Thursday, July 18, 2013

nama kg Gelong Bilal adalah merujukkan kepada Bilal Sulaiman Bilai masjid Bukit Bayas

KG GELONG BILAL

kg gelong bilal adalah sebuah kg yang terletak dijalan pasir panjang. letaknya adalah di  antara Kg Bukit Bayas dan  Kg  Padang( kediaman moyang saya Asiah bte Ahmad isterinya Wan Khadijah anak Hj Syeikh  Wan Kadir) . ia di pisahkan dari  Kg Bukit Bayas dengan sawah bendang dan bukit yang di panggil Bukit Mak Tunas. kebanyakan sawah dan  kesemua Bukit Mak Tunas ini sudah tidak ada lagi sekarang kerana telah  di penuhi dengan penempatan penduduk baru.  

Bukit Mak Tunas ini sentiasa menjadi kawasan permainan saya pada akhir tahun 70 dan awal 80. pada waktu kanak kanak sebegitu,  kerana percayakan cerita dan gurauan orang orang tua kerana kononnya di situ ada  " keris  sakti yang di tinggalkan oleh orang mati terbunuh"beberapa kali  saya jatuh dan rebah di situ ketika mencari  keris tersebut bagi tujuan digunakan dalam  jihad fi sabilillah menentang kuffar. sehingga hari ini, kesemua bukit itu sudah telah di  ratakan tetapi  saya belum lagi memperolehi keris tersebut.

dikatakan dalam tahun pertengahan abad 19 (  18 lima puluhan ) Bukit Bayas, Gelong Bilal dan kg Padang sehinggalah Bukit Besar di katakan memanglah sebahagiannya adalah tanah pemberian  Sultan Umar kepada Syeikh Wan Kadir Bukit Bayas  yang berasal dari Patani yang telah kita sebutkan dulu. asal kawasan itu dahulunya di panggil darat  (kg darat) iaitu dusun tempat Sultan berkebun kelapa dan sawah. kebun di jaga oleh beberapa orang yang di amanahkan . sebagai mengenangkan jasa mengajarkan agama di istana dan kepada rakyat terengganu , sebahagian tanah tersebut telah di serahkan kepada ulama ulama termasuk 2 hj kadir pasir panjang. 

memang kawasan itu di diami oleh anak cucu mereka hari ini. penduduk asal di situ kebanyakannya anak beranak saya semuanya ada yang kenal ada yang tak dapat di kenali =

Gelong bererti kawasan permainan gajah. tempat gajah mandi berendam . memang banyak gajah di situ pada zaman dahulu.  di sebelah sana menuju ke arah bukit Jenal ada Kg yang sudah tidak 

wujud lagi sekarang yang di panggil Kg Gelong Gajah. di situlah rumah saya dulu( 1978 1981) sekarang di kenali sebagai ===

gelong bilal di beri nama bersempena bilal masjid Bukit Bayas yang di panggil Bilal  Sulaiman. sebelumnya kawasan itu di kenali sebagai (kg) Bukit Wan Empoh. ia telah belajar 

agama di Perak beberapa tahun dan setelah alim, berkhidmat kepada agama untuk masyarakat setempat.

Thursday, July 11, 2013

DUYUNG KECIL BUMI KELAHIRAN PENGARANG KITAB MAT LA`UL BADRAIN

ramai orang tidak mengetahui bahawa pulau Duyung Kechil memiliki sejarah yang sangat berharga kerana pernah menjadi  tempat 

persinggahan ulama2 patani yang terbilang abad 19 dan  mereka yang berasal dari situ kebanyakan nya mempunyai darah Patani. 

ini kerana Terengganu termasuk dalam negeri patani besar zaman Langkasuka. 

sebahagian dari mereka yang datang melalui jalan air terus menetap di situ. tokoh tokoh di situ seperti Tok Duyung , dan Tok 

Wan Hj Kadir bukit Bayas juga memulakan gerakan dakwahnya dari pu;au duyung.
hakikatnya di pulau duyung itu ada ramai anak beranak Syeikh Dawud Fatani ulama besar di Mekah yang banyak mengarang kitab 

yang masih terus di pelajari di masjid surau sehingga zaman kini

di sini marilah kita mengetahui bahawa kitab Matla`ul Badrain (tempat terbitnya dua purnama dan tempat berkumpulnya dua laut) 

adalah sebuah kitab yang sangat penting dan mustahak dalam seluruh alam melayu. ia mirip kitab minhajul abidin yang di tyulis 

oleh Imam Nawawi kerana pengarangnya banyak merujuk kepada kitab tersebut. Kitab Mat la`ul Badrain menjadi teks pelajaran 

Feqh yang di ajar di semua masjid dan surau termasuk di Kemboja sehingga ke hari ini.

penulisnya di lahirkan di pulau duyung iaitulah   Syeikh mohamad bin Ismail. dalam kebanyakan cetakan di tulis naamanya: 

Syeikh Mohamad bin Ismail Daud al Fatani. 

sekali imbas ia kelihatan berketurunan Syeikh Daud Fatani sebenarnya tidak, ia sebenarnya adalah cucu saudara kepada Syeikh 

Dawud Fatani iaitu datuknya adalah adik beradik dengan Syeikh Daud fatani. Syeikh Daud Fatani tidak meninggalkan keturunan.

menurut kajian, semasa Syeikh Daud Patani turun ke Kg Duyung Kecil melihat sanak saudaranya yang ramai di duyung setelah 

tewas dalam perang bisik sekitar 1830an, Syeikh Mohamad ini masih bayi benar baru beberapa hari dilahirkan, Syeikh Daud telah 

membawa bayi tersebut menaiki kapal layar bersama ke Mekah dan di sanalah ia menerima pendidikan sehingga menjadi Hakim 

syar`ie di  Mahkamah Mekah.muridnya sangat ramai termasuklah Tok guru kepada mat Kilau Pahang.

kuliahnya sentiasa di hadiri ramai samada di rumahnya, di mekah atau di masjidil haram.

di Mekah ia dikenali dengan nama Syeikh Nik Mat Kechil di kalangaan orang orang jawi.

di katakan perkahwinannya yang pertama adalah dengan anak Syeikh wan Ali Kutan yang mengarang kitab Jauharul mauhub Wa 

Munabbihatul Qulub dan kitab Lum `atul Aurad (rahsia karomah) tetapi tidak memperolehi anak. ia berkahwin pula dengan anak 

perempuan Syeikh Ali bin Ishak  iaitu adik Tuan Hassan Besut yang mengarang kitab perubatan terkenal Tajul muluk

sewaktu saya kecil kecil dulu, melihatkan nama yang tertera pada kitab ialah syeikh Mohamad bin Ismail Daud Fatani, saya 

sendiri tak pernah menyangka ia di lahirkan di pulau duyung Kecil, tetapi begitulah ceritanya sebagaimana yang dinyatakan 

oleh banyak kajian. . di kaitkan nama patani dan tidak di sebutkan nama duyung di situ kerana Terengganu adalah sebahagian 

dari fatani dalam sejarahnya dan mereka yang datang dari Patani asal ke Terengganu memang mempunyai niat untuk kembali semula 

ke tanah patani asal tersebut . bahkan orang patani di mana sahaja mereka berada termasuk di Mekah sehingga hari ini berniat 

untuk mengambil kembali bumi Patani dari penjajah buddha yang kufur itu  kerana itu adalah satu tugas jihad yang tidak boleh 

di abaikan.

sehingga hari ini, tanyalah generasi tua di Duyung Kechil, pasti ada jawapan yang menyatakan waris mereka ramai di Mekah. 

kitab mat la`ul badrain wa majma`ul bahrain karangan syeikh nik mat kechik bin ismail  kg duyung kecil al fatani hakim mekah= di semak oleh jais Selangor

kitab perubatan terkenal tajul muluk di tulis oleh syeikh hassan besut  bin tuan ishak al fatani. adik  Syeikh tuan hassan ini adalah ali yang dikatakan menjadi mertua syeikh nik mat kecil duyung kecik al fatani