipunggung mereka. Lalu Tokku Paloh memerli mereka: "Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu dibawa lari..."


Dalam peristiwa lain pula, Inggeris mengajak Tokku Paloh berunding di atas kapal perang. Tujuan mereka adalah untuk mengugut secara halus dengan mempamirkan kekuatan angkatan laut mereka dengan meriam berkuasa tinggi yang mampu membedil pantai Terengganu, satu taktik yang dikenali sebagai "gunboat diplomacy". Tokku Paloh cuma menyengetkan serbannya lalu seluruh armada kapal laut Inggeris turut senget sama!ini juga pernah di beritakan beberapa oleh ayahanda saya sendiri sewaktu hayatnya. ia mengambil cerita ini dari guru gurunya di losong sewaktu ia belajar di pondok hj mat shafie losong

 Pada masa yang lain pula, mereka cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi melihat ia dijaga pahlawan-pahlawan Melayu siap bersenjata sejauh mata memandang. Ini menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup.  Selepas beliau meninggal dunia, tepat pada 24 Mei 1919  barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu.




 ini gambar Syeikh daud bin abdullah Al fatani , ulama terkenal dengan karangannya yang berbagai bidang dan tajuk

Tok Ku Paluh Ulama terbilang yang menjadi ayah angkat hj kadir Kg Masjid di Pasir Panjang