Friday, November 15, 2013
salsilah maulana hussein jamadul kubra yang turun ke patani akhirnya turun ke terengganu
maulana hussein di kira di antara mubaligh islam awal yg membawa islam ke alam melayu , lahir di gujerat tetapi keluarga dari yaman bersambungan kepada S Hussein bte Fatimah binti Rasulullah SAW
Thursday, November 14, 2013
hubungan kejkeluargaan antara syeikh mat saghir penulis kitab matlaul badrain, ketua hakim mahkamah mekah dan sepupunya syeikh abd kadir dengan syeikh kadir bukit bayas dan hj kadir pasir panjang
sebagaimana yang telah kami sebutkan terdahulu bahawa pengarang kitab matlaul badrain yang menjadi teks feqh seluruh masjid surau di alam melayu adalah di lahirkan di pulau duyung. ia telah di bawa oleh Syeikh dawud Patani ke Mekah sehingga menjadi tenaga pengajar penting di masjidil haram dan juga ketua hakim syariah shafie di mekah. hubungannya dengan syeikh kadir bukit bayas dan hj kadir kg masjid Pasir panjang ialah seperti di bawah:
![]() |
| Add caption |
hubungan kekeluargaan antara syeikh dawud patani dengan syeikh wan kadir bukit bayas dan hj kadir kampung masjid hj kadir pasir panjang
hubungan ini memperlihatkan peretemuan mereka adalah pada wan abu bakar bin wan ismail pandak bin faqeh ali al malibari
dua pupu antara syeikh dawud dengan syeikh kadir bukit bayas
abdullah ayah syeikh dawud fatani berkahwin dengan sepupunya fatimah anak wan selamah bin wan abu bakar, kami letakkan sebelah nya, maka lapisan bawah itu semuanya anak mereka berdua,
menurut ustaz hj ahmad awang, seorang cicitnya berkata bahawa datuknya tok ki pak ngah ahmad menceritakan bahawa hj kadir kg masjid adalah anak saudara syeikh kadir bukit bayas. Syeikh adalah bapa saudara.
menurut pengkaji terkenal Wan Saghir Abdullah , Abdullah bin Abdul Rahim krisek yang menjadi abang Syeikh Wan Kadir bukit bayas adalah pengarang kitab muhimmah yang terkenal itu. maka ertinya pengarang kitab tersebut adalah ayah hj kadir Kg Masjid Pasir Panjang والله اعلم بالصواب
Subscribe to:
Posts (Atom)




