Sunday, October 5, 2025
imam sofiuddin Ahmad bin muhammad ad dujjani AL madani AL maqdisi dia antara guru Ruhani tok pulau manis
menantu nyaal imam Ibrahim Ali kurani, , tenaga pembimbing ketuhanan penting di masjid Nabawi kurun 16, menyambung mursyid tariqat satariyah,di bawa ke alam melayu dan tiba ke Terengganu
Sunday, June 6, 2021
Thursday, June 4, 2020
pembahagian salik
Ibnu arabi menghuraikan di dalam futuhat
makiyyah jilid 4 bab ahwal :
Salik adalah orang yang di dalam perjalanan
ibadatnya adalah berpindah daripada suatu mertabat kepada mertabat yang lebih
tinggi.
Suluk adalah perpindahan daripada satu mertabat
ibadah kepada satu mertabat ibadah yang lebih tinggi.
Salik terdiri daripada tiga kategori iaitu:
- Salik yang berjalan dengan
tuhannya. Salik dari kumpulan ini tidak lagi merasai dirinya yang berjalan
bersendirian sebaliknya mereka menginsafi dengan rasa yang mendalam bahawa
segala kekuatan usaha dirinya dalam perjalanan ibadatnya itu adalah dari
Allah.
- Salik yang berjalan sendirian
dengan dirinya semata-mata. Mereka ini tidak merasai menerima apa-apa
perintah dari tuhannya dan tidak pula mendaki dengan tunjuk ajar daripada
tuhannya
- Salik yang berjalan dengan
kedua-duanya ialah salik yang setelah mana merasai segala kekuatan dan
keupayaannya adalah daripada Allah, ia merasai bahawa segala perbuatan nya
adalah daripada afal Allah.
Peringkat-peringkat perjalanan salik
Terdapat beberapa mertabat salik
Pertama salik yang berjalan daripada Allah
Kedua salik Yang berjalan daripada Allah kepada
Allah di jalan allah
Yang ketiga salik yang berjalan daripada Allah
kepada Allah di jalan allah dengan Allah
Ada salik yang berjalan daripada Allah tetapi
tidak di jalan allah dan tidak kepada Allah
Ada salik yang berjalan kepada Allah tetapi
tidak daripada Allah dan tidak di jalan allah
Ada salik yang berjalan tidak daripada Allah dan
tidak akan pada Allah dan bukan di jalan allah
Di bawah ini kita huraikan satu persatu secara
ringkas
Pertama salik yang berjalan daripada Allah
kepada Allah adalah salik yang berpindah dari satu tajalli kepada satu tajalli
yang lain.
Kedua salik Yang berjalan daripada Allah kepada
Allah di jalan allah ialah salik yang berpindah dari satu nama Allah kepada
nama Allah yang lain
Yang ketiga salik yang berjalan daripada Allah
kepada Allah di jalan allah dengan Allah ialah salik yang berjalan dari satu
nama Allah kepada satu nama Allah di dalam nama-nama Allah
Ada salik yang berjalan daripada Allah tetapi
tidak di jalan allah dan tidak kepada Allah ialah mereka yang keluar dari sisi
Allah kepada makhluk
Ada salik yang berjalan kepada Allah tetapi
tidak daripada Allah dan tidak di jalan allah adalah seperti orang-orang yang
zuhud dan beramal dengan amalan yang soleh tetapi tidak membersihkan dirinya
daripada habuk yang mencemari nya.
Ini adalah pembicaraan yang memerlukan huraian
daripada mereka yang memahaminya
Mengenali jalan dan perjalanan
sejarah kemasukan motokar di Mesir
Allah menceritakan di dalam al-quran
bahawa Nabi Sulaiman Alaihissalamsetelah mendapat maklumat tentang kerajaan
sabaktyang syirik, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya, jin
ifrit telah menawarkan khidmatnya dengan keupayaan memindahkan Mahligai
Balqis itu dalam tempoh masa sebelum Nabi Sulaiman bangkit dari kerusinya
untuk pulang ke rumahnya ( satu hari) manakala seorang ahli zikir menawarkan
lebih cepat dari itu lagi iaitulah dalam tempoh sepantas mata berkelip.
,maka mahligai Balqis di Yaman yang dapat dipindahkan ke
Palestin, menurut ulamak tafsir Nabi Sulaiman menerima
khidmat ulamak yang bernama Ashif Ibn Balkhaya ini.
kisah ini menceritakan kepada kita bahawa
seorang pemimpin yang baik akan memilih sesuatu yang boleh di
selesaikan dengan lebih cepat dan mengambil masa yang singkat.
seorang penulis terkenal Mesir Mustafa
Amin menceritakan bagaimana ketika kereta dan Lori mula-mula masuk
ke Mesir, ramai orang yang menentang dan membantahnya. Mereka berkata
bahawa kenderaan-kenderaan ini Datang dari barat dan menguntungkan kapitalis
barat berbanding dengan menggunakan keldai yang telah mereka warisi
berzaman-zaman itulah yang lebih baik . bukan sahaja kereta itu
dibeli daripada barat malahan juga minyak minyak yang diperlukan oleh
kereta tersebut juga dibayar kepada barat. ini menguntungkan
barat dan membawa kekayaan kepada mereka, berbanding dengan
menggunaka keldai dan kuda , makanan kedai dan kuda boleh ditanam oleh
mereka sendiri maka penanam-penanam makanan keldai dan kuda juga akan
dapat membuat duit sendiri tanpa memberikan sebarang keuntungan kepada
barat.
Demikianlah hebatnya sebahagian daripada
orang-orang Mesir kritik dan mencadangkan supaya tidak dibawa masuk kereta dan
kenderaan enjin ke negeri mereka.
Menurut Mustafa aminn ,
memang susah juga bagi datuknya Saad Zaghlul , Perdana Menteri
Mesir yang pertama dari kalangan rakyat jelata , pada waktu itu memujuk rakyatnya
. mereka tetap mahukan supaya kereta kedai dan kereta kuda sahaja
yang digunakan di Mesir.
bukan senang bagi Saad Zaghlul ,
untuk memberikan jawapan Yang yang memuaskan hati mereka. setelah lama
berfikir barulah saad Zaghlul dapat memberikan kata-kata yang memberikan
kepuasan kepada mereka: di negeri lain di dunia ini semuanya sudah ada
menggunakan kereta kereta boleh bergerak lebih laju daripada keldai Maka kita tidak
mahu negeri kita ditinggalkan oleh negeri lain negeri Kita mestilah mendahului
negeri orang lain Maka kita perlu juga memiliki kereta supaya kita dapat
menyayangi negeri lain yang juga ada kereta walaubagaimanapun penggunaan kedai
adalah izinkan dengan seluas-luasnya tanpa sekatan Siapa nak pakai kereta boleh
pakai kereta Siapa nak pakai kereta keldai kalau dia suka dia boleh
gunakan kereta keldai
setelah mendengar penjelasan begini
barulah rakyat Mesir merasa berpuas hati mana mereka dapat terus menggunakan
keldai dan kuda
yang peliknya ialah Selepas beberapa puluh
tahun jumlah kereta makin bertambah di Mesir dan penggunaan kedai dan kuda
menjadi semakin berkurangan rupa-rupanya mereka sendiri tidak sedar pada
peringkat awal dulu bawa diri mereka sendiri mahukan kepada yang lebih
cepat dan laju. pada tahun 90-an kedai digunakan oleh mereka yang
mengumpulkan barangan terpakai( al baqiyyah)sahaja dan sekarang
ini al baqiyyah ini juga telah menukarkan kepada motosikal juga katanya.
ini semuanya menjelaskan tentang betapa
manusia dengan diri mereka yang asal adalah diciptakan sukakan kepada
disegerakan pekerjaan. ini adalah cerminan kepada nama Allah As sari`
( السريع
)
Maka Kalaulah orang Islam - yang diajar
supaya mengenali satu daripada nama-nama Allah adalah As sari` ( السريع ) - , bersikap
untuk mengemukakan produk-produk atau barang-barang yang cepat
siap, atau cara-cara yang cepat siap kepada manusia seluruhnya
sebagai tanda beriman mereka kepada Allah -- sebagaimana yang di
tunjukkan oleh Asif bn bal khaya zaan Nabi Sulaiman itu, tentulah umat Islam
boleh memimpin dunia. Dan menerajui umat-umat yang lain.
erti perkataan laila
بسم الله الرحمن الرحبم
Apabila kita membaca atau mempelajari kitab nahu
bahasa Arab yang menjadi teks di pondok pondok seperti matan ajrumiyyah, kita
akan mendapati mereka banyak menggunakan nama Zaid sebagai perumpamaan yang
mereka bawakan dalam ayat-ayat contoh mereka umpamanya mereka menyebut
جاء زيد
Telah datang Zaid
ضرب زيد عمرا
Telah memukul oleh Zaid akan Omar
Menurut Pak Su awang tok Kg Laut sewaktu
saya mempelajari dengannya mukhtasar jiddan matan jurumiyah pada tahun 1985
beliau menyebut bahawa Zaid ini seringkali dijadikan contoh dalam ayat kerana
Zahid itu membawa erti pertambahan . Nama ini dipilih untuk dijadikan misalan
adalah sebagai tafaul agar diper tambahkan ilmu dan faham
Apabila kita membaca kitab tasauf pula kita
sering kali berjumpa dengan perkataan Laila .
Memang di dalam syair ghazal Arab ada
kisah percintaan seorang lelaki bernama Amer Dr kabilah Bani Bakar kepada
Laila
Amer ini sewaktu kanak-kanaknya boleh dikatakan
setiap hari akan ke rumah seorang perempuan yang lebih muda daripadanya yang
dipanggil sebagai Laila. Dia akan bermain-main dengan Laila sehingga ke petang.
Lama-kelamaan hatinya terpikat kepada Laila dia menaruh cita-cita untuk
berkahwin dengan Laila
Pada suatu hari ia mendapat tahu bahawa ibu bapa
Laila akan berpindah ke suatu tempat yang jauh daripada rumahnya berkemungkinan
ke Yaman ataupun Iraq. Ini membuatkan hatinya sangat berdukacita. Setelah Laila
meninggalkan kampung tersebut ia menjadi semakin sasau menyebabkan dia tidak
mahu makan dan minum .
bapanya yang menyedari keadaan
kesihatannya yang semakin buruk dan fikirannya yang semakin melayang-layang
telah berusaha dengan segala cara untuk memulihkan anaknya tetapi tidak juga
berjaya . pada suatu hari setelah mendapat tahu bahawa ada seorang musafir yang
datang daripada Yaman akan melalui kampungnya Dan singgah seketika di
kampungnya itu. Bapanya telah berpakat dengan musafir itu supaya musafir itu
memberitahu kepada anak lelakinya yang sudah sasau bahawa ia datang daripada
kampung Laila dan Laila sudah lama mati
Walaubagaimanapun akhirnya pakatan ini gagal
kerana ia dapat mengesan percubaan bapanya untuk menipunya . Ia mendapat
tahu bahawa Laila berada di negeri tertentu itu dia berhasrat untuk
belayar meninggalkan tanah airnya untuk pergi merantau ke negeri yang didiami
oleh Laila dan seterusnya berkahwin dengan Laila. Dalam pengembaraannya itu
banyaklah dia bersyair yang menceritakan tentang keperitan keperitan yang dia
tanggung dalam percintaan.
oleh kerana perjalanan itu sangat jauh maka ia
berada dalam keadaan lapar dan dahaga yang amat sangat tiba-tiba melintas di
hadapannya seekor rusa . Dengan pantas sekali, Amer memanah rusa tersebut rusa
yang terkena panahan itu terkinjal-kinjal kakinya menahan kesakitan tetapi dia
tidak dapat mendekati rusa tersebut kerana dia tersangat lemah kerana kelaparan
dan kedahagaan dia hanya mampu melihat kaki rusa itu terkinjal-kinjal tiba-tiba
Amer melihat kaki rusa itu bertukar menjadi kaki Laila. Maka ia menahan
daripada menyembelih rusa tersebut. Akhirnya kedua-duanya mati di situ
Cerita ini adalah cerita yang masyhur di dalam
syair Arab .Ia tidak ada kaitan langsung dengan Laila yang disebut di dalam
tasawuf .
menurut Syeikh Muhammad Abdul Rani Al Misri
ketika menghuraikan kalimah-kalimah yang sulit di dalam kitab futuhat makkiyah
beliau menyebut bahawa nama Laila diberikan di dalam kitab tasawuf merujuk
kepada mereka yang banyak berzikir lailahaillallah lailahaillallah
lailahaillallah diulang-ulangi zikir ini dengan disebutkan bahagian awal zikir
itu Maka lahirlah apa yang disebutkan sebagai Laila itu iaitulah menggambarkan
percintaan seorang hamba kepada tuhannya yang mana perjalanan kepada tuhannya
itu dapat dicapai dengan beristiqamah berzikir dan menghayati zikir
lailahaillallah yang simbulkan dengan ungkapan awalnya sahaja
Ertinya Laila dalam ungkapan kitab-kitab tasauf
itu adalah simbolik kepada kekasih yang dicari dan sebenar-benar kekasih yang
dicari itu ialah Allah subhanahu wa Ta'ala
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه واصولنا وسلم
beberapa sebutan arab untuk dipakaikan kepada kanak-kanak
Lisan Al Arab( ايام
العرب ) adalah sebuah insaiklopedia tentang bahasa Arab yang
besar setebal 15 jilid di karang oleh al Allamah Jamaluddin Mohd
makram ibnu Manzur al Afriqi sk Masri Ada puluhan ribu perkataan yang
digunakan oleh berbagai-bagai kabilah Arab di zaman silam telah dikumpulkan
oleh beliau
Di antara yang menarik yang boleh kita petik
daripada kitab tersebut ialah orang-orang Arab banyak menggunakan perkataan
yang keluar daripada bunyi lalu diulang-ulang seperti yang telah kita sebut
kelmarinشبشب memakai selipar طأطأ bertatih kanak-kanak mula belajar bertatih تفتف kanak-kanak yang baru sudah mandi dan berpakaian bersih setelah
bermain kotak pasir dan air kotor pergi semula bermain pasir dan air kotor itu
menyebabkan badannya berlumuran semula dengan pasir
di sana ada banyak lagi perkataan
perkataan yang seperti itu yang indah kalaulah kita ajarkan anak cucu kita
gunakan dalam kehidupan sehari-hari mereka. seperti :
فضفض longgar/, pakaian yang longgar
dan رعرع
menerima pendidikan dan membesar
. قهقه.
ketawa berdekah-dekah dengan bersangatan
di sini marilah kita melihat kepada satu
perkataan بصبص. bas
basa dengan lebih teliti dan mendalam .
perkataan ini pada asalnya membawa pengertian
bergerak-gerak ataupun bergoncang tetapi dalam masyarakat Arab pada hari ini
mereka lebih suka menggunakan perkataan…هز.
dan زلزل . Untuk menunjukkan
makna bergerak gerak dan perkataan untuk menunjukkan makna bergoncang seperti
bergoncang yang bumi di Indonesia disebut sebagai زلزال
. Perkataan بصبص
bas-bas ini digunakan oleh beberapa kabilah Arab yang dalam bahasa Arabnya
untuk menunjukkan pergerakan samada yang berupa getaran goncangan keketaran
atau berkedip gedip yang berlaku itu menerangkan tentang sesuatu mereka
gunakan perkataan بصبص الجرو بذنبه anak anjing itu menggerak-gerakkan ekornya
untuk menunjukkan makna anak anjing itu lapar dan dahaga serta menagih kasih
sayang ibunya atau seekor anjing yang sedang ketakutan marah atau kegembiraan
yang amat sangat
بصبصت البكر
اصابعها perempuan anak dara menggerak-gerakkan jarinya untuk
menghilangkan ataupun menutupi rasa malunya ataupun gugupnya
بصبص
ابهام رجله
. penceramah itu menggerak-gerakkan ibu
jari kakinya untuk menghilangkan mengendahkan gugupnya atau ketika
berucap
Perkataanبصبص.
ini menunjukkan kepada kita bahawa Arab Arab badui di zaman yang lampau apabila
melihat sesuatu pergerakan yang kecil pada lahirnya mereka sudah cuba menyelami
dan memahami sesuatu yang lebih mendalam berkaitan tentang kehidupan di
sekelilingnya
Di hari ini manusia telah pergi jauh ke depan
lagi dengan melihat beberapa indicator yang terdapat pada perubahan beberapa
angka untuk menjelaskan keadaan ekonomi politik kesihatan dan sebagainya lagi
akan .Maka muncullah manusia-manusia Forex Bitcoin yang spekulasi tentang
kekayaan dan sebagainya lagi
Dalam perubatan klasik ibnu sina telah
menyenaraikan 38 bentuk pergerakan Nadi dan menghuraikan kepada jenis-jenis
tahap kesihatan dan penyakit yang berbeza-beza ertinya orang yang meneliti
dengan menghalusi akan melihat sedikit pergerakan pada sesuatu menerangkan
tentang makna perubahan yang besar yang berlaku dalam badan kurang itu
Ini semua menjelaskan kepada kita tentang betapa
mustahaknya kita memerhatikan perubahan-perubahan yang kecil berlaku di
sekeliling kita kerana ia menterjemahkan tentang perubahan-perubahan besar yang
bakal dan sedang berlaku
roti berasal daripada perkataan راط يروط
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين
والصلاه والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين
اما بعد
Roti bagi masyarakat Melayu zaman dahulu adalah
seperti nasi di dalam masyarakat Arab . makanan ini dibawa masuk ke dalam
masyarakat kerana asal makanan orang Melayu adalah nasi manakala asal makanan
orang Arab disamping susu dan kurma adalah gandum dan barli . Walaupun gandum
dan barli ini asalnya tidak ada di Mekah, orang Arab telah
membeli daripada petani atau peniaga di tanah-tanah pertanian seperti
syam dan sebagainyalah.
Adapun nasi pula orang-orang Arab tidak
menamakan Nasi yang mereka makan sebagai nasi Arab ,,( رز العرب ،،)
sebagaimana yang kita namakan seolah-olah kepada menyerahkan hak kita kepada
mereka sebagai mana kita lakukan kepada lada cina, timun cina DLL Arab
sendiri lebih suka menggunakan nama khas seperti.ruz Mandy, maqlubah DLL
Malang sekali bagi orang-orang Melayu
apabila mereka merasakan bahawa masakan nasi Arab itu lebih baik daripada nasi
Melayu kononnya ilmu nasi nenek moyang kita itu sangat rendah.
sebenarnya nasi arab itu lebih hanya lah pada
ukuran nafsu makan tetapi lebih banyak merbahaya untuk kita kalau di amalkan
berterusan kerana ramuan yang diletakkannya bukankah ramuan yang elok untuk
kita makan sehari-harian kita kerana itulah orang Arab tidak memakan nasi arab
setiap hari namun begitu sudah ada orang-orang Melayu yang kaya raya sangat
enjoy memakan nasi arab setiap hari mereka ini bolehlah disifatkan sebagai
bernafsu lebih Arab daripada nafsu Arab .
perlu juga kita sedari bahawa nasi yang
baik ialah madi ikan singgang ini kerana nenek moyang kita yang meraikannya
telah memperolehi ilham untuk menghimpunkan antara situasi panas dan sejuk yang
berlawanan bayangkan garam yang berasal daripada laut dan asam yang berasal
daripada bukit disatukan di dalam satu periuk atau belanga mempunyai keupayaan
yang lebih baik untuk mengembangkan tubuh badan kita berbanding dengan bunga
kobis terung bawang yang Allah sifatkan sebagai makanan Bani Israil dalam
al-quran adalah bahan-bahan yang membuka nafsu ketagih
perkataan roti diambil dan digunakan oleh
masyarakat kita kemungkinan diambil atau daripada perkataan راط yang asalnya bererti makan dengan gelojoh iaitulah polok
Ini kerana terdapat ejaan yang mengenakan روطي
Di dalam lisanul Arab di sebut راط يروط الوحشي بالأكمة اى يلوذ بها
Telah memakan binatang hutan itu dengan polotnya
kerana merasai kelazatan nya.
….ini kerana roti mula diperkenalkan oleh
penjajah di tanah Melayu melalui kawasan kawasan perniagaan yang di buka
oleh mereka seperti Singapura, Penang dll. Di situ berkumpulnya
pedagang-pedagang Islam yang termasuk daripada kalangan anak
Sebenarnya perkataan polot ada banyak dalam
bahasa Arab mengikut kabilah dan tempat.di antara nya ialah:
زرط -
زلط
Bukan sahaja membawa makna makan dengan gelojoh
dan polos tetapi juga di gunakan bagi menerangkan tentang berjalan laju yang
kita sebutkan sebagai hungga atau jempa.
زغف yang bermaksud
menyuapkan
makanan ke dalam mulut
kadangkala juga di gunakan untuk tujuan polot itu
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
PEMBUKAAN PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU
PEMBUKAAN PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU
OLEH
HANAFI RAHMAN EL FESFANJI
sebelum
abad 17, memang tiada lagi catatan yang saya temui menyebut tentang Jalan Pasir Panjang seperti yang
terdapat pada hari ini. Yang wujud pada waktu itu di sekitar Bukit Besar adalah
dusun Sultan Umar yang luas di penuhi sawah dan dusun kelapa. Pada masa itu ,
kawasan itu hanyalah di kenali sebagai tanah darat. Tanah darat berbanding
kepada orang yang berada di Kampung Tanjung, Ladang,Kolam dan beberapa tempat
di kuala Terengganu. Tanah darat itu bermula dari Bukit Besar yang bersambungan
dengan bukit Kecil sehinggalah ke kawasan belakangnya lagi. Tanah-tanah ini
kemudiannya di kurniakan kepada orang-orang tertentu yang merupakan
pembesar-pembesar dan pembantu-pembantu istana. Sebahagian besar mereka adalah berasal
dari keturunan pembesar-pembesar Johor Riau kerana asal kumpulan yang datang Terengganu
adalah dari kumpulau pembesar-pembesar keluarga Tun habib Padang Saujana
padahal Tun habib Padang saujana adalah dari Johor Riau. Datuk Padang Saujana
di anggap sebagai pelopor keluarga di raja Pahang dan Terengganu. Namun begitu,
tidak dinafikan ada banyak kumpulan-kumpulan kecil yang datang dari pelbagai
pelusuk lain seperti Bugis, jawa, Acheh, bahkan dari tanah besar cina seperti
China Islam Yunan dan sebagainya lagi.
Untuk
menggambarkan keadaan mereka pada waktu itu secara amnya, di Terengganu ada
beberapa nama yang menarik untuk kita perhatiankan seperti nama Tok Muchung,
Tok Luir, Tok Paktak, Tok Benut, tok Chedong, Tok Senduk, Tok Belimbing, Tok
Belat, Tok Kemasik, Tok Dungun, Tok Bayu, Tok Embun, Tok Lebar, Tok Lepar,Tok
Pauh, Tok Tasik dan yang paling masyur sekali Tok Pulau Manis. Dalam perbincangan kami ada sebahagian yang
bergelr Tok yang bukan dalam senarai Johor Riau. Secara khususnya pula, setakat
yang terkumpul, nama-nama yang seringkali di sebut sebagai mereka ini kebal dan
tidak lut di makan senjata besi di sekitar tanah darat Bukit Besar oleh
orang-orang tua adalah seperti Tok Faqir, Tok Dekuh, Tok Kapa`, Tok Molur dan
Tok Cepek. Walaupun sebahagian gelaran dikaitkan
dengan tempat seperti Tok Dungun, Tok Kemasik dan Tok Muchung manakala
sebahagian yang lain pula seperti Tok Dekuh
di gelar dengan kelebihannya yang di akui oleh masyarakatnya pada masa itu. Atau kerana
gelaran itu dikurniakan oleh pemerintah , mereka tetap mempunyai nama tertentu
sebagai contohnya Tok Pulau manis(
Syeikh Abdul Malik bin Syeikh Abdullah); Tok Tasik (Lebai Isa menjalankan
dakwah di kampung tasik Bukit Payung) ,banyak
nama asal itu tenggelam kerana ketiadaan rekod catatan.
Di
katakan juga bahawa pada zaman yang kedua, Sultan-Sultan Terengganu telah
mengurniakan tanah dusun tersebut kepada penghijrah dari patani samada dari
kalangan ulama atau pembesar. Sebahagiannya telah di berikan kepada Syeikh Wan
Abdul Kadir Bukit Bayas, guru dan pakar rujuk agama di istana di zaman
Sultan-Sultan Umar-Zainal Abidin ke 3, .Cerita lisan dari Ayah We Yahya Kampung
Aur , beliau menukilkan cerita dari datuknya bahawa lebih 300 ekar tanah di Sungai
Derhaka pula di berikan kepada Wan Mahmud Patani (mertua Haji Kadir Masjid
Pasir Panjang) , seorang pembesar Patani dari Kampung Dalam Kota Patani.
Pada
zaman ini juga terdapat penjelasan-penjelasan yang menunjukkan mereka yang
datang dari Patani bolehlah di bahagikan kepada dua zaman. Zaman pertama adalah
zaman pembukaan sultan zainal Abidin 1 negeri Terengganu sehinggalah sebelum
kalah perang . zaman ini panjang dan mempunyai beberapa peringkat pula kerana
boleh dikatakan setiap sultan yang memerintah Terengganu menjalinkan pelbagai hubungan
dengan Kerajaan Patani yang merupakan hubungan anak bearanak. Diantara hubungan
yang penting di zaman ini adalah bertujuan untuk membangunkan pentadbiran
Terengganu. Sultan zainal Abidin 1 sendiri, setelah ditabalkan sebagai
pemerintah Terengganu, turut membawa empat puluh keluarganya dari Patani untuk
membantu pentadbiran Terengganu. Ramai juga alim ulama yang di bawa dari sana
sehinggakan kesemua penasihat sultan adalah ahli-ahli agama dari Patani. Mereka
ini terus mengekalkan nama bangsawan mereka seperti Wan dan Nik pada pangkal
nama mereka.
Peringkat
kedua datang setelah Patani jatuh kalah dalam perang menentang tentera
sakhothai. Mereka yang di buru oleh kerajaan Siam telah menanggalkan segala
gelaran bangsawan mereka bahkan mereka menukarkan nama mereka kepada nama-nama
lain yang tidak pernah digunakan ketika di Patani. Kedatangan gelombang yang
kedua ini membentuk keluarga melalui perkahwinan dengan penduduk tempatan iaitu
mereka yang datang dari gelombang
pertama tadi atau dari sebelum keluarga sebelah Pahang dan johor Riau. Yang
jelas di sekitar Pasir Panjang iaialah: Lebai Ishak atau Lebai Busu dan bapanya
Lebai Said. ( keturunannya menjadi penduduk asal yang memenuhi dekat sekolah
Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang dan Gong Penaga) ; Lebai Isa( Bukit Depu) ;
Lebai Hitam( Bukit Jenal) , Lebai Pakor, Lebai Jamal( Yang membuka Kampung Tok
Jamal, Wakaf mempelam). Lebai Yaakub dan Lebai Ismail yang keluarganya
berkembang di Kampung Padang dan kampung Pak Pa(yang terletak di Belakang Bukit
Besar).
Di samping itu juga berlaku perkahwinan dengan
keturunan Patani dari Paloh, Duyung, Tanjung, Ladang, Kuala Ibai dan sebagainya
lagi ,
Di
samping itu terdapat juga kumpulan-kumpulan kecil dari pelbagai tempat tiba ke
Terengganu contohnya keluarga Yunan seperti Mohamad Yunani yang dikatakan dari
keluarga Abdullah dan Ali Al Yunani. Keturunanan Yunan yang telah berkembang di
Pasir panjang ialah keluarga Ibrahim yang asalnya membiak di Kampung Bukit
Jenal. .
Mereka
ini bukan sahaja mempunyai peranan dalam pengajian fardhu ain dan pembinaan
tempat ibadat, malahan juga termasuk mentadbir sawah bendang dan
membentukkampung halaman yang pada hari ini anak cucunya telah memenuhi
sebahagian kawasan tersebut.
pulut lepe dan kerepok lekor berasal dari perkataan arab
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين الصلاه والسلام على
اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين اما بعد
Kita telah membincangkan bahawa nama wook yang
sentiasa menjadi nama panggilan yang lemah lembut dalam masyarakat kita
terutamanya di pantai timur adalah diambil daripada perkataan Arab .
kalimahmasdar ود
berasal daripada ود يود مودة bermakna kasih
sayang. memanggil seseorang dengan panggilan yang lemah-lembut ini
bererti meletakkan masdar di tempat mafulun bihi adalah termasuk dalam sesuatu
yang semacam majaz mursal
Maka pada kali ini kita mahu melihatpula
beberapa perkataan yang sering kali diguna pakai di Terengganu adalah berasal
daripada perkataan Arab. Satu daripada nya iaitulah pulut panggang. Pulut
panggang di Terengganudiletakkan inti ikan kerana mereka adalah penduduk di
tepi laut. Mereka memanggil pulut panggang ini dengan sebutan pulut lepe
Perkataan lepe di ambil daripada perkataan laffa
yaliffu. laffah لف يلف bermaksud gulung atau
selimut. Ini kerana pulut itu dibaluti atau di selimut kan dengan daun pisang
sebelum dipanggang di atas bara
Perkataan lain ialah keropok lekor. Bagi
sesetengah orang melihat lekor berasal daripada perkataan berlingkar lingkar
kerana keropok itu golek menjadi panjang. Lekor berasal daripada perkataan لققة iaitulah merujuk kpd panjang nya parit
yangt di gali. Panjang dan halus.
رجل لقاق
Bermaksud lelaki yang panjang putar belit nya
dalam percakapan nya. Manakala لقلقت الحية
bermaksud ular itu menunjukkan kekuatan nya dgn menggulung kan lingkaran nya
serta mengeluarkan lidah dan berbunyi kerana marah.
Perkataan lain yang digunakan d Terengganu ialah
betak bererti lambat berasal daripada perkataan بطيء
Hutan dan semak pula di sebut dgn perkataan Rob
berasal daripada perkataan غاب iaitu غابة
Yang lain lagi juga ialah satay di ambil
daripada perkataan شاتي iaitulah daging
kambing ku.
Ini untuk menunjukkan betapa tebalnya pengaruh
masyarakat Arab khususnya masyarakat hadhari maut d Yaman terhadap masyarakat
Melayu termasuklah di Terengganu
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Thursday, April 16, 2020
CHIK MAT TOK MUDIM KG MASJID HJ KADIR
Teringatkan di kampung saya, di kampung masjid Haji Kadir, di Pasir Panjang , dalam tahun tahun selepas merdeka sehinggalah tahun 80an, ada seorang pakar urut terkenal yang dipanggil dengan gelaran Chek lah Tok Mudin . Boleh dikatakan pada waktu itu sebahagian besar penduduk sekitar Bukit Besar menggunakan khidmatnya terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan tersalah urat, tergeliat, terseliuh , terkehil, patah dan juga bermudin kita boleh faham betapa besarnya pengaruh yang ada padanya kerana rata-rata penduduk di sekitar kawasan ini pada waktu itu kurang menerima khidmat hospital . Chek Lah ini berasal dari Merbau Patah. Kampung Merbau Patah pada waktu itu memang terkenal sebagai lubuk keluarga mudim yang semenjak tahun-tahun selepas merdeka keluarga mereka mula tersebar ke seluruh kuala terengganu.
Menurut yang umpunya cerita bila ia mengurut, bahagian yang akan mula di sentuh olehnya ialah dua samada daripada urat celah buku lali kaki kanan ataupun celah pinggang..ini bererti dia memulakan urutan di bahagian belakang badan Berpuluh tahun juga saya berfikir dan bertanya apakah rahsianya ia memulakan urutannya sebegitu sedangkan orang lain pula ada yang mengurut dengan cara yang berbeza .
Mungkin satu jaqapan yang boleh ditemui di sini ialah bahawa Tenaga Manusia bergerak dengan berbagai-bagai aliran sebagaimana pergerakan arus air laut dan udara di angkasa mempunyai berbagai-bagai aliran
Walaupun aliran ini didapati bersimpang-siur dan berlaga-laga antara satu sama lain di dalam badan manusia tetapi mereka adalah mempunyai perjalanan yang unik dan sukar untuk kita mengertikan secara kesemuanya
Ada tenaga yang seringkali mengganggu kesihatan manusia yang disifatkan sebagai bersifat buruk adalah tenaga yang mengalir daripada bumi lalu masuk ke dalam badan manusia melalui bawah bahagian. Dalam erti kata yang lain tenaga yang buruk itu masuk mengganggu kesihatan melalui kaki manusia.
tenaga ini bergerak dan berjalan mengikut aliran nya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti kereta yang berjalan di atas jalan raya ataupun air yang mengalir di sungai .Daripada kaki kanan tenaga ini naik ke atas melalui pinggang seterusnya meneruskan perjalanannya melalui tulang belakang. Apabila sampai di bahagian bawah tengkuk ia akan u-turn ke kiri dan turun ke bawah semula hingga sampai ke kaki kiri. Ada tenaga ini yang menjadi jahat atau gila di pertengahan jalan di sebabkan oleh faktor-faktor tertentu, maka mana-mana yang, gila ,jahat dan buruk perlulah ditolak keluar yang satu daripada jalannya adalah melalui kaedah urutan.
Perjalanan sebegini bukanlah menjelaskan tentang kesemua aliran tenaga dalam diri manusia bergerak satu macam atau satu bentuk. Seperti mana yang telah kita sebutkan maka ada tenaga-tenaga yang lain pula berjalan dengan sistem yang lain seperti ada tenaga yang bergerak ke atas sahaja ada pula tenaga yang bergerak ke bawah sahaja dan ada pula tenaga yang apabila ia sampai di bahagian-bahagian yang tertentu ia keluar dari badan melalui perbagai bagai pintu.
Tenaga-tenaga ini pula datang daripada punca-punca yang berbagai-bagai lalu bersifat dengan sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain ada yang berpunca daripada sifat magnetik bumi lalu bertemu pula dengan sifat tanah air api angin manusia itu Ada pula yang disebabkan oleh pengaruh dari luar seperti sihir saka dan sebagainya lagi ada pula sebabkan oleh faktor pemakanan memberi respon yang tertentu kepada tenaga-tenaga tadi
sebagai contoh mudah Marilah kita melihat istilah Jembalang Tanah yang sentiasa dikaitkan dengan kaki . Permulaan gangguannya merasuk ke dalam badan manusia adalah dengan bahagian kaki seseorang itu terasa seram sejuk seram sejuk yang berada di lapisan yang sangat dalam pada bahagian kakinya , maka seseorang yang berada dalam situasi seperti ini disarankan supaya membaca ayat-ayat pendinding yang menghalau hantu syaitan. Ini adalah bertujuan menjelaskan bagaimana hubungan tenaga yang jahat berhubungan dengan kaki manusia sebagai permulaan kepada kerosakan kesihatan manusia maka demikianlah beberapa pakar urut termasuklah di kampung saya ini memilih bahagian yang pertama untuk diurut adalah pada urat-urat yang merupakan pintu masuk kepada penyakit ataupun yang mereka namakan sebagai kuala muara kepada masuknya penyakit mengganggu kesihatan manusia iaitulah kaki.
Adapun tentang Mengapa Chek Lah memilih dalam pilihan yang kedua untuk memulakan urutan pada urat celah pinggang pula mungkin kita sembang masa lain pulak lah insya-allah
zikir menyuluh asal usul
Sewaktu umur belasan tahun dulu, untuk menambahkan kefahaman tentang apakah perbezaan di antara Jaulah Ruhiyyah dan Jaulah Ruhaniyah Saya telah mengunjungi beberapa orang ahli zikir yang nama mereka tersembunyi di dalam masyarakat lalu bertanyakan kepada mereka beberapa soalan . Disamping bertanyakan tentang asal-usul orang-orang Melayu secara amnya, Saya ajukan juga soalan tentang asal usul orang-orang Terengganu secara khusus, kesimpulan yang mereka berikan mempunyai beberapa persamaan iaitulah asal usul orang-orang Terengganu secara khususnya mempunyai pertalian dengan Cik Siti Wan Kembang , Maulana Hussein Jamadul Kubra, dan Megat panjialam. Maka diantara sudut yang boleh kita bincangkan ialah kaitan asal usul orang Terengganu dengan Zulkarnain dan dengan pendakwah islam gelombang pertama yang datang ke Alam Melayu. مولانا حسين جماد الكبرى
Kemudian datanglah pula orang-orang daripada pelbagai pelusuk tempat ke Terengganu lalu berkahwin dengan penduduk asal ini lalu mereka dipanggil sebagai orang Terengganu mereka yang datang daripada pelbagai pelusuk tempat ini ada yang datang dari Arab India China (islam) dan tidak kurang pula daripada alam Melayu itu sendiri seperti fatani bugis minang acheh dll
Penjelasan mereka ini memang sulit untuk dibuktikan secara kajian saintifik melainkan hanyalah melalui penyelidikan yang mendalam tentang DNA padahal mereka yang bercakap ini bukanlah terdedah dengan kajian-kajian DNAitu
Ini bererti mereka memperolehi maklumat melalui sumber yang lain bukan melalui keputusan yang dirumuskan oleh kajian DNA
Sebenarnya banyak maklumat-maklumat yang seperti ini yang tersebar di dalam masyarakat kita yang diambil daripada orang orang tua yang kuat berzikir yang tidak mahu glamour di dalam masyarakat diketengahkan ke dalam masyarakat اolrh orang orang yang kasih kepada mereka maka Ramailah yang menolak cerita-cerita begini kerana mereka bertanyakan tentang sumbernya yang soheh yang semestinyalah berbentuk bahan-bahan yang boleh di lihat dan boleh membuktikan hal demikian. Dalam ertikata yang lebih kasar dan hodoh bolehlah kita katakan bahawa ramai orang mahu bertanyakan sumber yang soheh berdasarkan kepada metodologi penyelidikan barat yang bertuhankan kepada kebendaan. Maka bila mana kesohehan itu tidak ditemui menurut kayu ukur barat mereka terus menolaknya
Di sini bukanlah saya bermaksud untuk memaksa para pembaca menerima kesimpulan yang dibuat oleh ahli-ahli Zikir itu bahawa kononnya asal usul orang-orang Terengganu mempunyai pertalian juga dengan Cik Siti Wan Kembang atau Zulkarnain tetapi sekurang-kurangnya supaya kita menyedari bahawa metodologi penyelidikan cara barat tidak boleh mencakupi bidang seluas metodologi yang telah dimiliki oleh orang-orang yang beriman,
iaitulah sewaktu kita menganggapkan bahawa kesohihan itu Mestilah dibuktikan melalui bahan yang boleh dilihat dengan mata semata-mata sebagaimana kajian saintifik secara barat , ini boleh membawa kita kepada melupai kekuatan roh yang tersimpan yang di ungkapkan di dalam hadis nabi sallallahu alaihi wasallam yang menyebutkan
اتقوا فراسه المؤمن فانه ينظر بنور الله
Takutlah kamu (hai orang-orang kafir )kepada firasah orang-orang yang beriman sesungguhnya mereka Melihat melalui cahaya Allah
Sebenarnya ramai ahli-ahli zikir yang menyembunyikan nama mereka daripada masyarakat ini tidak mahu cerita mereka ini dibawakan ke tengah masyarakat tetapi cerita ini tetap dibawa juga ke tengah masyarakat oleh orang-orang yang menghormati ahli-ahli zikir ini. maka cerita-cerita yang serupa ini tersebar juga di dalam masyarakat dan kita dapat saksikan bagaimana cerita-cerita sebegini mendapat kecaman yang begitu hebat daripada berbagai-bagai pihak di dalam masyarakat termasuk juga oleh sebilangan daripada kawan-kawan saya pelajar yang baru pulang daripada negara Arab.
maklumat-maklumat sebegini memang layak dipertikaikan dan diuji kebenaranya oleh pencinta kebenaran
Hari ini saya menyaksikan sebahagian yang menolaknya dulu telah menerimanya apabila mereka mula meyakini apa yang mereka tolak itu setelah mereka menemui kesahihannya melalui metodologi kebendaan yang mereka yakini itu
Allah SWT yang di antara nama namanya ialah Az zahir Wal Batin, dua nama yang berlawanan pada makhluk-nya tetapi adalah satu padaNya . Ia menjadikan sesuatu batin yang tidak boleh dilihat itu mempunyai signal signal indicator ataupun penunjuk-penunjuk yang bersifat Zahir yang boleh dilihat dan menjelaskan hal kebatinan itu hari ini kajian DNA mendedahkan suatu keterangan yang seolah-olah menerima kesimpulan yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli zikir tadi.
Hari ini apabila kajian DNA menjelaskan bahawa orang Melayu hari ini datang daripada susurgalur yang simpang-siur nya adalah berpunca daripada akar umbi yang lebih kurang sama atau beberapa punca yang satu , mereka telah menerima keterangan tadi tetapi penerimaan mereka ini tentang perkara itu jauh lebih lewat daripada apa yang telah ditemui oleh ahli-ahli zikir yang tidak mahu glamor itu
Maka pada hakikatnya, kerana masyarakat kita boleh menerima metodologi barat tetapi tidak mahu menerima metodologi zikir yang mempunyai kekuatan yang sangat menembusi segala galanya itulah yang menjadi puncanya masyarakat kita berada dalam kelemahan
Kesimpulannya Hari ini kita duduk di belakang barat dan kerana meninggalkan zikir kita gagal mendepani mereka
Subscribe to:
Posts (Atom)