Monday, July 8, 2013

raja mandalika pelaksana syariat pertama di Terengganu


RAJA MANDALIKA
Nama ini adalah nama raja yang tercatat  di batu b ersurat Terengganu
Beliau adalah khalifah yang merupakan anak pengasas empayar benua   Melayu Siam Islam Ayuthia yang juga di sebut Raja Melayu Siam Islam  Kedah Tua / Langkasuka . beliau juga di kenali sebagai Raja Mas Zaffar Syah III,  Beliau juga di kenali sebagai Syeikh Ahmad Qummi ibnu Tunku Mohamad Chan.
Beliau adalah anak Sultan Rijaluddin Ibni Muhammad Johan syah III, ibunya  daripada keturunanan Mahajaraj China Yuan,

oleh kerana Maharaja Yuan memerintahkan supaya Islam di bawa ke alam Melayu, maka itulah sebabnya di katakan Islam datang ke tanah Melayu dari China. cerita ini membenarkan Islam (di Terengganu) tiba lebih awal dari Melaka.

Beliau bukan sahaja raja dan pendakwah yang keturunannya datang dari China malahan juga pelaksana Syariat di empayar Islam Kedah Siam yang sangat luas. Malangnya empayar Islam ini  telah di musnahkan pada 17==dan di jajah oleh Thai Buddha yang dengki dan dendam dan akhirnya di pecahkan kepada Burma, Thai,Vietnam dan Kemboja termasuk semenanjung Tanah Melayu( di faraidhkan kepada British selepas perjanjian Bangkok 1909).. Penjajah ini (kafir buddha  kemudiannya mengaku Thailand (tanah Thai yang bebas) tidak pernah di jajah padahal mereka adalah sebenar benar penjajah yang merampas bumi Islam dari tangan orang orang Melayu Islam kedah Ayuthia.


Beliau telah mendikan lebih dari 21 buah masjid di seluruh wilayahnya termasuk Masjid Papan yang sangat cantik dan menarik masih kekal berdiri tegak di Mandalay, Mymmar. Nama Mandalay di ambil dari nama belaiua , Mandalika.

lain lain masjid yang didirikannya adalah di Terengganu ,di Bangkok, di Cheng Mai, dan di Kedah sendiri yang telah di runtuhkan oleh Siam sebelum di ganti dengan masjid Az Zahir yang ada pada hari ini. 
Setelah ia membawa dakwah di Terengganu, ia membawa cerdik pandai untuk melaksanakan syariat di Terengganu. Dengan sebab pensyariatan (perundang undangkan syariat) maka terengannu di berinama Terengganu berasal dari nama Terqanun iaitu Islam di qanunkan=di undang undangkan =di syariatkan.

ertinya nama Terengganu adalah  mempunyai  kaitan secara langsung dengan sejarah pendaulatan hukum syariat, bukannya taring anu 
Oleh kerana bimbangkan Thai Buddha yang berniat serong terhadap Islam menghancurkan batu undang –undang Islam tersebut dalam serangannya di Terengganu, maka orang Terengganu yang cerdik telah menyimpan batu tersebut di dalam sungai. Mereka menamakan sungat tersebut dengan nama tersat iaitu campak dalam bahasa Siam. Sebagai ingatan mereka (Melayu Islam Siam) dapat mengambilnya suatu hari nanti.

Islam, maka batu itu akhirnya di temui oleh Syed ===


Thursday, July 4, 2013

Cikgu Leh Kg Gong Penaga Pasir Panjang ahli zikir



CIKGU LEH AHLI ZIKIR KG GONG PENAGA


saya bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan saya mencetak buku saka siri kedua.siri pertama telah di cetak beberapa tahun yang lalu. sekarang dalam usaha mencetak siri yang ke tiga insha Allah.

dalam mengkaji saka, seseorang pesakit perlu belajar berzikir sehingga ia boleh menyingkap kelemahan kelemahan dirinya yang tersembunyi dalam lapisan yang dalam pada kegelapan nafsu
syahwatnya.

maka di peringkat permulaannya, seseorang itu perlu berzikir ya `aslimal ghaibi was shahadah . sepanjang berzikir itu, hendaklah ia tumpukan melalui tafakkur dan tazakkur
iaitu mencari, mengorek , mengambil dan menggunakan buah zikir yang di perolehi itu..

bila mana memikirkan bagaimana kah caranya saya mahu menghuraikan hal yang sebegini sulit terpendam  dalam kitab=kitab yang besar dan meleret leret huraiannya dan berjela jela
sehingga memeningkan kepala, saya teringat kembali beberapa ajaran mudah di fahami yang di ajarkan oleh guru saja yang di panggil dengan nama Cikgu Leh. 


cikgu Leh mempunyai sebuah suraunya sendiri di Kg Gong Penaga, Jalan Pasir Panjang iaitu berdekatan(bersebelahan) dengan kampung masjid Hj Kadir. Setiaphari, ia  akan memulakan
zikirnya sesudah solat maghrib dengan jamaahnya dengan suara jahar sehingga sehingga larut malam. kadang kadang ia menyampaikan kuliah yang isinya lebih tertumpu kepada kelazatan
berzikir dan hal yang bersangkut paut dengan tasauf.  kemudian ia menyambung semula dengan berzikir. bayangkan bagaimana ia boleh duduk kemas bersila menggoyangkan badannya ke kiri ke kanan lima jam tanpa henti henti, bahkan sehingga tujuh jam tanpa mengalihkan kedudukannya ke kanan atau ke kiri, terus menerus berzikir dan berzikir bertahun tahun lamanya.


walaupun saya tidak banyak sangat mengetahui tentang kehidupan zaman muda ahli zikir ini kerana saya hanyalah mengenalinya pada akhir tahun 80an, iaitu setelah ia berada dalam usia yang lanjut, tetapi saya akan cuba mengumpulkan maklumat dari mereka yang masih hidup tentangnya inshalaha dan akan menceritakan kembali apa yang saya perolehi dari mereka insha Allah.


contohnya kenapa ia di panggil cikgu bukan ustaz sebagaimana lazimnya orang yang mengajar akan di panggil ustaz oleh masyarakat, menurut cerita nenek saya Hamidah Bti Abdullah(meninggal 1999) , dia ada menerima sekolah orang putih, maka di zaman mudanya dia berkhidmat sebagai guru, itulah sebabnya masyarakat memanggilnya dengan panggilan cikgu.

meskipun begitu, sedari awal lagi ia yang telah di besarkan dengan pegangan agama telah lama meminati tasauuf dan berkecimpung dengan zikir. di samping menjadi cikgu, banyak masa dan tenaganya di habiskan dengan berguru untuk memahami rahsia dan kekuatan zikir. akhirnya  ia berbincang dan menggali lagi apa yang di pelajarinya dengan jamaah yang sentiasa datang ke tempatnya.

rumah yang di bangunkannya yang akhirnya di panggil surau itu terletak di hujung (bucu pagar) padang Sekolah rendah pasir Panjang sebelah mengadap bahagian kampung. surau itu
membuktikan komitmentnya pada perjuangan islam bilamana di zaman mudanya ia mencari ustaz ustaz yang berilmu mengajar di suraunyanya.di antaranya ialah Ustaz  (tuan guru ) Haji Ngah
Hj Ismail , setelah kembali dari pengajiannya di Mekah, Ustaz haji Ngah juga telah memulakan tugas pengampaian dakwahnya di Surau Cikgu Leh sebelum membina surau bersebelahan
rumahnya di tubir Kg Masjid.Ustaz (Tuan guru) Haji Ngah terkenal sebagai seorang aktivis Islam yang aktif di sekitar Kuala terengganu . beliau di kenali dengan panggilan Haji Ngah
Bawa Orang Ke Mekah. Beliau meninggal tahun====20==


walaupun bagi masyarakat  melihat Cikgu Leh Kg Gong Penaga hanyalah ahli zikir tetapi ia juga adalah pengamal perubatan Islam.
meskipun terdapat golongan yang tidak menyenanginya kerana bila mana berubat, pendekatan yang di pilihnya ialah menggunakan tahi besi sebagai alat  untuk tujuan pagar rumah dan bukannya garam, tetapi bagi Cikgu Leh sendiri  ialah garam dan tahi besi itu serupa saja,
kedua duanya adalah makhluk Allah yang berasal dari tanah, yang syaitan jin akan takut  kerana berasal dari unsur asal kejadian nabi Adam. bahkan baginya , berdasarkan zahir ayat
dalam seurah ar Rahman, jin lebih takut kepada besi berbanding dengan garam  . itulah sebabnya ia memilih tahi besi sebagai bahan pagar rumah.


di samping itu,  api jihad tidak pernah padam dari dalam diri Cikgu Leh sendiri . setiap kali menjelang pilihan raya , dalam diam diamnya , ia dan jamaahnya melakukan solat hajat
dan berzikir wirid perang berdoa agar kemenangan berpihak ke pada Islam. mereka pasti mengeluh dan berpesan supaya bersabar setiap kali bilamana keputusan pilihan raya di
umumkan, kemenangan berpihak kepada golongan nasianalis




antara ajarannya yang seringkali diperingatkan ialah keburukan yang ada pada minuman gas
dan ais cream dan lain lain keburukan nafsu makan makanan yang boleh mengganggu kejernihan
jiwa dalam memancarkan cahaya ilham dan cahaya menyuluh alam ruhani. keburukan ini akan
menghalang seseorang daripada dapat  membaca keburukan dan penyakit yang tumbuh dalam diri
sendiri dan menumpulkan juga pandangan batinnya terhadap  sesuatu perkara.


itulah sebabnya ramai anggota masyarakat menjelaskan antaranya ialah di nyatakan berkali
kali oleh arwah Abdul Rahman ali (meninggal 1997) : Cikgu Leh ni makan buah dan pucuk kayu
jer! Dia tak makan(kurang) makan daging 

itulah sebabnya saya fikir, sekiranya beliau masih hidup, tentulah seronok dapat berbincang
dengannya tentang tafakkur, tazakkur, intibah, surah tasawwur, wirid dan warid dan banyak
lagi istilah tasauf yang berkait dengan hati dan cahaya zikir yang perlu di lalui oleh
seseorang yang nak memahami tentang saka diri sendiri.
di hari ini, bukan senang lagi untuk mencari orang yang sepertinya untuk di rujuk dan di
kutip mutiara mutiara  yang terpendam di dalam seluk yang menjijikkan 

ia meninggal pada usia tua tahun 90an.







Ahmad bin Hj Abdul kadir =guru Al Quran selepas Hj Kadir



baru baru ini sewaktu saya melawat seorang ahli keluarga yang di sifatkan oleh semua orang 

sebagai seorang lama, pak Ngah (Adik Ayah Jim)  masjid padang negara  kuala ibai untuk 

tujuan menghubungkan silatur rahim , beliau menceritakan keahlian dan kealiman pewaris keilmuan Haji Kadir , anak lelakinya Pak Ngah   Amad( Ahmad bin Hj A Kadir) Kg Masjid Hj Kadir Pasir Panjang. 
pak Ngah ini berusia lebih 100 tahun ini memberitahu 

walaupun Pak Ngah Amad seorang yang cacat penglihatannya, tetapi kemahirannya dalam bidang 

Al Quran( tajwid) cukup di akui.

pada asalnya , berdasarkan cerita yang di perolehi, saya mengira ia adalah guru Al Quran berpangkat biasa saja kerana sebahagian 

besar penduk kampung waktu itu memang mempelajari Al Quran dengannya. ayah saya juga  seringkali di tegur bacaannya oleh Tok Ki Pak Ngah Amad tersebut, 

tetapi menurut Pak Ngah ,   Pak Ngah Amad yang menjadi pewaris kealiman bapanyah  di Kg Masjid Hj Kadir sentiasa di datangi oleh 

guru guru Al Quran. menurut cerita Pak Ngah, Tok Guru Haji Mat Litar, ahli Al Quran (tajwid ) yang sangat terkenal berasal dari Kelantan adalah di antara yang sering mendatangi Pak Ngah Amad untuk  berbincang tentang Al Quran.  Hj mat Litar ini , selama lebih 30 tahun berkhidmat kepada Al  Quran di Terengganu mempunyai ribuan murid. Sebahagian  yang masih hidup ialah sepertu Hj 

Zul Pasir Panjang, Ayah Da Rusila . di antara yang telah meninggal yang saya berkesempatan 

mewarisi ilmu Hj Mat Litar tersebut ialah Pak Su Awang Tok Kg Laut( meninggal sekitar 2010).


ia paling cepat memperbetulkan bacaan sesiapa saja yang salah bacaannya meskipun pembaca 

tersebut melihat mushaf Al Quran. 


walaupun Tok Ki Pak Ngah Amad tidak meninggalkan anak lelaki kerana ia hanya di kurniakan 4 

anak perempuan sahaja, sebahagian anak perempuannya mewarisi bakat mengajar Al Quran 

seperti Fatimah( De) dan Aminah( Tok Busu) 
Pak Ngah Amad juga .

beliau juga mahir dan ilmu sorof dan bahasa   arab (nahu) 


Rumah Tok Ki Pak Ngah Amad adalah di Gong Pakir (berdekatan rumah Mak Long Sukeri) 
pak Ngah Amad meninggal tahun  19enam puluh 2 dan di tanamkan bersebelahan ayahnya di Tanah 

perkuburan Besar Pasir Panjang





kubur  tok ki paknagah amad , pengganti hj kadir. yg melettkan tgnnya keturus  pagar  ialah japri mersing anak mohamad nor bin abdullah  pak den da bin tuan guru  .beliau pernah  berkhidmatmembers ihkan kubur tersebut.  pada tahun 80 kubur tersebut masih beratap dan ada tempayan.

gambar ini di ambil pada perjumpaan keluarga hj kadir pada hari raya ke 2 tarikh 9 ogos 2013